Selamat pagi Selasa. Semoga anda semua ceria dan sentiasa berada dalam barkah Allah swt. Ameen.
Sebelum saya keluar rumah, pengisian spiritual saya harus di isi dengan doa. Semoga saya dapat meneruskan hari ini dengan cergas, ceria dan mendapat redha Allah.
Hari ini hujan lebat, saya tak mahu berasa lemau di pejabat. Ya Allah berikan kekuatanmu.
Ya, Allah. Terangkan hati ku untuk aku menyempurnakan kerja ku dan disamping itu aku menerima dan memahami apa yang akan aku pelajari.
Ya Allah, aku mohon kepada mu supaya di beri kecergasan kerana semalaman aku keletihan dan aku perlu menyiapkan tugasan yang tertunggak semalam. Semoga kekuatan itu dapat di jana.
Ya Allah, Ya Tuhan ku. Aku hambaMu. Memohon redha mu dan redha ibubapa ku. Semoga Ibubapa ku Kau lindungi. Aku menyanyangi mereka sepenuh jiwa ragaku. Berkatilah Ibubapaku dengan rahmatMu dan sejahterakan kesihatan mereka. Ameen rabbil alameen..
2 comments:
thanks sis.. sudi berkongsi ilmu
Anum..setiap hari kita facing cabaran hidup..cuma kadang2 kita tk perasan. Moga Sis Anum juga tabah menghadapi cabaran hidup..
Post a Comment