Masej pesanan ringkas yang diterima oleh seorang kenalan pejabat jam 10.01 malam. Membawakan khabar memeranjatkan jiwa dan naluri ku. Nurani seorang ibu membuatkan aku benar-benar tersedu.
' Bayi Shazana meninggal dalam rahim. Kandungan 8 bulan. Now at PPUM, esok induce. Al-fatihah buat arwah bayi dan doakan sha tabah (walaupun dalam hati berharap scan doktor tu salah)-maya
Betapa diri ini sayu membaca bait-bait pesanan itu. Baharu lima hari yang lepas aku terserempak dengan dia, kami sama-sama teringin makan Red Kebaya Velvet Cake. Gembira melihatkan perutnya yang comel.
Hari ini, khabar di sampaikan oleh Unit Pentadbiran bahawa Shazana akan bersalin. Aku terus memohon kebenaran untuk melawat beliau. Aku tak pandai berbahasa. Aku tak pandai menyembunyikan duka. Cuma cukup sekadar memeluk erat Shazana. Mohon Allah swt kuat dan tabahkan hati seorang ibu yang telah kehilangan anaknya. Bila difikirkan, aku mungkin tidak berupaya menanggungnya. Apatah lagi ingin memberikan nasihat kepada beliau. Orang kata berat lagi bahu yang memikulnya. Cuma aku ingin berkongsi rasa dan sedih itu. Zat-zat Allah itu tidak dapat di lihat dari mata kasar hambanya. Semoga Shazana mendapat zat-zat Allah, dan ada tersurat hikmah disebalik setiap kejadian Allah swt.
Sesampainya kami dengan kenderaan pejabat. Kami naik ke tingkat lima wad antenatal bilik 54. Terlihatkan Shazana berwajah pucat di atas katil dan menahan air mata bila sesampainya kami. Bila kami berpelukan terasa hangat dan air mata itu diseka. Aku tidak dapat menahan sebak. Aku terbayangkan anakku. Ya Allah, hambamu memohon simpati mu, kurangkan penderitaannya.
Melihatkan anak mata Sha, aku kagum betapa dia berusaha mencari kekuatan. Pernah mendengarkan cerita yang sama dengan Sha, bahawa anak yang dipinjamkan Allah ini untuk sementtara waktu akan menunggu ibunya di pintu syurga. Betapa Allah menggangkat martabat si ibu pabila mana anak nya memohon Allah untuk membawa ibunya ke syurga bersama-sama. Sha, di dunia hubungan ini seketika, tetapi di akhirat kelak hartamu disana.
Semoga apa yang telah berlaku hari ini memberikan kita hikmah disebalik ujian Allah swt. Allah menyanyangi kita semua cuma zat-zatnya adalah berlainan dan mengikut kemampuan hambanya dan ia benar-benar menguji keimanan umatnya.
Doa Ketika Menimpa Musibah
Jika kita ditimpa musibah anggaplah ia sebagai ujian daripada Allah SWT dan amalkan mengucap (Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raji’un), maksudnya: Seseungguhnya kita adalah milik Allah dan seseungguhnya kepadaNya lah kita akan kembali. Ini bukan ungkapan ketika mendengar khabar kematian sahaja sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan kita, sebaliknya ia adalah doa yang akan dapat meredakan kesedihan kita dengan mengakui qada' dan qadar daripada Allah SWT. Selain itu kita ucapkanlah doa ini pula:
Ya Allah ya tuhanku, berikanlah kepada ganjaran terhadap musibah yang aku lalui dan gantikan bagiku yang lebih baik daripadanya.
Ya Allah ya tuhanku, berikanlah kepada ganjaran terhadap musibah yang aku lalui dan gantikan bagiku yang lebih baik daripadanya.
Sempat aku membaca artikal ini..sebagai panduan..
