Mama telah memasuki trimester ke2. Baby beratnya 159gram buat masa ini. Alhamdulillah, demam dan selsema beransur baik. Tetapi mama dah mula rasa sakit 'tongkeng'. Seksa rasanya nak berjalan. Jika mama duduk lama-lama pun akan rasa sengal-sengal di bahagian punggung. Apa yang mama boleh buat, cuma alaskan bantal dan tampal koyok pada rasa lenguh-lenguh tu. Tapi sebelum tu, mengadu dulu kat hubby, even tk de sollution pun..huhu report tu penting supaya hubby memahami keadaan mama begini..lebih lagi.
Sumber dari Mr. google..tq yer
Perkembangan baby memang terasa sangat..mengembangnya area punggung dan perut mama. Rasa sakit juga bila menegang nih. Maklumlah mama sudah 5 tahun tidak melahirkan selepas Muhammad Aqil Aqra (abg mu ...Baby). Bila umur makin meningkat juga membuatkan mama sebenarnya memanjakan diri tidak mahu bergerak aktif sangat. Kalau boleh mama nak duduk dan berehat sahaja dirumah. Memang rasa HEAVEN.
Baby, membesarlah sebagai anak yang sihat, sempurna dan sejahtera dalam kandungan mama. Di situ syurga buat mu. Mama akan terdaya membawa mu sehingga kandungan ini sampai waktunya. Kerana Allah SWT telah menganugerahkan kecekalan seorang ibu untuk terus menjadi gigih demi anaknya.
Besar harapan mama dan ayah melihat perkembangan baby. InsyaAllah mama tidak akan bersungut, malahan mama bersyukur. Setiap rasa sakit itu membuatkan kesihatan mama akan bertambah baik dari sehari kesehari.
Amin Syukran Jazilan
6/6/2011
No comments:
Post a Comment