Monday 23 May 2011

Selamat Hari Ibu @ 8 Mei 2011

Assalamualaikum :) MAMA

Walau hari ibu telah berlalu, pada aku setiap hari aku meraikannya. Aku merasakan 'mama' setiap hari adalah hari terbaikmu. Telah melahirkan dan membesarkan aku : ALONG. Kakak kepada 5 adik ku yang lain. Jasamu, mama telah membusut dan kini menggunung. Aku tak bisa membayarnya. Tak termampu. Andai wang ringgit hendak ditukar ganti. Juga belum mampu untuk ALONG membalas setiap titik susu mama yang telah menguatkan tulang temulang, menjadikan ALONG sebesar ini. Juga ibu kepada anak-anak ALONG.

TERIMA KASIH MAMA :) ROBIAH BT MAT LUI

Mama ku SAYANG :)

SMS bertarikh 8 Mei 2011 berbunyi:-

Selamat Hari Ibu, Mama. Terima kasih kerana mengandungkan, melahirkan dan membesarkan along.

MAMA, selama ini anakmu ini ada terdetik terharu dihatimu yang sesejuk salji itu, ALONG mohon keampunan. Halalkan makan minum anakmu ini. Doakan kejayaan ALONG dalam menghadapi ujian ALLAH swt. Sesungguhnya, setiap doa ibu itu mujarab dan kunci keredhaan ALLAH swt. 

Aku sukakan gambar ni. Aku gambarkan tangan2 itu adalah tgn ibuku memeluk ke2 kakiku. So cute... Tapi klu sekarang buat mcm tu, rasanya dah tk cute dah...hehee

7 comments:

Anum said...

Terharu anum baca post sis nie...

Raz said...
This comment has been removed by the author.
Raz said...

Sy pun mengalirkan air mata. Bicara setiap masa dengan ibu kita, itu juga tidak cukup. Doa kedua ibubapa itu yg menguatkan kita. Berbakti kepada mereka bakal melipat gandakan pahala kita. huhuhu..(sy ingtkan diri sy) :) Tq anum

Lia said...

ibu adalah segalanya..
hi salam kenal.. lia sudah follow kamu juga.. hehee
^_^

Raz said...

Thank You Lia. Seronok dapat berkenalan. i will c u too.. enjoy blogwalking :)

misya said...

hai salam kenal,jaga diri baik2 tau,u kan prggy wmen

Raz said...

Hi misya. Thank you..n selamat berkenalan. huhuhu maybe preggy women ni sensitif..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...