Sunday, 23 October 2011

Ada relevannya juga....

Assalamualaikum :) saya tertarik dengan usul matematik tersebut.. 
masilah kita sama-sama mengambil inisiatif darinya.
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ
Digambarkan sebagai:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
Jika:
KERJA KERAS
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%
H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
Dan:
Knowledge
11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%
Serta
SIKAP
19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%
Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.
Tapi
LOVE OF GOD
12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%
atau
SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%
:) Jadi Anda lebih tahu menilainya kan..

Wednesday, 12 October 2011

Terasa keajaiban bila ada nyawa lain didalam badan

Assalamualaikum wbt:)
Sejenak saya terfikir. Apa yang anak di dalam kandungan ini lakukan setiap hari didalam dunia syurgaNya. Bila terfikir, saya ingin mencari info dan artikel ini benar-benar membuatkan saya gembira membacanya. Saya kongsikan bersama dengan yang lain....
Selamat membaca..

Proses pembelajaran janin sudah dimulai sejak dalam kandungan, janin ikut belajar pada trimester kedua dan ketiga, seperti di dalam ruang Amphitheater yang lebih canggih dari kelas mana pun di dunia.
Berikut keajaiban bayi yang sudah dimiliki sejak dalam kandungan, menurut Fred J. Schwartz, MD, ahli anestesi dari Piedmont Hospital in Atlanta, Georgia dikutip, Sabtu (26/2/2011).
1. Menghisap Ibu Jari
Wajar jika kebanyakan bayi suka mengisap ibu jari, kerana ternyata kebiasaan ini sudah dimulai sejak dalam kandungan. Refleks mengisap ibu jari ini membantu bayi saat akan menyusu, maka ibu tidak perlu lagi memaksakan untuk memasukkan puting. Kemahiran mengisap ibu jari ini sudah mulai sejak minggu ke-19 karena otak bayi telah mencapai jutaan saraf motorik sehingga ia mampu membuat gerakan dengan sedar seperti menghisap ibu jari.
2. Berenang
Sejak bayi di dalam kandungan ia sudah terbiasa berada di dalam air selama 9 bulan, yaitu cairan ketuban. Bayi aktif berenang di usia kehamilan 20 minggu. Saat ini bayi sedang membuat gerakan-gerakan aktif yang dapat dirasakan ibu, mungkin kerana panjangnya baru separuh dari panjang lahir dan beratnya baru sekitar 340 gram sehingga ia masih punya banyak ruang untuk berenang.
3. Tersedu
Saat hamil, terkadang ibu merasakan gerakan bersambung di satu bagian perutnya. Boleh jadi saat itu janin sedang sedu. Hal ini biasanya dirasakan sejak kandungan mencapai minggu ke-25. Hal ini menandakan bahwa janin sedang berlatih pernafasan. Saat ini janin menghirup dan mengeluarkan air ketuban, ketika air ketuban yang tertelan terlalu banyak maka ia akan sedu. Hal ini sesuatu yang wajar.
4. Mendengar
Banyak yang menyarankan ibu hamil sering-sering berkomunikasi dengan janin dalam kandungannya. Hal ini benar, karena meski masih di dalam kandungan, janin sudah dapat mendengar suara ibunya sendiri dan suara orang lain di sekitarnya. Saat melakukan USG 4 dimensi, selain memeriksa kelengkapan organ tubuh, doktor juga akan meminta janin melakukan sesuatu dan melihat respon si janin. Misalnya, ketika janin sedang menunduk, ketika doktor meminta ia menegakkan kepala, ternyata janin bisa mengikuti perintah. Jadi sebaiknya ibu hamil berhati-hati dalam berkata-kata karena janin juga bisa mendengar jika ibunya sedang marah-marah. Hal ini terbukti dengan reaksi perut yang terus terus menegang.
5. Membezakan Terang dan Gelap
Beberapa penelitian menunjukkan bahwa bayi sejak dalam kandungan 27-28 minggu sudah bisa membuka matanya, sehingga sudah bisa membezakan antara gelap dan terang. Boleh terlihat ketika doktor meletakkan lampu suluh di perut, ia boleh melihat cahaya yang masuk melalui dinding rahim. Bahkan janin boleh mengedipkan mata jika menurutnya terlalu silau.
6. Mengekspresikan Diri
Sejak dalam kandungan janin ternyata sudah boleh mengekspresikan diri sesuai dengan yang sedang dirasakan ibunya. Jika ibu dalam keadaan bahagia, duduk santai sambil mendengarkan musik, maka janin juga akan merasakan kebahagiaan tersebut sehingga ia akan tersenyum. Sebaliknya, jika ibu sedang stres, maka janin akan mengerutkan dahi. Lihat saja pada potret USG 4 dimensi bayi Anda.
7. Belajar Dua Bahasa
Ternyata, bayi di dalam kandungan boleh belajar memahami bahasa yang sering ia dengar, bahkan hingga dua bahasa sekaligus. Dan kemampuan ini terbawa hingga mereka lahir. Dalam sebuah penelitian yang dimuat di Psychological Science, bayi yang terbiasa mendengar dua bahasa selama dalam rahim ibunya kelak akan lebih mudah belajar dua bahasa. Hal ini juga sesuai dengan hasil penelitian psikolog dari Universitas of British Columbia dan Organization for Economic Cooperation and Development di Perancis.
p/s: Ajaib kan...sebagai ibubapa hargailah kebesaran Allah ini.

