Saya kini..makin bertenaga. Makin bersemangat dan bermotivasi. Alhamdulillah, saya telah berjaya menemui sesuatu yang serasi dengan saya dan saya telah menjumpai satu platform dalam menjanakan diri saya kearah kebaikan dan mahu melakar kejayaan demi kejayaan. InsyaAllah.
Saya telah menemui platform untuk saya sandarkan diri ini pada peningkatan motivasi diri. Saya mahu ciptakan kejayaan demi kejayaan. Matlamat yang saya sematkan ini menjadikan saya makin bersemangat dan berfikiran positif sepanjang masa.
Alhamdulillah saya telah menemuinya. Setiap hari menyematkan kata-kata semangat untuk diri sendiri. Saya mahu terus bermotivasi dan membina keyakinan serta menempatkan kekuatan itu di tempat yang sepatutnya. Ameen.
Saya meluangkan masa saya untuk satu pengalaman dan pengetahuan di luar kotak pemikiran saya. Membenarkan diri saya untuk 'explore' dan belajar dari pengalaman orang lain. Rupanya ia adalah 'moment' yang indah. Rupanya saya tidak keseorangan dalam mensasarkan kejayaan. Rupanya ramai wanita di luar sana yang sealiran dengan saya. Kami meminati bidang yang sama iaitu 'Enrich the women life'. Kursus 2 hari di Mary Kay office, di Jaya 33, Petaling Jaya. telah benar-benar membuatkan saya belajar sesuatu yang baru dan saya menghadiahkan diri saya dengan pengalaman ini.
Perasaan ini tersentuh bila melihat wanita yang lebih kurang sebaya saya, kami bersama-sama menimba pengetahuan di dalam bidang kecantikan ini. Masing-masing mempunyai 'i story' yang berbeza di mana mereka mula mengenali dan seterusnya mencintai Mary Kay. Saya dan mereka seterusnya mengubah 'atitude negatif' kami dan meletakkan atitude positif di tempat yang sepatutnya.
Definisi 'cantik' di dalam Mary Kay, bukan mengenakan mekap yang tebal untuk aktiviti seharian. Malah Mary Kay mengejar kami untuk cantik dengan penjagaan kulit muka (skincare) dan seterusnya di dalam diri seorang wanita. Konsep 'Golden Rule dan Go Give' benar-benar memikat hati saya. Mendiang Mary Kay Ash iaitu pengasas Mary Kay, mengajar wanita di seluruh dunia untuk menghargai kecantikan mereka di samping menjadi seorang yang berjaya. Tidak hairanlah beliau di anugerahi pelbagai anugerah kerana membimbing wanita menjadi seorang yang berjaya dari segi luaran dan dalaman.
Saya bersyukur kerana telah menemui sesuatu yang amat berharga sepanjang dua hari saya menghadiri 'Essential Steps to Reach Success'.
Dewi Farah, Congratulation you won the Personality Queen. She really want the hand spa..u got it dear.. :) happy for u..aauhhh Queen from Melaka kalah di tangan mu.. hahaa
Graduation Day
We are Lady of Mary Kay
Happy but a little bit headache because of so many information inside my brain to prosessing..But I am happy..
No comments:
Post a Comment