Thursday, 22 March 2012

Enriching Women's Live



Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh :)


Bila sunyi tika ini, terdetik di hati. "Aku ingin berjaya". Besar maksud 3 perkataan itu. "Mampukah aku?" hemmmm boleh jadi mengeluh besar dan dalam kalau mula rasa negetif begitu. Otak berputar dan mata terkebil-kebil mencari jawapan bagi soalan sendiri. Iye la siapa lagi nak tolong jawabkan andai diri sendiri tidak mampu mencari hala tujunya. 

Tengah hari tadi, lebih kurang jam 2.30 petang @ 22 Mac 2012. Melihatkan iphone ku..ada panggilan yang tidak berjawab @ miss kol lew tu.. hemmm wondering siapalah nombor celcom yang cuba menghubungiku. Kebetulan aku perlu menghubungi rakan ku Zulmazlinawati yang bekerja di Mahkamah Persekutuan. Dalam hati..mungkin Zul yang hungi aku. Selepas sapaan.." Raz..ni Kak Nafisah..ingat lagi tak?" heeemmm akak miricle upanya..hehee aku panggil miricle sebab akak ni mmg professional dalam tugasnya sebagai 'Beauty Consultant' (BC). Lebih setahun aku mengenali beliau. Rentetan daripada panggilan tersebut, berkata-kata aku dalam hati..macam tahu-tahu je Kak Nafisah yang aku memang bercadang nak menghubungi beliau. 

Perbualan singkat itu terngiang-ngiang hingga aku sampai kerumah..malah sehingga post ini di karang. " Raz, let's join akak another more time. Last year Raz join tu..membership dah expired. Tomorrow night, we have Beauty Workshop at Petaling Jaya. Datanglah yea.." Aku spontan berkata.."InsyaAllah, saya memang nak jumpa akak". Kenapa yea aku kata begitu...ada ke masa aku nak ke citu malam-malam dan bersama anak kecil pula tu. Hajat hati belum diketahui suami lagi. Nanti aku pujuk-pujuk suami, selalunya suami akan 'support' perkara yang bermotivasikan isterinya ini. Pegang janji ini.

Sepintas cerita setahun yang lalu..
Sebelum mengandungkan Auni..malah waktu itu belum lagi tergerak hati nak tambah anak. Mengenali Kak Nafisah dari seorang kenalan yang mengajakku datang ke 'Beauty Session' di pejabat. Buat pertama kali mengenali produk Mary Kay lebih dekat. Sebelum ini hanya kenal nama semata-mata. Rentetan dari perkenalan itu, aku mengenali Mary Kay secara mendalam. Seterusnya, suka-suka aku 'sign up' untuk menjadi 'Beauty Consultant'.  Tujuan tak de la nk jd BC, cuma nak beli produk untuk di pakai sendiri. Terutama, set penjagaan wajah asas 'Set botani formula 3'. Katanya sesuai untuk kulit berkombinasi (T zone berminyak). Tak pe la, cubalah dulu, yang penting tiada bahan kimia/ hidrokinoin. Aku dah serik pakai produk yang terlalu banyak tika ini, tengok dalam majalah wanita tu je sudah.. Aku nak jaga semula muka aku yang bermasalah yakni tona kulit tidak sekata dan berjerawat di T zone. 


Mengenang kembali produk apa yang aku beli ya..hemmmm inilah...

 Set F3 Botani

 Mineral Powder and brush

 set satin hands, penjagaan tangan


Time Wise Serum (overnight)

 Time Wise day cream
 Set berus MK

Oil Free Hydrating Gel

 mask and scrub lip

Two way cake with lipstik and compact MK

Ya, niat suci murni dah ada..produk pun dapat digengam erat..Apa lagi mulalah dengan penjagaan kulit muka ku. Pakai sepanjang 3 minggu..alahai..lagi banyak jerawat yang tumbuh...kuang..kuang..Apa kes ni..nak cantik jerawat besar-besar pula yang naik di muka..hadooiiiii ngeluh kesah. Kata Kak Nafisah, ia adalah kesan kerana sebelum ini kekotoran tidak keluar dari bawah kulit saya. Jadi sila abaikan kesan itu yang bersifat sementara. Tapi dek kerana takut melihatnya, aku berhenti sekejap memakainya. Kiranya, aku tak mengenakan sebarang alat solek dimuka. Konon-konon nak natural beauty la gitu...chehhh.

Alhamdulillah, saya mengandung..maknanya saya tak perlu pakai pakai apa-apa lagi. cukup sekadar membersih muka menggunakan sabun susu kambing pemberian rakan sekerja yang balik cuti-cuti di Langkawi. Masa mengandung, si ibu tentunya di pengaruhi banyak faktor hormon yang tidak stabil. Jadi muka aku pun tentunya tak berseri. Tapi orang sekeliling tentu faham, dah namanya ibu mengandung. Maafkan je la ye..hehe

Selepas sembilan bulan sepuluh hari, Auni selamat di lahirkan ke dunia. Aku memang tidak fokus langsung pada wajah diri. Sehinggalah, tempoh berpantang bakal sebulan ke penghujungnya. Aku kena kembali bekerja setelah 3 bulan beristirehat pantang. "kusamnya muka ni"..kenapa macam ada yang tak kena je dengan kulit muka aku ni. Sabun kambing dah abis pula. Terpandangkan set F3 Mary Kay. Aku cuba semula. Cara yang betul membersihkan muka seperti post aku sebelum ini (klik). Harap-harap begitu lah.

Guna semula set tersebut, dengan sabar..hemmmm lam-lama memang nampak kesan positif. Aku start bulan ke2 berpantang sehingga aku kembali bekerja akhir bulan ke3. Alhamdulillah, kulit muka kusam tu dah beransur cerah dan warna kulit muka kembali sekata. Syukur sangat-sangat. Selain F3 aku gunakan day cream n serum Timewise Mary Kay dan tidak ketinggalan Oil Free Hydrating Gel my purple geraaam gel.. i like. Dan aku berpuas hati dengan hasilnya. Minta maaf banyak-banyak kerana sebelum ini ketipisan kepercayaan terhadap produk ini. Yang penting saya sudah sedar dan ingin berkongsi sesuatu yang memberi manafaat kepada semua yang membacanya. Penting nawaitu untuk suami. Ameen.

Kesan daripada perjalanan kisah ku itu, aku nekad untuk mengenali Mary Kay dengan mendalam lagi.. tetapi bagaimana yer.. nanti saya sambung part 2 bila aku dah join semula sebagai BC.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...