Aku terbawa dengan memori percutian yang sangat bermakna buat diriku. Bercuti bersama ahli keluarga iaitu suami dan 2 anakku, ibubapa ku dan adik bongsuku. Aku sangat gembira dan membawa kenangan ini sepanjang kehidupan ku. Ketika ini, mengandungkan anak ketiga ku berusia 36 minggu. Tiada sebarang masalah aku hadapi sepanjang di Langkawi. Malah aku berasa sangat teruja dan sihat. Alhamdulillah, Allah memberi peluang untuk aku bercuti bersama keluarga dan ibubapa yang amat aku sayangi.
Kami menetap di kondominium Istana selama 3 hari 2 malam. Bulan Oktober yang indah, kerana bukan cuti sekolah, jadi kami tiada masalah dalam memilih tempat kediaman. Semestinya 3 hari 2 malam telah menceriakan detik-detik kami bersama untuk pergi berjalan-jalan dengan tenang.
Abah, mama dan awin
Abah dan mama ..romantinya.hehe
Aku dan suami
Perjalanan selama 2 jam di dalam feri benar-benar membuatkan kami lenguh. Kerusi yang sempit, hanya muat-muat kaki kami sahaja. Kami berlepas pada jam 6.00 petang setelah meletakkan kereta di Jeti Kuala Muda. Malam itu ramai penumpang, penuh satu feri. Badan memang terasa lenguh-lenguh. Aku cuba untuk melelapkan mata, tetapi rasa gerun mula menyelubungi bilamana matahari makin berlabuhkan tirainya.
Menikmati pemandangan matahari yang akan melabuhkan tirainya dengan angin bertiup kencang
Sesampai di pulau langkawi, kami mendapatkan shuttle ke kondo kediaman kami. Selesai membersihkan diri dan bersolat. Tuntutan perut pula harus diisi. Tak susah kerana di hadapan kondo kami terdapat restoran. Setelah kenyang, badan yang penat harus berehat untuk aktiviti snorkeling keesokan harinya.
Hari yang di nanti sudah tiba. Kami sampai ke Pulau Payar dalam masa 45 minit menaiki feri.
Dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang, kami bersnokeling. ikan-ikan yang sangat 'friendly' tetapi kami tidak dibenarkan memberikan makanan kerana ia menarik minat ikan jerung putih untuk menyentap makanan. Dibimbangi akan mencederakan tangan.
Esok, agenda seterusnya kami akan menaiki kereta kabel.
Berjalan dalam taman ke kereta kabel
Di puncak bukit..Sejuknya..
Hari ketiga, hari untuk membeli-belah. Berdozen-dozen coklat kami borong. Barangan lain seperti pinggan mangkuk, periuk belanga dll kami cuma jeling je. Tapi kalau coklat..memang tak bole tahannya.. Gambar tak sempat nak ambil kerana kehabisan bateri telefon.
YES..misi tercapai menakluk Langkawi. Kini memorinya tersemadi di jiwa kami sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment