Mama mencoret lagi untuk tatapan anakku. Anakku membesar sihat di dalam rahim mama. Hari ini anak mama berusia 22 minggu. Lihat bagaimana rupa anak mama..
Pastinya anak mama, berasa selesa dan tenang di dalam rahim mama. Sentiasa mendengar mama berdoa. Mama berlagu riang mengiringi Abg Ngah Aqil dan Along Isya menyanyi..Anak mama juga suka bermain gendang tangan menggendang perut mama. Betapa aktifnya dia yer, sayang..
Bagaimana rupa tangan anak mama yang pandai bergendang itu yer..
Comelnya jari jemari anak mama. Sayang terlalu comel, terlalu lembut. Mama rindukan gendangan anak mama terus menerus menggendang ruang rahim mama. Walau mama tidak dapat melelapkan mata, sering terjaga di awal jam 2 pagi dan 4 pagi, tetapi mama tetap setia memegang dan memeluk mu. Mama kongsikan irama gendangan bersama Along Isya dan Angah Aqil. Along Isya melonjak gembira. tp Angah Aqil belum benar-benar rasa fokus pada gendangan sayang. Ayah jg selalu memelukmu sayang, bertanya khabar sayang dan mahukan mama terus memanjai sayang..Teruskan kan bergendang sayangku..kerana mama rindu dengan setiap pergerakan sayang.
Bila mama tidur, tangan mama pasti keatas untuk mendapatkan mood selesa. Sebelum ini mama tidak biasa tidur begini. Mama telah mengikut cara ayah sayang tidur. Sungguh tenang dan selesa. Sayang juga begitu, sukakan gaya tidur sebegitu.
Length is 10.94 inches (27.8cm); weight is nearly 1 pound (430gm).
Sungguh indah apa yang mama rasai ini. Sayangku, membesarlah dengan sihat. InsyaAllah, mama akan mengambil makanan yang menyihatkan untuk perkembangan sayang. Membelai sayang dengan pengisian rohani, kerana sayang sudah mulai boleh mendengar apa yang mama dengari.
Moga Allah memberkati sayang. Menjadikan anak yang soleh/ solehah.
Tentang jantina sayang, mama sentiasa bersyukur atas apa yang Allah anugerahi. Kerana pada mama Sayang adalah kekuatan mama. Saat mama berada dalam keadaan murung dahulu sebelum sayang wujud didalam rahim mama. Tiada lah dapat mama mencari kekuatan untuk mama bertapak kerana banyak dugaan telah menimpa. Allah itu maha mendengar anakku, kehadiran sayang menjadi sinar harapan mama. Menceriakan hari-hari mama bersama saudara mu dan ayahmu. Kami bahagia menantikan saat indah yang akan menjelma, di saat sayang dilahirkan.
2 comments:
jaga diri
Doakan saya yer..Thank u misya
Post a Comment