Assalamualaikum :)
Aku terlihat-lihat jam di dinding. Terlalu gemuruh meniti memori sembilan tahun lepas. Saat aku telah menerima Qada dan Qadar Allah untuk melahirkan mujahid Allah dengan kaedah pembedahan. Anak yang aku kandungkan itu berada dalam keadaan sonsang (Breech). Di masa itu hanya satu pintaku, moga anakku sihat walafiat, walau aku tak pernah merasa sakitnya melahirkan. Dan lebih-lebih lagi melahirkan secara pembedahan. Tetapi aku nekad. Demi rasa cintaku kepada anakku.
24 Julai : Aku datang ke HUKM untuk pemeriksaan kandungan dan seterusnya aku di masukkan ke wad untuk persediaan hari esok. Seperti yang dijadualkan aku telah memilih 25 Julai untuk menyerahkan tubuhku untuk di bedah. Pada ketika itu, perasaan ku lebih kepada teruja untuk menimang cahaya mata. Tak sabar aku ingin memeluk sekujur tubuh kecil dan comel. Terbayang-bayang, bagaimanakah rupa paras anakku. Ujin imbasan janin sebelum ini, tidak menunjukkan 'gender' seperti lelaki, malah tidak pula seratus peratus menunjukkan perempuan. Persedian untuk kelahiran itu, aku dan suami membeli kelengkapan baju bayi dengan tidak mengikut tema 'BIRU' atau 'PINK'.
Aku di arahkan berpuasa sebelum 24 jam menjelang 9 pagi esoknya. Di tangan ku sering ku sediakan bahan bacaan ayat-ayat suci Al-quran untuk aku hilangkan perasaan gemuruhku ini. Suami pula dapat ku tafsir keraguan dihatinya. Mungkin dia berasa seram-sejuk mengenangkan proses pembedahan esok. Segala-galanya aku berserah kepada Allah s.w.t
25 Julai : Jam 6 : Terjaga dari tidur yang tidak berjaya aku damaikan. Selepas azan Subuh, aku bangun dan bersiap ke bilik air untuk membersihkan diri. Jururawat yang ada pada waktu itu cukup ramah dan baik hati. Sering tersenyum. Aku bangga melihat mereka, sebagai kerjaya yang murni mereka galas dengan rasa tangungjawab dan prihatin. Betapa mulianya kerjaya mereka. Aku bersalin pakaian wad yang baru : sut purple, warna kegemaranku. Warna yang penuh kedamaian.
Jam 7 : Aku dipanggil jururawat untuk proses persediaan sebelum pembedahan. Memasukkan tiub saluran air kencing dan sebagainya.
Jam 8 : Aku didatangi doktor pakar yang bakal membedahku. Seorang doktor wanita (aku lupa namanya) cukup ramah dan baik. Berperwatakan simple dan bersahaja tetapi ceria. Hemmm admire aku memandangkan kerjayanya. Iye lah dulu-dulu cita-cita suciku nak menjadi seorang doktor. Apakan daya tidak kesitu haluan jiwaku. Sebagai memenuhi prosedur yang ada aku menjawab apa sahaja soalan doktor kepada ku. Sungguh patuh pesakit mu ini...
Jam 9 : Terasa seram sejuk kaki dan tanganku. Aku disuruh baring di atas 'strecher' di sorong oleh dua orang jururawat yang peramah. Hati kecilku berkata "mereka ini bagai dapat membaca hatiku, seorang ibu muda yang risau dirinya yang entah kemana hendak disorong katil bergerak ini". Dengan selamba tanpa di sapa : "puan, jangan risau yer. InsyaAllah semuanya selamat". Sekejapan, bilik yang ku huni seketika itu. Boleh membuatkan bulu roma ku berdiri terpacak kerana kesejukan yang teramat. Akukah yang seram kerana takut. Atau bilik pembedahan ini yang terang dan nyata wajib sejuk beku begini. Hemmmm...suroh Al-Fatihah sedari tadi tak pernah lekang dari mulut ku.
Aku disuruh duduk setelah dialihkan dari katil bergerak ke katil pembedahan. Sambil membengkokkan badan dan diminta untuk memeluk bantal. Aku dihujani pertanyaan : Puan, ada alahan pada sebarang jenis ubat? Aku hanya mampu menggeleng. Yang bertanya itu, pasti pakar bius : seorang lelaki melayu duduk di belakangku sambil mencari-cari sasaran biusnya di saraf tunjangku. Dapat aku rasakan kesejukan cecair yang disapu dibelakangku. Arrhhh...terasa tajam tusukan jarum, tetapi aku hanya memejamkan mata dan dapat kurasakan debaran jantung makin deras. Jururawat membantu membaringkan aku.
"Puan, cuba gerakkan ibu jari kaki puan". Masih aku bole gerakkan. Tetapi sekelip mata aku cuba buat sekian kalinya, aku seakan lumpuh. Aku mencuba pula dengan menekan-nekan pehaku. GAGAL aku rasakan sentuhan. Ohhh.. beginilah rupanya seorang yang lumpuh. INSAF. Ya Allah hanya Engkaulah tempat aku bermohon dan berserah.
