Friday 17 February 2012

Kembali Berblogging :)


Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh :)

Saya kini kembali setelah bercuti panjang. Sekembali saya berkerja setelah tiga bulan cuti bersalin yang saya rasakan sangat cepat masa berlalu. Kini, saya kembali untuk berblogging dan ingin sekali saya  berkongsi kisah-kisah saya yang sudah lama saya simpan kemas di ruangan hati saya ini. Ingin sekali bercerita detik-detik terindah, manis, duka dan terujanya saya yang kini saya kemas mendakap si kecil saya. Akan saya ceritakan detik-detik tersebut akan datang. Waw weee..saya sangat teruja..

Terima kasih yang tak terhingga rakan-rakan yang tak putus-putus mendoakan kesejahteraan saya dan Lil baby dari saat kritikal dekat-dekat nak bersalin hingga kini dan untuk akan datang..Alhamdulillah, doa yang ikhlas itu adalah ubat yang paling mujarab.

Kenapa dah lama saya tak berblogging..hemmm inilah keadaannya..

Walau pun begitu, rindu tetap rindu untuk berblogging.. cuma ketika dalam keadaan ingin memulihkan diri sendiri, blog kena ditinggalkan buat sementara waktu..tapi selepas ini saya akan kembali...


Masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat datang 2012. Kehadiran 2012 akan lebih  memberikan cabaran yang besar bagi saya, ibu kepada 3 cahayamata saya. Semoga saya terus mendapat ketabahan dalam membesarkan anak-anak dan menjadi seorang isteri yang solehah buat suami tercinta. Saya sedar saya sebagai tulang belakang pada ahli keluarga saya. Hajat besar saya untuk menjadi SUPER MAMA. InsyaAllah, saya ingin melakukannya.


2 comments:

rencah kehidupan said...

SELAMAT BERBLOG SEMULA SETELAH LAMA BEREHAT...!!!

Raz said...

hehee..thank u bg adan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...