Tuesday, 16 August 2011

Totorial Selendang Satin

Assalamualaikum :)

Koleksi selendang kini di tambah dengan pilihan warna STRIKING PINK, SOFT PINK, SOFT PURPLE dan JINGGA.

Sebelum saya memperlihatkan anda TOTORIAL tersebut. Suka saya memperkenalkan model saya yang tidak pernah jemu memberikan senyuman..

 Taraaaa..Mdm Lel.. :)

 Sebelum TOTORIAL, Mdm Lel di touch up oleh saya..untuk menyerlahkan keanggunan dari dalaman...

Mari saya kenalkan dulu warna selendang yang terbaru ini...



LIGHT PURPLE



JINGGA

Seterusnya..lets check it out the TOTORIAL 1 dan 2.

Untuk mendapatkan hasil pemakaian selendang seperti ini :-

 TOTORIAL 1

cara-caranya...


Ambil selendang berwarna SOFT PINK ini (Boleh beli dengan saya..hehee). Rapatkan ke kepala. Pendekkan bahagian disebelah kiri anda (mana-mana bahagian yang anda selesa).


Seterusnya, bawa selendang ke bahagian belakang kepala dan di pinkan (gunakan keronsang kecil..jarum peniti tidak digalakkan nanti tercucuk isi.)


Sebelah bahagian yang panjang tadi dibawa ke bahagian dagu ke atas kepala.

pegang hujung selendang seperti ini untuk mendapatkan hasil yang kemas. Bawa ke atas kepala yer..

Bawa selendang ke hadapan dan adjust ikut keselesaan anda..Saya sematkan keronsang pink untuk lebih kesan dramatik..hehhee



TOTORIAL 2
Bersiap sedia untuk memakai selendang. hemmm comellllll

ambil sehelai selendang (bole beli dengan saya..cantik nyerrr)



Seterusnya, rapatkan hujung selendang ke bahagian inner. Jarum peniti digunakan supaya selendang kemas.

Model ketika ini sedang mengemaskan selendang dengan mencucuk jarum peniti..(Kalau saya yang cucukkan, Mdm Lel mengaduh kerana terkena isi...ADUHHHHH)



Bawa hujung selendang yang panjang ke atas kepala. Dan kemaskan belitan tersebut.

Beginilah impaknya...untuk kekemasan anda disarankan menggunakan jarum peniti untuk mendapatkan hasil yang kemas. Hati-hati jangan tercucuk yer...

Taraaaaaaaaaaa..hasilnya..Anggun gitu..

Begitu mudah..semoga memberi inspirasi kepada anda di Hari Raya nanti yer... :)

27 Weeks : Welcome to 3rd trimester

Assalamualaikum :)

Today, all greats feelings arround me. Even we had not much time for 'sahur' but still I woke up and had cereal with Aifaa Allisya.

Now, turn to My Lil Baby progress in 27 Weeks.
Ohh really miricle: 

  • Baby now weighs about 875 grams and is 36.5 cm in length.
  • The head is over 2.5 inches (7cm) in diameter.
  • My baby's hearing continues to develop.
  • The eyes can blink, open and close.
I've have made it 2/3 of the way through. It may be hard to believe, but my baby now appears much like he or she will look like at birth. Baby now has eyebrows and eyelashes and hair is growing everyday. The muscle tone is improving and his or her body is getting plumper.

My little one's brain continues its rapid growth. Every morning, never forget to share music, 'Bacaan al-Quran, conversation nicely with people arround me, and even novells and magazines with my baby. I knew, my Lil Baby may start to recognize my voice as well as hubby, so be sure to say lots of nice things.

The retina at the back of my baby's eyes is beginning to develop. Those beautiful baby eyes can open now, and the baby will notice and may turn his or her head if shine a flashlight against your belly.
27 Weeks

17 Ramadhan : Turunnya Al-Quran

Assalamualaikum :)

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran


17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran. Peringatan tersebut setiap kali di gabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan). Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Al-Quran bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan segabainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘Al-Quran mukjizat akhir zaman’.
Firman Allah :-
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan) (al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bereti cahaya yang menerangi. Al-Furqan bereti uang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada  Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq.


Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekelian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”(al-‘Alaq:1-5)

Monday, 15 August 2011

Anakku: Semoga tenang menjawab peperiksaan

Assalamualaikum :)

Sudah masuk hari ke-2 Aifaa Allisya menjalani peperiksaan penggal ke-3 Tahun 3. Mama mendoakan anak mama berjaya dan mendapat ketenangan menjawab peperiksaan. Moga Allah memberikan petunjuk dan barakahnya Ya Anakku.
Doa ibu sentiasa bersamamu. Setiap waktu mama memanjatkan doa kepada Ilahi. :)

Yang telah pergi : Kenangan Tetap Bersemadi

Assalamualaikum :)

Kini telah melepasi pertengahan Ramadhan, umat Islam semua berpuasa. Penuh tawaduq dan barakah. Alhamdulillah aku penuhi puasa ku dengan kesyukuran kerana zat-zatNya telah membenarkan keutuhan jiwa dan rohani untuk aku melepasi dugaan-dugaan berpuasa. Lil Baby juga amat memahami dan juga bagai terdidik untuk menerima sifat sabar di bulan yang penuh barakah ini.

Alhamdulillah juga, aku makin bertenaga bila mengerjakan sunat Terawih bersama ahli keluarga..mama, abah, suami dan Aifaa Allisya. Kenangan begini di Bulan Ramadhan ku simpul rapi.

Bila Ramadhan menjelma, ingatan ku jelas terbayangkan arwah-arwah insan yang rapat dengan ku. Semoga arwah di limpahi keberkatan dari Nur Allah.

AlFatihah.

Arwah Aki ( ayah kepada mamaku)
Hj. Mat Lui B. Perang

 Arwah Tok (Ibu mamaku) di sebelah kanan
Hjh. Rajeah
Arwah Moyangku di sebelah kiri

Arwah Wan (Ayah Abahku)
Hj. Md. Nooh

p/s: menitis air mata, bila kenangan bertemu. Betapa insan tersayang kita pergi menghadap Allah. Limpahan kasih sayang dan kenangan mereka tetap bersemadi. 

Thursday, 11 August 2011

Selendang Satin Untuk Dijual

Assalamualaikum wbt :)

Rasa teruja pula nak tempek gambar-gambar selendang yang saya nak jual ni. Saya membantu usahawan si jagung muda (adik saya) dia lah beria-ria mahu akaknya ini membantu jualkan selendang-selendang ini untuk sesiapa yang berminat. Ya...saya teruja..kerana ada tiga sebab utama.

Pertama : Saya 'touch up' model saya yakni sahabat saya yang benar-benar sporting ini. Tak sangka pula beliau suka .. Alhamdulillah. Credit too Mdm Lel..hehe (tu nama manja saya gelarkan beliau.

Kedua : Saya gemar akan fesyen selendang, dan saya serasi dengan fesyen begini. Biarlah kalau org nak mengatakan saya over..ataw dah mcm negr* ke..tak pe la, asalkan saya menggemarinya kan...

Ketiga : saya teruja kerana, saya dapatlah suatu pengalaman baru dalam memasarkan fesyen dan selendang terkini untuk tatapan rakan-rakan. Amin.


Rasanya tiga nawaitu saya itu sudah cukup menjerumuskan saya. Semoga rakan-rakan yang lain dapat lihat hasilnya..dan jgn lupa yer siapa yang berminat silalah 'grab'. kerana setiap satunya didatangkan dengan satu warna sahaja setakat ini.

Harga satu selendang adalah RM 20.00 (hanya di office sahaja) kalau jauh sket mcm biasalah ada dikenakan postage RM 6.00

Jum layan....