Monday, 10 October 2011

Wahai anakku : Sebelum kamu melihat alam semesta

Assalamualaikum wbt. :)

Wahai anak-anak mama. Hari ini mama membuat pemeriksaan doktor. Kandungan mama 35 minggu. Adik kamu berdua ini masih dalam posisi menelangkup..pemalu sungguh sejak awal kandungan mama lagi. Bila mama tgok mesin scanner tu, mama nampak adik Isya dan Aqil comel mcm kakak dan abangnya laa..hehehe. Bila mama dh tengok tu...mama menggambarkan apalah yang sedang dibuat oleh baby tu yer..seronok je dia terapung-apung dalam perut mama. Tapi untuk pengetahuan anak-anak mama..ni mama nk ceritakan satu kisah baby dalam perut mamanya...

 Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”


Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
 
Semoga anak-anak mama mengambil pengajaran dari kisah ini. Jangan sesekali menderhaka kepada ibu dan bapa..Sentiasa menjadi anak soleh dan solehah yer.. amin
 

Aqil memberi sokongan kepada Alongnya bersukan..
Along menunggu giliran untuk acara membawa bola golf dengan kayu hoki.. Tahniah Isya dapat no 1 :)

Selamat Hari Lahir ABAH : 6 Oktober 2011


Assalamualaikum wbt :)

ABAH..

Selamat Hari Lahir

Along sentiasa menyayangi ABAH..

Moga ABAH sentiasa di rahmati Allah dan di berkati..serta dilimpahi rezeki yang murah

Semoga along terus menjadi anak solehah

Mendoakan terbaik buat ABAH

Melapangkan masa bertemu ABAH

Menjalankan tanggungjawab anak kepada ABAH

InsyaAllah

'ALONG SAYANG ABAH'


Tak sabar rasanya Along nak pergi bercuti ke Langkawi bersama abah dan mama (13-16/10/2011), Nak luangkan masa bersama sebelum along bersalin kurang dari 3 minggu lagi. Nak luangkan masa untuk menjadi kenangan terindah kita... :)

Sunday, 9 October 2011

10 November 2011 : sebulan dari sekarang

Assalamualaikum wbt :)

Hari tersebut akan tiba...aku begitu pasti ia hadir dengan begitu pantas sekali. Walaupun lagi 4 minggu berkira-kira. Aku di landa pelbagai perasaan yang bercampur baur (gembira:resah:risau:teruja:sakit) dll.

Nak cerita sikit pasal pergi checkup 34 minggu pada 4/10/2011 di HUKM.

Keadaan ibu
- Sihat (batuk-batuk beransur pulih setelah minum air kembang semangkuk dan biji selasih)
- berat  = 66kg
- Air kencing = NIL
- Tekanan darah = normal
tapi ibu kena ambil darah sebab doc kata nampak pucat...hemmm prihatin betul doc Yulianty tu..hehee

Keadaan Anak Ibu
- Sihat
-berat = 2.24 kg
-gender= pakar scan tu mcm confident girl je..
-keadaan uri naik sikit...tapi masih peringkat 1 (pemantauan)

Pemeriksaan doktor:

Aku mohon jasa baik doktor untuk c-sect pada 10 November 2011. Sebab utama kerana hari tersebut menyingkap sejarah anniversary nikah ku dengan hubby ..sayang, 10 tahun sudah kita bersama dan Allah tambahkan kita dengan kelahiran anak ini.

