Monday, 19 March 2012

Book Review

Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh :)

Saya nak berkongsi tentang buku yang saya suka baca.

Beliau seorang yang bongkak, pemarah, gila glamor, namun terkandung cara pemikiran yang bijaksana dalam menguruskan perniagaan beliau dan selalu berfikiran positif dalam apa jua tindakan beliau. Kini sayap empayar Trump semakin maju dan terkenal.

Dalam buku ini terkandung 18 jenis gaya berfikir Trump dan turut menceritakan tentang tokoh Malaysia dan antarabangsa yang mempunyai irama pemikiran yang serupa.

Antara gaya pemikiran Trump:-

1. Lakukan perkara yang kita cintai
"saya hanya melakukan perkara yang saya cintai" Chef Wan

2.Kuasa pemikiran positif
Saya sukakan jatuh bangun Kolonel Sanders membuka KFC, walaupun usia beliau dimasa itu hanpir mencecah 60an. No wonder la icon KFC yang kita lihat tu adalah seorang tua, rupanya itulah Kolenel Sanders pengasas KFC. Walaupun beliau sudah tiada tetapi resepi rahsia beliau sering menjadi makanan kegemaran kita.

3.Positif tetapi realistik
Antara yang saya suka, bagaimana untuk membina keyakinan. Rahsianya..Jangan takut untuk mencuba. Jika ketakutan itu masih ada ia akan menyebabkan kita gagal untuk berterusan positif dan memberi kesan buruk pada potensi dan kehidupan kita.

4.Buktikan kepada diri sendiri
"Kita adalah apa yang kita fikirkan". Meraih kejayaan melalui membuktikan diri sendiri adalah satu perkara yang berkait rapat dengan kejayaan diri kita sendiri. Trump boleh berpegang teguh kepada prinsip buktikan pada diri sendiri sehingga muncul sebagai ikon dunia kerana beliau mempunyai keyakinan yang kuat.

5.Belajar dari kegagalan
Dalam Islam, konsep kegagalan adalah sebahagian daripada anugerah Allah kepada manusia. Terdapat pelbagai pelajaran yang terkandung dalam setiap kegagalan yang dialami oleh manusia. Salah satu pelajaran yang Allah anugerahkan adalah supaya manusia sentiada sedar keupayaan diri dan kekuasaan Allah sebagai Tuhan.
Firman Allah, "Tidak ada kesusahan yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya; dan ingatlah, Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" (at-Taghabun:ayat 11).

6.Sedia berubah
Mengenali jutawan Dr. Azman Ching. Ikon di dalam perniagaan pemasaran berperingkat atau MLM di Malaysia kerana kejayaan menjadi jutawan dalam masa yang singkat iaitu dalam masa 14 bulan. Dorongan mengubah taraf hidup menjadikan beliau membuka mata.

7.Masalah adalah latihan minda
M. Scott Pack, pengarang buku The Road Less Traveled, berkata "Keseluruhan proses ketika berhadapan dengan masalah dan menyelesaikan masalah adalah perkara yang amat bermakna dalam hidup.
Masalah adalah titik tajam antara kejayaan dan kegagalan. ia membantu kita membangunkan minda dan semangat.."

8.Ilmu adalah kuasa
Carilah ilmu..dan ia sangat berkuasa. Trump menegaskan ilmu adalah segala-galanya. beliau tidak mengehadkan pengertian ilmu dengan sekeping ijazah atau memperolehinya di universiti sahaja. Pencarian ilmu dan penerokaan ilmu itu sangat unik dan istimewa. ia dapat diperolehi dengan pelbagai cara.



 p/s: saya sangat 'admire' Trump. Adrenalin saya akan bertambah pabila saya membaca buku ini ..saya sarankan kepada rakan-rakan ia adalah buku yang boleh membina motivasi diri. InsyaAllah.

4 comments:

Anum said...

thanks sis sudi kongsi

Raz said...

ur welcome sis

Lia said...

info yg bagus.. :)

Raz said...

tq lia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...