Monday, 19 March 2012

Rahsia membakar lelemak bersarang

Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh :)

Aku nak berkongsi cerita berkenaan dengan satu produk yang telah memberikan aku peluang untuk membakar lelemak aku yang bersarang. Tiga bulan yang amat santai, aku cuti bersalin dengan penuh nikmatnya dan 3 bulan juga lelemak yang telah bersarang dari 9 bulan mengandungkan anak ke3 ku.

Mulanya aku malas nak apply gel ini. Maklumlah pagi-pagi sibuk dengan anak lagi, nak bersiap lagi. Pendek kata macam-macam nak buat pagi-pagi hari. Setelah seminggu aku bekerja kembali, mula merasakan ada 'spare tyre' atau lebih dikenali dengan 'compactor'. Baju kurung aku yang sebelum mengandung memang tak boleh muat tang kainnya. Langsung tak bole nak zip. Aduhai..betapa lelemak ini mendengki pada aku. Aku pula tak pulak teringin nak buat baju baru, hanya pakai kemeja dan selaur panjang ke pejabat, dengan harapan 'shape' badan akan kembali normal. Mula-mula naik kerja kan..standard la ada lelemak sket-sket tu..

Alhamdulillah, baru 3 hari naik kerja. Sahabat, rakan niaga ku datang ke pejabat dan mempromosikan gel pelansing yang dikenali dengan nama 'Rayyan Chanteq'. Mula-mula tengok dengan tak der perasaan je pun. hehee.

Suatu pagi yang indah, ada la masa sket nak belek-belek diri depan cermin. Tertedik di hati, 'why not i've try this product' mana la tahu kalau terkesan kan.. Aku mmg tak der masalah dalam pemakaian 'girdle' malah rasa sangat selesa kerana pinggang dan punggung dalam keadaan selesa.

Selepas gel hijau ini di sapu rata di sekeliling perut, pinggang, punggung dan peha, aku pakai 'girdle' pula. Dingin je rasanya. Tak der la rasa panas macam sebelum ini aku penah cuba krim langsing jenama lain. selang 5 minit rasa semakin dingin. Sedapnya sebab sejuk berangin je..

hari berganti hari..aku mula pakai 16 Februari 2012 hingga kini. tidak pernah gagal untuk menyapunya hanya ke tempat kerja sahaja. Kalau cuti aku buat-buat malas..hehee. Alhamdulillah, baju kurung lama dah bole zip, dan seluar panjang bersaiz M dah boleh disarungkan. Bye..bye seluar baru beli yang bersaiz 'L' tu, aku rasa dah mengeleber..uhukss sayangnya..tahu dek suami tentu kena ceramah ..membazir katanya...

Sekarang ni pula aku tetap dengan kata-kata rakan ku yang memperkenalkan produk ni, Kak Mai "gel ni, kalau rajin ada le kesannya, kalau malas tak der leeer" hahahaa terngiang-ngiang je di telinga. Iye la kan..usaha tangga kejayaan. Dan aku tetap ingin berusaha. Ameen...

ni nak tempet gel hijau tersebut..


4 comments:

..::SangRatoo::.. said...

alorr Raz..jue pon berlambakss lelemaks degil ni..hehe..boleh tahan bape lama satu botol cream tu? dan berapa harganya?

Raz said...

Ju, gel ni harganya RM60. Ada IMP (Islamic Malaysian Product) Lama tahan gel ni. Sapu sikit-sikit je bagi rata.

Sue-Rya Qistina said...

murah jugak..berkesan x kak?
badan ni xtau la nk buat cmne lg..
lemak tepu sane sini..esp kt bwh lengan ngan perut ni ha..aduhai..

Raz said...

Sue..berkesan sebab akak dh rasa ketara turunnya 'compactor' akak ni..act. kena pki girdle gak..supaya cepat pembakaran sepanjang hari..iye la kan..8 jam kat office..lemak tk sempat nk menempek dah kena bakar..gel ni pun sapu rata2..slowly akan rasa dingin..tapi bukan panas taw..n summore i perasan selulit lepas bersalin jd rata semula..meaning cantik kan semula kulit yg menggeleber selepas bersalin tu..
haduiii susah jd wanita ni..tp tuk kepuasan suami apa aja iye dakk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...