Turquoise (Sold)


Blue (Available)
 

White (Available)



Red Chillies (Available)



Chocolate (Available)



Maroon (Available)

 
Purple (Sold)


 


Black (Sold)

Wednesday, 10 August 2011

Setelah 10 Ramadhan

Assalamualaikum :)

Selamat Berpuasa.

Selamat juga sudah sembilan Ramadhan sehingga ini. Lagi beberapa jam cukuplah sepuluh Ramadhan. Terasa cepat pula. Setakat ini aku hanya melopongkan sehari kerana Lil Baby yang meragam. Itupun puasa kedua, aku belum dapat biasakan keadaan badan aku dan Lil Baby didalam. Risau juga jikalau masalah kesihatan membelenggu. Hajat di hati ingin berpuasa penuh. Semoga aku mendapat keberkatan Allah. Biarlah aku hanya lopongkan sehari sahaja..tiada tambahan lagi..InsyaAllah.

Setakat ke hari ini, aku berbuka di rumah ibubapaku. Masak bersama,  hidang bersama dan makan bersama..seterusnya terawih di surau bersama ibubapaku, suami dan anakku Aifaa Allisya. Muhammad Aqil Aqra tinggal dirumah bermain online game. Belum rasa nk bawa dia, nanti gamat pula surau tu nanti bila dengar anak lelaki aku tu terjerit-jerit. Bahagianya aku sebagai seorang anak. Saat-saat beginilah yang aku tunggu untuk bersama ibubapa ku dengan lebih rapat lagi. Moga Ramadhan ini dapat ku simpulkan sepenuhnya memori bersama ahli keluarga.

Berpuasa setakat ini, aku telah merealisasikan kehendak tekak ku. Menu-menunya...

 Ikan patin sungai msk tempoyak...sedapnya...

Goreng cempedak ...aku beli sekg RM4. Goreng sendiri kat umah. Yang terhitam tu bukan hangus taw..cuma cempedak tu terlalu masak ranum. Tapi sedappppp..


Yang nie pula, permintaan Aifaa Allisya. Berpeluh juga aku nak menguli tepung nan sekg. huhu tak pe la sbb teringin akn realisasikan juga hajat tu.

Selain daripada menu di atas, aku tk snap gambar la pulak mase buat tu.. murtabak mini, roti jala dan kuah kari dal dan puding milo. hehee

Rasa seronok dapat memasak di bulan Ramadhan. InsyaAllah aku nak cuba pula buat puding roti dan buah melaka. Tak sabarnya...


ni la dia...ibu yang tak sabar tu...
This time preggy on 25 weeks

Wednesday, 3 August 2011

My Princess Birthday

Assalamualaikum :)

Sayang
Kehadiran mu penyeri mama dan ayah
Tanggal 25 Julai 2002 sayang dilahirkan secara c-sect
Sakit tidak terasa sangat
Kerana mama teruja melihat cahaya dari pemberiaan Allah
Untuk mama

Sayang
Sudah sembilan tahun umur mu
Begitu cepat mama rasakan
Begitu pantas anak mama ini membesar
Kadang-kala mama terlintas sejenak..
Terkenang setiap waktu dan detik membesarkan mu
Cepatnya hinggakan mama kadang-kadang terlupa

Sayang
Semoga menjadi anak yang solehah
Menjadi pelajar dan pemimpin suatu hari nanti
InsyaAllah mama sentiasa disisi membimbing
Walau mama bukan terbaik
Tetapi mama akan berusaha belajar menjadi terbaik
Untuk anak-anak mama


Kek coklat yang lazat bertema Barbie Girl. Allisya mmg suka barbie girls.


Mak Tok tengok Isya..sure dalam hati Mak Tok kata besar dah cucu Mak Tok

Amboihhh senyum lebar nie..HAPPY BIRTHDAY cayangg




Wan masakkan nasi ayam untuk hidangan birthday girl. Isya dapat hadiah MP3 dari Wan. Wan kata pada Isya dengar zikir banyak-banyak yerr... iyer la tu wan.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...