Wednesday, 10 August 2011

Setelah 10 Ramadhan

Assalamualaikum :)

Selamat Berpuasa.

Selamat juga sudah sembilan Ramadhan sehingga ini. Lagi beberapa jam cukuplah sepuluh Ramadhan. Terasa cepat pula. Setakat ini aku hanya melopongkan sehari kerana Lil Baby yang meragam. Itupun puasa kedua, aku belum dapat biasakan keadaan badan aku dan Lil Baby didalam. Risau juga jikalau masalah kesihatan membelenggu. Hajat di hati ingin berpuasa penuh. Semoga aku mendapat keberkatan Allah. Biarlah aku hanya lopongkan sehari sahaja..tiada tambahan lagi..InsyaAllah.

Setakat ke hari ini, aku berbuka di rumah ibubapaku. Masak bersama,  hidang bersama dan makan bersama..seterusnya terawih di surau bersama ibubapaku, suami dan anakku Aifaa Allisya. Muhammad Aqil Aqra tinggal dirumah bermain online game. Belum rasa nk bawa dia, nanti gamat pula surau tu nanti bila dengar anak lelaki aku tu terjerit-jerit. Bahagianya aku sebagai seorang anak. Saat-saat beginilah yang aku tunggu untuk bersama ibubapa ku dengan lebih rapat lagi. Moga Ramadhan ini dapat ku simpulkan sepenuhnya memori bersama ahli keluarga.

Berpuasa setakat ini, aku telah merealisasikan kehendak tekak ku. Menu-menunya...

 Ikan patin sungai msk tempoyak...sedapnya...

Goreng cempedak ...aku beli sekg RM4. Goreng sendiri kat umah. Yang terhitam tu bukan hangus taw..cuma cempedak tu terlalu masak ranum. Tapi sedappppp..


Yang nie pula, permintaan Aifaa Allisya. Berpeluh juga aku nak menguli tepung nan sekg. huhu tak pe la sbb teringin akn realisasikan juga hajat tu.

Selain daripada menu di atas, aku tk snap gambar la pulak mase buat tu.. murtabak mini, roti jala dan kuah kari dal dan puding milo. hehee

Rasa seronok dapat memasak di bulan Ramadhan. InsyaAllah aku nak cuba pula buat puding roti dan buah melaka. Tak sabarnya...


ni la dia...ibu yang tak sabar tu...
This time preggy on 25 weeks

2 comments:

Lia said...

adoii.. masak lemak tempoyak ikan patin tu sedapnyaaa....

Sedetik Cuma said...

hehe liya..sy msk tk letak santan.. semata tempoyak , cili dan kunyit. Tapi ada daun special namanya daun kesing..lagi menerjah baunya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...