Diriwayatkan hadith dari 'Imran b Nafi' hadith dari Hafas b 'Ubaidillah hadith dari Anas bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa yg hendak mencari pahala dari tiga dari tulang rusuknya (yakni, anak zuriatnya) masuk dia ke dalam syurga.' Maka berdiri seorang prempuan, maka berkata dia: 'Atau, adakah dua?' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Atau dua!'. Berkata seorang perempuan: 'Semoga mengharap aku, maka berkata aku: 'Atau satu (yakni, seorang)!' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Jenazah]
Saudara, dalam hadith ini kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa sesiapa yg kehilangan tiga orang anak kandungnya kerana meningal ketika kecil, maka, jika rida dia dan tidak meratus dia dalam kesedihaan atau kepiluan yg melampau, maka dia (kedua ibu bapa anak-anak tersebut) diberi ganjaran syurga. Begitu juga kalau meninggal dua orang anaknya. Dalam kes seorang ibu bapa yg meninggal seorang anaknya tidak disebutkan dalam hadith di atas itu, tetapi dalam hadith lain disebutkan kalau meninggal seorangpun dapat syurga.
Diriwayatkan hadith dari al-'Awam b Hausabin hadith dari Abi Muhammad, iaitu hamba merdeka kpd Omar b Khattab (r.a) hadith dari Abi 'Ubadah hadith dari Abdullah yg berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w):' Barangsiapa yg didahului oleh tiga orang dari anak-anaknya (yakni, meninggal lebih dahulu dari ibubapanya) belum sampai baligh (umur anak-anak tersebut), ada bagi mereka (kedua ibubapanya) menjadi pendinding yg mendindingi (kedua-dua ibubapanya) dari neraka.' Maka berkata Abu Zarr: 'Telah mendahului akandaku dua (orang anakku)!' Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Kalaupun dua.' Maka berkata Ubai b Kaab, seorang ahli (pembaca) al-Quran: 'Telah mendahului akandaku seorang (anakku).' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Kalaupun satu.' [Hadith Ibnu Majah, Kitab Jenazah]
Saudara, hadith yg kedua ini lebih jelas dari hadith yg pertama itu, Namun mesej yg disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah tetap sama, iaitu, sepasangan ibubapa yg seorang atau dua orang atau tiga orang anak mereka meninggal ketika belum sampai umur baligh, mereka (yakni, anak-anak itu) jadi pendinding dari kedua ibubapanya dari api neraka di akhirat kelak. Maksudnya, kedua ibubapanya yg rida dgn kematian anak-anaknya akan mendapat balasan syurga. Diperjelaskan dalam hadith-hadith lain bahawa kanak-kanak yg belum baligh itu suci dari dosa, maka mereka secara otomatis masuk syurga. Jikapun kedua ibubapanya tak berjaya mendapat syurga, namun ketika diperintah oleh Allah (a.w) supaya mereka masuk syurga, mereka enggan selagi Allah (a.w) tidak perkenankan kedua ibubapanya dimasukkan ke dalam syurga bersama-sama mereka.
Menceritakan hadith oleh Muhammad b Ismail b Ibrahim b 'Ulaiyah dan Abdul Rahman b Muhammad, berkata kedua-duanya: 'Menceritakan hadith oleh Ishaq, dia itu adalah Arzaq, hadith dari 'Auf hadith dari Muhammad hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Tidak ada dari dua orang Islam (maksudnya, dua ibubapa) mati diantara kedua-duanya (yakni, mati sebelum mereka) tiga orang beberapa anak mereka (yg) belum sampai baligh kecuali memasukkan kedua-duanya oleh Allah (a.w) ke dalam syurga dgn kelebihan kerahmatan Allah (a.w) pada mereka (tiga anak mereka itu) ke dalam syurga.' Bersabda Nabi (s.a.w): 'Dikatakan kpd mereka masuklah kamu ke syurga.' Maka berkata mereka (i.e. anak): 'Tidak (masuk kami) sehingga masuk kedua-dua ibubapa kami (bersama-sama kami).' Maka berfirman Allah (a.w): 'masuklah kamu dan kedua ibubapa kamu.' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Jenazah]
Saudara, hadith ini lebih jelas lagi menyebutkan bahawa anak-anak kedua-dua ibubapa itu 'protes' tak mau masuk syurga sehingga kedua ibubapa mereka bersama-sama mereka masuk syurga. Atas kerahmatan Allah (a.w), maka Allah (a.w) perkenankan permintaan anak-anak tersebut. Jelaslah, betapa untungnya ibubapa yg mengalami kematian anak-anak mereka ketika masih kecil itu.
Jazakallahu khairah
3 comments:
besar ujian yang allh berikan, anum berharap sha akan tabah dan kuat...
sebak :(
Lagi di seka air mata lagi kuat menangis.. :(
Post a Comment