Tuesday 28 February 2012

Selamat Hari Lahir MAMA

Assalamualaikum :)

Sempena Hari Lahir Mamaku :) ingin sekali anakanda mengucup kening mu..ingin sekali anakanda bergelak ketawa riang..ingin sekali memeluk mu erat. sambil menggenggam tangan mu dan merenung anak matamu..betapa besar nikmatnya aku seorang anak di lahirkan dari rahimmu. Aku bersyukur kerana di lahirkan kebumi Allah swt ini. Sebagai membalas jasa mu Mama..aku sering menghadiahkan mu doa.. semoga Allah swt..melindungi dan memayungi dirimu dan memberkati mu. Jua ampunilah dosa anak mu andai pernah Mama terguris hati. Anakanda mohon keampunan mu. Sesungguhnya tiada terniat untuk melukai. Hanya Allah swt yang tahu kasih sayang anak mu ini tidak berbelah bahagi.

Sepotong doa ini sering tidak pernah ditinggalkan dalam solat harian ku.


Sempena hari bahagia mu ini Mama, anak mu ini selalu ingin mengenangkan mu dalam bait-bait lagu ini..

Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku
 
Setiap kali mendengarnya air mata pasti mengalir laju..sesungguhnya anak mu ini kepingin kasih sayangmu..


Itulah mamaku berbaju kelabu :) Robiah Binti Mat Lui


2 comments:

rencah kehidupan said...

SELAMAT PANJANG UMUR

Galuh Cendra Kirana said...

hepi belated besdey Puan... kak raz... mama kak raz ader adik nama Nurihah tak? Binti sama lahhhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...