Assalamualaikum :)
26 Julai 2011 : Debaran pada Mama. Di temani suami tercinta dan anak sulungku, kami ke HUKM untuk mendapatkan rawatan susulan MINGGU Ke 24 kandungan mama.
Alhamdulillah, kesihatan saya baik tetapi saya terus memikirkan uri baby yang sebelum ini kedudukan nya di bawah. Sebelum berjumpa doktor, aku menunggu giliran NO: 8020 di bilik 11 (Scan Room). Kali ini cepat pula nombor giliran ku dipanggil. Bagus juga, tidaklah suami ku terlalu bosan menemaniku. Jika tidak, mulalah aku berasa kasihan melihatkan gelagatnya.
Keputusan pemeriksaan
Berat : 61 kg
Air Kencing : NIL
Scanning : Uri still lower
Setelah bersalaman dengan doktor, mungkin rupa ku jelas kelihatan kerisauan.
Diagnosis Doktor Pakar
"Ada apa-apa yang merisaukan Puan?"
"Yes Doktor, uri saya masih dibawah"
"Ohh, itu tidak perlu Pn. risaukan, Pn. tetap di ceaser"
Di dalam hati kecilku..hemmm walaupun aku tahu aku akan di ceaser, tapi aku risau jika keadaan ini akan membuatkan aku 'admit' awal sebelum waktu bersalin.
"Pn. cuma perlu ke hospital jika ada terdapat setitik darah keluar. Dan kami akan membuat pantauan di Hospital sehingga baby cukup matang untuk bersalin"
"Dalam minggu ke berapa dijangka kelahiran tersebut Doktor?"
"Jika pendarahan tidak banyak, Pn. akan berehat di wad. Tetapi jika pendarahan masih berterusan mungkin kelahiran pramatang akan dilakukan".
Aku pasrah. Ya Allah Semoga Selamat Kandungan ku. Aku berserah andai itu dugaan Mu kepada hambaMu ini. Tentunya hikmah itu terselindung, dan hanya Allah yang mengetahuinya.
3 comments:
kesian sis
jangan banyak sangat berfikir,
cian baby sis nanti
rest banyak2 ok
harap semuanya selamat.. banyakkan rahat ye.. :)
Anum : hemm ginilah bila dugaan sebagai ibu mengandung..mental mmg kena struggle..hehe mcm nk jwb exam lakss..
Lia:Saya kurangkan pergerakan fizikal tetapi rasa cepat bosan..wat to do..hari2 kena gosok2 perut tuk pujuk bb tolong kalihkn uri tu.. :)
Post a Comment