Friday 23 March 2012

Kisah sebelum bersalinkan Aufaa Auni Azzahra bt. Emran

Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh :)

Selamat hari Jumaat. Alhamdulillah, tika ini sudah 4 bulan 8 hari melahirkan bayi ketiga ku. Nama yang cukup indah mama dan ayah berikan dan nekad memberinya hanya selepas Auni dilahirkan. Ada peristiwa dan kenangan pada indahnya namamu sayang.

Perasaan tidak tenang ketika kandungan 35 minggu. Terbayang-bayang proses 'ceasor' tu dah tentu lah. Tetapi yang tidak boleh di terima akal bilamana hospital yang aku pilih untuk bersalin sering memujuk aku untuk menjalani proses 'ikat'. Setiap kali check up tentuya perkara ini yang di tekankan doktor. Dan setiap kali check up juga doktor yang berlainan. Aku tak suka bila doktor memaksa begitu. Bila di tanya. kemungkinankah proses kelahiran mengalami kompilasi serius. Doktor hanya mampu tersenyum, gagal menjawab pertanyaan ku. Banyak juga artikel di 'goggle' aku layari. Kisah yang seantero dengan ku. Perbincangan hangat dengan suami mencetuskan idea untuk bersalin di hospital lain.

Melalui pembacaan dan suges dari kawan sekerja, Hospital Putrajaya menjadi pilihanku. Walaupun aku kakitangan kerajaan, bukan aku menolak hospital kerajaan tetapi bukankah tidak berbaloi menasihati pesakit tanpa masalah yang berat pada pesakit tersebut. Doktor di anugerahi Allah untuk menenangkan pesakitnya, bukan lagi menakutkan pesakitnya tanpa alasan yang kukuh. Ia, sudah terang lagi bersuluh, aku bakal di 'ceaser' kerana kelahiran sebelum ini kedua-dua anakku di 'ceasr' juga. Bersalin normal adalah satu angan-angan kosong. Secara puratanya, memang kebanyakkan ibu akan cukup dengan 3 kali kelahiran secara 'ceaser'. Tapi bukan aku. Walau aku tak terfikir ingin mengandung dan bersalin lagi, sekurang-kurangnya aku rasa ada peluang lagi di masa akan datang. Tapi andai kesihatan rahim terjejas, aku juga pasrah kepada ketentuan Allah swt. Alhamduillah, percaturan tersebut dapat aku tangani. Sembahyang istiqaroh pun dah buat. Aku nekad untuk memilih Dr. Wan Hazim sebagai 'specialist' doktor di Hospital Putrajaya. 

Sebagai pesakit Full Payment Patient (FPP) tentunya aku dilayan dengan baik dan mesra. Bayaran deposit 3K wajib dibayar dahulu sebelum memasuki wad eksekutif. Terletak di tingkat 5 HP, mengadapkan Tasik Putrajaya. Ada bilik exclusive untuk seorang pesakit, dan ada juga berkongsi 2 pesakit untuk sebilik. Alhamdulillah aku dapat bilik tanpa berkongsi. 

Berjumpa doktor Wan Hazim pada minggu 37 kandungan setelah temujanji seawal 2 minggu dibuat. Nasib baik aku sempat mendaftarkan diri untuk FPP. Kata nurse disitu, FPP tidak terima kandungan selepas 36 minggu. Alhamdulillah sekali lagi. Syukur..syukur Allah.

Doktor yang berumur 41 tahun itu, kelihatan sangat tenang dan 'handsome'..Bukan nak ngada..ngada taw..tapi memang betul ni..hehe. Bila aku tanya, "adakah saya kena 'ikat'?" Doktor Hazim hanya tersenyum sambil melihat skrin ultrasound. "tak perlu puan. Rahim nampak sihat. Tetapi jika berlaku kompilasi semasa bersalin, saya akan memaklumkan puan" Aku, redha jika selepas melahirkan aku terpaksa di 'ikat'. Doktor Hazim sujes padaku untuk bersalin di minggu hadapannya (kandungan 38 minggu) tetapi sekali lagi hatiku berat. Lalu aku pula sujes pada doktor untuk bersalin di minggu 39 (01.11.11) sebab nakkan tarikh 11.11.11 bersamaan Jumaat yang barkah.
 Sementara menunggu pakar bius untuk membuat pemeriksaan. Degupan jantung baby dipantau. Dengan harapan baby lahir 11.11.11

Wad eksekutif FPP Putrajaya

Aku menunggu doktor bius sampai dengan perasaan berdebar-debar. Aku mengalami batuk yang serius hampir 2 minggu. sehinggakan seringkali mengambil nap di klinik panel. Susah sangat nak bernafas dan dada rasa macam ada bunyi kahak yang degil nak keluar. Tapi tak pe..tunggu dulu apa doktor nak cakap. 

Selesai pemeriksaan doktor pakar bius. Pertama kali aku melihat doktor yang peramah itu menggeleng kepalanya dan mengeluh dalam. "Pn. saya minta maaf. Pn. tak boleh kami 'ceaser' hari ini". Gulp..aku terkesima.. "Kenapa doc? Anything wrong with me?" bertalu-talu aku soal doktor tu..hilang pula sikap peramah dan periang dia seketika. "Dada puan ni berbunyi kuat sangat. Saya risau kalau pn ada asma. Proses bius nanti akan mendatangkan masalah pada pn. Boleh dapat jangkitan kuman pada paru-paru" Alamak haiii...punah la harapan nak bersalin tarikh keramat ni. Suami aku dah turun kebawah membuat bayaran, kesian kena pula beratur panjang untuk mengambil semula wang deposit. Nasib baik hari itu wad dan makanan tidak dikenakan bayaran. Alhamdulillah.

Selang beberapa minit, doktor Hamidah yang menggantikan doktor Hazim (time ni doc Hazim on call ke Kajang, mmg klu boleh nak dia yg operation. tapi dah ada doc Hamidah tu kira ok jugak la kan). Doktor Hamidah yang sudah lengkap berpakaian untuk pembedahan, mendapatkan doktor pakar bius untuk bertanyakan perkembangan ku. Sambil menggelengkan kepala, doktor pakar bius tidak mahu mengambil risiko. Dan doktor Hamidah sekadar menurut. "Pn. Balik dulu, saya bekalkan ubat antibiotik untuk dihabiskan seminggu. Ubat nie nak matikan kuman dalam paru-paru" Jumpa saya semula pada 15 November ok." "Tapi doc, tak pe ke..time tu saya EDD?" "kalau ada tanda-tanda turun darah dan pecah air ketuban atau rasa gera bersalin..cepat-cepat datang Dewan Bersalin Emergency". 

Apakan daya kita sekadar hambanya. Allah swt lebih mengetahui dan telah merancang yang terbaik buatku.
Aku ada masa lagi la untuk shopping dan berjalan-jalan dengan anak-anak dan suami. Malam tu sempat pergi Megamall lagi berjalan-jalan. Dah rasa cramp kaki ni..tapi nak sedap-sedapkan hati yang masih gundah gulana.

Alamak haiii..demoknyaa hakuuu

InsyaAllah akan datang aku sambung part 2..wait haaa :)

2 comments:

Wawa T said...

Saya pun dengan dr hazim.. Oh selalu sgt dia ke hosp kajang kan? Tuhari appoinment kena postpone sbb dia ada emergancy kat sana..

Nisa said...

Kedua2 anak sy bersalin disambut oleh Dr.Hazim....mmg puas hati dgn layanan FPP...Anak kedua trpaksa emergency czer sbb lemas terbelit tali pusat.Alhamdulillah saya & baby selamat....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...