Sekarang ni, aku punya habit pemakanan yang sangat menyelerakan. Antaranya aku akan pekena juga aiskrim ini untuk berasa tenang dan gembira....hemm dalam pantang nanti jangan tengok2 pulak yer...:)

mmg sedap aiskrim ni...terasa nikmatnya. choc coated with hazel nut inside..perhhh terliur tau..


Permohonan aku dipertimbangkan dengan alasan jika kesihatan aku dalam keadaan baik. Walau pun begitu aku akan dipantau pada 1 November 2011. Jika Allah berkehendakkan maka jadilah ia...Aku sebagai hambaMu akan redha dan berserah kepada ketentuan Mu. Amin...

Doa kan perjalanan ku sejahtera dan diberkati Allah...

Wednesday, 5 October 2011

Tip-tip menjadi ibubapa cemerlang

Assalamualaikum wbt :)

Aku terkesima sejenak..benarkah aku akan melalui hari-hari yang bakal mendatang ini dengan kehadiran cahayamata yang ke-3. Ini bermakna aku bukan lagi semakin boleh bersantai..apatah lagi terus boleh membiarkan waktu menguruskan kehidupan ku nanti. Malah..aku kena menguruskan waktu demi untuk anak-anak dan suami tercinta dan tersayang. Atau mungkin juga aku yang terlalu 'stress up' kerana terlalu memikirkan tentang masa hadapan..bagaimana cubaannya menghadapi suasana membesarkan cahayamata demi kejayaan mereka dunia dan akhirat.

Oleh itu aku meluaskan pandangan ku dengan bacaan-bacaan artikel berkenaan dengan 'parenting'. Menjadi pembimbing bukan semudah disangka. Kadang-kadang 'moment' yang kita luangkan bersama anak tidak dapat dipraktikkan sepenuhnya. Jadi aku ingin terus belajar menghargai masa bersama anak-anak...menjadi pembimbing kepada mereka.. InsyaAllah.

Marilah sama-sama kita mengambil ikhtibar dari artikel tersebut...semoga anda yang telah menjadi 'parent' atau 'want to be' akan mendapat manafaatnya..Amin

Semoga menjadi ibubapa cemerlang terdidik la anak-anak cemerlang


1. MENGUASAI ILMU DAN HIKMAT.
Dalam surah Luqman ayat 12, Allah menjelaskan bahawa Luqman telah dikurniakan hikmat. Imam Ibn Kathir mentafsirkan hikmat sebagai ‘kefahaman, ilmu dan tadbir (iaitu pengurusan yang baik).’ Justeru ibu bapa perlu menguasai dan memahami ilmu, terutamanya ilmu agama berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Penguasaan ini perlu disusuli dengan pengurusan hidup yang baik. Tanpa ilmu dan kefahaman ibu bapa menjadi seperti musafir yang berjalan tanpa peta.
2. MEMENTINGKAN IMAN DAN TAQWA.
Berhubung dengan ini, Luqman menjelaskan, jika ada suatu benda yang kecil, seperti biji sawi, disembunyikan di langit, dalam bumi, dalam batu yang besar atau di tempat-tempat lain, Allah tetap mengetahuinya. Hal in disebut dalam surah Luqman ayat 16. Pendidikan Luqman ini bertujuan untuk melahirkan perasaan muraqabah, iaitu merasai bahawa Allah sentiasa melihat gelagat hambanya di mana saja hamba itu berada. Jika perasaan ini menguasai hati seseorang, ia akan menjadi penasihat dan penyelamat bagi seseorang.
3. MEMELIHARA IBADAH.
Antara ibadah yang perlu diutamakan ialah solat. Luqman menyuruh anaknya menegakkan solat. Menegakkan solat bermaksud bersolat secara berterusan dengan memelihara waktu-waktu dan tatacaranya, di samping mementingkan khusyuk ketika bersolat. Solat mempunyai pengaruh yang besar kepada anak-anak.
4. MEMELIHARA AKHLAK.
Antara akhlaq yang ditekankan dalam surah Luqman ialah bersikap tawaduk dan tidak sombong ketika bergaul dengan manusia. Beliau juga mengingatkan anaknya agar bersederhana dalam hidup dan tidak meninggikan suara ketika bercakap. Akhlaq yang mulia berkait rapat dengan iman seseorang.
5. BERSIKAP POSITIF DALAM UJIAN.
Dalam konteks ini, surah Luqman ayat 17 mengingatkan anaknya kepentingan sabar dalam hidup. Sabar berkait rapat dengan sikap positif. Dengan penekanan ini anak-anak akan cekal mengharungi pancaroba dan liku-liku kehidupan. Anak-anak juga perlu diingatkan bahawa sabar adalah proses ke arah kejayaan.
6. MEMBINA KEMAHIRAN.
Antara kemahiran yang dinyatakan dalam surah Luqman ialah komunikasi berkesan. Luqman menasihati anaknya secara terus tanpa rasa kekok. Ini menunjukkan bapa memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan anak-anak. Ketika memberi nasihat, Luqman menggunakan perumpamaan untuk memudahkan kefahaman. Ini menunjukkan Luqman mempunyai kemahiran berkomunikasi. Antara aspek penting yang perlu ada ketika berkomunikasi ialah kelembutan. Mengiku imam Ahmad dan Baihaqi, nabi bersabda “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi sesebuah keluarga diberikan sifat lemah lembut dalam keluarga itu”.
7. PEKA DAN BERPERANAN.
Anak-anak perlu dididik agar berperanan dengan mengajak rakan-rakan mereka kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran (ayat 17). Dengan nilai dan sikap ini, anak-anak tidak akan menjadi golongan yang terpengaruh sebaliknya menjadi golongan yang mempengaruhi.

