Salam Isnin yang penuh barkah. Alhamdulillah aku dapat hadir ke pejabat dengan 'sempat'. Semalam kuliah yang pertama untuk semester 2012. Seharian semalam menghadirkan diri ke kuliah untuk suai kenal dengan tenaga pengajar dan mula mencintai subjek yang aku ambil. 4 Subjek semuanya dan ia memerlukan komitmen yang tinggi untuk aku menguasainya. Aku merupakan seorang pelajar 'tua',ibu, isteri dan pekerja..Itulah cabaran ku..
Alhamdulillah , buat semester 4 ini aku masih boleh menggagahi diri demi menyahut cabaran menghabiskan Program Ijazah ini. InsyaAllah, berkat usaha yang berterusan mampu aku lalui segala cabaran ini dengan sepenuhnya. Ya Allah, aku mohon bantuan mu. Ameen.
Mulai saat ini aku perlu menjadi 'pelari pecut' segalanya tidak datang bergolek. Aku kena 'gali' dan 'gali'. Kejayaan tidak boleh hanya diseru, malah di cari dan direnangi segala cabarannya.
dan mulai saat ini..
Bakal aku hadapi...
dan..mula mencari solusi..
p/s: moga Allah membantu insan yang tidak berdaya seperti aku....
3 comments:
all the best sis
gud luck sis.. :)
dh jd lipas kudung dah... TQ sis
Post a Comment