( aku ambil picture ni di Google..)
Setelah berjaya untuk menggagalkan pergerakan kakiku. Itu bermakna ubat bius sudah merebak dan aku terus melalui proses pembedahan. Dapat ku hidu bau hangit bila sebatang pena dihala tuju pada pangkal 'V' ku. Bau daging yang terbakar. Hangit. Ruang mataku di sekat dengan bidai untuk menhalang aku melihat perilaku doktor dan skuadnya. Cuma aku melihat dari imbasan cahaya di lampu. Sungguh aku melihat seperti tiada perasaan gerun, mungkin kerana aku tidak merasa sakit. Dan imbasan tersebut hanyalah seperti mimpi. Leka dengan pandangan ku itu, sesekali aku terdengar doktor pembedahan ku menyanyi sayup-sayup. Seronok pula aku dibuai lagu-lagu ceria. Penyampai radio terkenal KL FM : Prema menemani skuad pembedahan dengan telatah lucunya itu. Prema kalau tak memutarkan lagu tamil memang tidak sah. Berkumandanglah lagu tamil rancak di corong radio.. dan...
Jam : 9.45, aku terlihat doktor menarik keluar.. KAKI. Iyalah itu imej kaki.. Terus di keluarkan sekujur tubuh kecil yang masih berdarah. ANAKKU...
Mulutku terpacul : "Doktor, lelaki atau perempuan anak saya tu?" Lama soalan aku disapa " Sekejap yer puan, jururawat bersihkan anak puan dan saya bagi puan lihat sendiri yer" Aku tersenyum..
'Lihat puan" sambil di sorongkan anakku di ruang pandangan ku.. " Perempuan" heheee aku bersyukur. Doa mama untuk menimang cucu perempuan sebagai cucu sulung telah termakbul. Kata mama, sejuk bila sulung adalah perempua. Aku pada waktu itu hanya menggangguk, tidka pula aku bertanya apa yang dimaksudkan dengan "SEJUK'. :)
Doktor teruskan tugasnya dengan proses menjahit dan selepas itu aku ditempatkan di bilik 'recovery' dimana jantung dan tekanan darah di pantau untuk mengelak komplikasi yang tidak diingini. Anak yang baru keluar dari rahimku, aku agak mungkin sedang di qamat oleh ayahnya di bilik menunggu. Ohh betapa sayu bila mengenangkannya. Tika ini suami ku menggendong anaknya sendiri. Darah dagingnya. Tika ini juga suamiku membelek-belek setiap inci tubuh anak perempuannya. Cukup sifatnya. Alhamdulillah.
Setelah proses kritikal itu berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Aku selamat ditolak kembali ke Wad Berlian. Seharian aku terlantar dek kerana ubat bius yang masih berbaki. Dan mungkin juga untuk merehatkan rahimku yang masih bengkak.
26 Julai : Aku disapa oleh jururawat yang manis semalam. Jururawat yang setia tersenyum. "Puan boleh gerakkan badan? " Aku senyum hambar, sambil cuba bergerak sedikit. Proses yang terus menerus usahanya. Alhamdulillah, aku gagahinya jua. " Mari saya temankan puan ke toilet". Aku cuba untuk bangun dan menyarungkan seliparku. Itupun mengambil masa yang agak lama. Kerana terasa masih terasa hirisan di perutku. Aku berjaya dipapah dan aku bertukar baju serta membersihkan diri dengan bantuan jururawat yang baik hati. Anakku masih dibilik bayi. Bila ku tanyakan bila akan aku melihat anakku. Jururawat tersenyum. "selepas ini puan makan dahulu dan sejurus itu puan bole cuba menyusukan anak puan".
Saat-saat yang ku tunggu...Anakku diserah dan ku peluk erat. Mukanya yang putih seperti anak jepun. Syukur kepada illahi. Dia terkebil-kebil memandangku, seakan ingin bertanyakan aku "Inikah Ibuku?" Aku yang telah mencucuri air mata. Terasa syukur kepada yang Esa. Anak ini dapat jua ku peluk dan seterusnya ku susui...
Aifaa Allisya setelah disusui..kekenyangan..:)
Alhamdulillah, kini AIFAA ALLISYA BT. EMRAN telah berusia 9 Tahun. Sungguh peramah, pemaaf, bijak berkata-kata, pandai mengambil hati ibu dan ayah. PERMATA hati.
Kembali tidur..
Ciuman seorang ayah..untuk anak kesayangan..
Kenangan ini paling terindah, bila moyang mendodoikan cicitnya..
Aku rindukan saat ini.. :) Tok Pia inilah cicit sulungmu..
Mama sentiasa mendoakan Aifaa Allisya sentiasa di lindungi Allah (jua maksud nama Allisya). Menjadi anak solehah. Berjaya menjadi seorang hamba Allah yang bijak dan ceria menjadi seorang kakak sulung kepada adik-adikmu. Penyambung zuriat mama dan ayah. Menjadi seorang yang dibanggakan. dan mama kini ingin mengatakan... MAMA BANGGA PADA ALLISYA. :)
Sudah 9 tahun ..sayang
No comments:
Post a Comment