Anak-anak ku..ketahuilah bahawa ibu terlalu menyanyangi kamu. Melihat kejayaan kamu adalah kepuasan buat ibu. Setelah penuh jerih ibu melahirkan kamu dengan mempertaruhkan nyawa ibu. Tanggungjawab ibu tidak terhenti disitu. Kasih sayang ibu tetap bersama kamu.
(aku yang suka melihat anak-anak nyenyak di depan mata..betapa tenangnya mereka...)

Friday, 30 September 2011

Tip-tip mendidik anak cemerlang

Assalamualaikum wbt :)

Saya tertarik dengan pembacaan saya sebentar tadi. Ingin sekali saya berkongsikan ilmu tersebut untuk pembaca lain. Di samping itu membuka minda saya untuk mendidik permata hati saya keduanya dan bakal adik mereka yang bakal lahir nanti.

Pada amatan saya, ia tidak susah, tetapi jika ibu bapa terus leka dalam meninggalkan kewajipan mendidik ini, maka susah untuk anak kembali di fahami..

Marilah kita renungkan...


Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.
Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap pertama:
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap kedua:
Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga:
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat:
Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah pesanan dan arahan.
Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik.
Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah Bercerita
Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah Soal jawab
Bersoala jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah merujuk pengalaman lalu
Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran
Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah bermain dan bergurau
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah latihan yang berterusan
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Selepas baca, bolehlah beramal

Permata hati mama. Melihat wajahmu, hati mama menjadi terus gembira..ceria di wajahmu membawa mama terus sejahtera..amin

Tuesday, 27 September 2011

Yang mana satu.. SURPRISE

Assalamualaikum wbt :)

Hanya Allah lebih menentukan. Manusia hanya mampu merancang..

Just I want to share ...let's we talk about IF...

IF...
Mama will call you ....

AUFAA AAFIYA
(yang setia, memberi tenaga dan ketabahan)

IF...

Mama will call you ...

MUHAMMAD AUF AQEEF
(yang kuat berusaha dan memberi tumpuan sepenuhnya)


I'm gonna wait until the right time..until i look it you and warm in my hug...


WW : Sumbangan kepada yang memerlukan

Assalamualaikum wbt


Walau darah jenis 'A'..
Walau tekanan darah rendah..
Walau hanya 350ml sahaja..
"You have done good thing hubby"

Monday, 26 September 2011

33 weeks

Assalamualaikum wbt

Hari ini saya telah membawa anak di dalam kandungan saya, 33 minggu. Seronok menggendong kesayangan hamba ini kemana sahaja. Budak yang baik..tidak banyak ragamnya. Mendengar kata ibu, memberikan respon yang cepat pada gelak tawa along dan abang..juga bila di pengang ayah pada perut ibu mulalah si manja mengeletekkan perut ibu yer...heheee.

Aku menjadi seronok dengan perkembangan si cilik. Tetapi jauh disudut hati, terasa terlalu cepat masa berlalu. Aku seperti mahu mengendongnya lagi..walau tarikh untuk ku dibedah akan tiba lebih kurang 5 minggu lagi. Cepatnya masa berlalu...Ohh tuhanku moga Engkau tabahkanlah jiwa hambamu ini. Kuatkan semangat juang ku, supaya aku memperolehi kesejahteraan buat diri dan anak didalam kandungan ku ini.

Hari ini aku membuat pemeriksaan 33 minggu. Alhamdulillah, perkembangan yang baik. Uri sudah berada di atas, malahan doktor kata agak tebal uri ku...Anak ibu suka buat pelampung kan...dan dah lama uri tu duduk bawah, sebab anak ibu suka buat bantal..hihikhik..

Tinggi rahim : 32cm
Tekanan darah : normal
Berat badan ibu : 64.5 kg ( naik 4.5 kg, last time puasa check up cuma 60 kg je..) ok good progress for baby.
Ujian air kencing : sedikit kotor (huhuhu dari awal preggy, ni la masalah utama)
Berat baby : 2.14 kg (alhamdulillah, dah naik berat badan bb..harap2 tak de la kuar nanti dok incubator sbb tk cukup berat)

Setakat hari ini, diri yang kembang ini ..huhuhu
Kembang kan...

Thursday, 22 September 2011

Terima Kasih Mak Tok

Assalamualaikum :)

Mak Tok, terima kasih hadiahkan Isya baju jubah nie. Isya suka sangat. hari ini Isya ada jamuan raya di sekolah. Isya pakai jubah yang mak tok kirimkan pada mama semalam. Padan sangat ngn Isya. Lagi satu warna ni kegemaran mama Isya..hehee

Ok Isya pergi sekolah dulu yer mak tok..nanti kalau ada jubah cantik-cantik..mak tok hadiahkan lagi yer..hehee


Semalam...mama saya basuh dan syampukan rambut saya..baru rasa lega sangat kulit kepala saya nie..kalau tak saya suka nk garu-garu tudung..

Pagi nie, saya suka sangat nk pergi jamuan raya di sekolah...sbb salah satunya saya dpt bergaya dengan baju saya nie..Hadiah dari Mak Tok tau..hehee


Wednesday, 21 September 2011

WW : Sempena Jamuan Hari Raya BGPP 2011

Assalamualaikum..

Semoga perjuangan ibu mengandung terus mendapat kesejahteraan dan rahmat dari Allah s.w.t..Amin.


Saya dan Maziah, beza kami bersalin sebulan.

Maziah : selepas awak saya pula..saya mendoakan akan kesejahteraan awak..dan selepas itu giliran saya pula...
Anak kita nmpknya akan datang sama-sama menempuhi tahun persekolahan yang sama..InsyaAllah

Tuesday, 20 September 2011

Hidup dalam kepayahan..hanya yang pernah alami merasa tersentuh..

Assalamualaikum..

Aku membaca kisah ini dengan penuh rasa bersyukur di jiwa. Walau pernah alami keperitan kehidupan yang sudah ku anggap perit, namun kita dituntut untuk melihat ianya ada juga kisah lagi memilukan. Maksudnya...ada lagi manusia yang lebih susah...


Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan "PERBUATAN YANG LUAR BIASA".
Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.
Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.
Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang.
Dia bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan, semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. Dia juga mencuba memakan sejenis rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak.
Pulang sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung ayahnya ke bilik air dan juga memandikan ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan bubur untuk ayahnya.
Segala urusan lain pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauh membuatkan Zhang memikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati ayahnya. Dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku bekas yang ia beli.Dia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah berasa dia boleh, dia sendiri yang menyuntik ayahnya.
Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da
"Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, peniaga, juga ada ratusan juta penonton telivision, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!"
Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, dia hanya berkata,
"Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!."
Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah.
Zhang Da boleh dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan sayang, kita selalu membantu anak-anak sudah mampu membuatnya sendiri.Ada kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah pun masih disuap, dan memakai bajupun masih dibantu.
Juga seperti ucapan Zhang Da, pesanan kepada kita yang berumahtangga supaya menyayanyi keluarga masing-masing. Jangan kerap pentingkan diri sendiri, kanak-kanak yang kecil dan tidak berdosa menjadi mangsa.
Anakku..semoga sentiasa dirahmati Allah swt. Walaupun kita pernah hidup susah, tetapi senyum dan tawamu memberikan kekuatan pada kita sekeluarga. Semoga menjadi anak yang solehah.. :)

Monday, 19 September 2011

29 weeks: alkisah ingin melihat 4D

Assalamualaikum w.b.t

Alkisah ingin sangat merasai pengalaman melihat 3D/ 4D lil champ kali ini, aku berkesempatan ke Vision College di Kelana Jaya. Bertarikh 5 September, lepas seminggu meluangkan masa berhari raya di kampung suamiku. Aku teruja ingin melihat lil champ. Temujanji pada jam 3 petang, tidak mengambil masa yang lama untuk menunggu pakar scan datang menyapa kami.

Bila ku lalui saat itu, aku dapat melihat bayi ku pada mulanya dengan 2D. Tetapi, pakar scan tersebut cuba memberitahu aku yang imej tidak berapa jelas bila ditukarkan kepada 3D. Kedudukan bayi ku memberat ke sebelah kanan perutku dan dilindungi placenta. Puas di belek dan ditekan perutku, keputusan adalah sama. Apakan daya..bayiku ini tentu pemalu. Aku akur, walau tidak dikenakan sebarang bayaran kerana imej tidak jelas. Untuk tidak menghampakan aku, pakar scan menetapkan sekali lagi tarikh ke2 untuk cuba melihat imej yang lebih terang.

Scan kali ke2, pada 15 September.. keputusan adalah sama..Apakan daya ibumu ini..huhuhuhu teruja ingin melihat bayiku tetapi tak juga dapat..hehehee lil champ nak surprise yer... hahahaa

Sempat lagi mengambil gambar sebagai kenangan...


 Anak-anak juga teruja nk melihat 'wonder baby' inside


 Terima kasih kepada suami yang sudi menemani, walau kepenatan baru pulang dari kerja.

senyum..bang...
Aku yang nampak kembang... :)

Thursday, 15 September 2011

Jamuan Raya 2011

Assalamualaikum..

Masamnya muka mama.... hahhaa



Arrhhhhh TIDAKKKKK..ini merupakan gambar candid yang diambil oleh seorang hamba Allah...

Thursday, 8 September 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Assalamualaikum :)

Syawal tahun ini, aku beraya di Nyalas, Jasin rumah mertua. Suasana pagi raya yang agak murung kerana ayah mertua tidak larat bangun untuk menjadi imam solat subuh dan mentakbirkan raya. Jarang terjadi begini. Kami memang murung di pagi raya, rasa seperti kekurangan. Ayah mertua ku sudah menjangkau umur 70 tahun lebih. Solat subuh di imamkan oleh Abang Ngah, Ariffin. Alhamdulillah, kami masing-masing dapat berkumpul dan sama-sama mendoakan kesejahteraan abah.

Marilah layan gambar2...hari raya ku... :)






Tuesday, 16 August 2011

Totorial Selendang Satin

Assalamualaikum :)

Koleksi selendang kini di tambah dengan pilihan warna STRIKING PINK, SOFT PINK, SOFT PURPLE dan JINGGA.

Sebelum saya memperlihatkan anda TOTORIAL tersebut. Suka saya memperkenalkan model saya yang tidak pernah jemu memberikan senyuman..

 Taraaaa..Mdm Lel.. :)

 Sebelum TOTORIAL, Mdm Lel di touch up oleh saya..untuk menyerlahkan keanggunan dari dalaman...

Mari saya kenalkan dulu warna selendang yang terbaru ini...



LIGHT PURPLE



JINGGA

Seterusnya..lets check it out the TOTORIAL 1 dan 2.

Untuk mendapatkan hasil pemakaian selendang seperti ini :-

 TOTORIAL 1

cara-caranya...


Ambil selendang berwarna SOFT PINK ini (Boleh beli dengan saya..hehee). Rapatkan ke kepala. Pendekkan bahagian disebelah kiri anda (mana-mana bahagian yang anda selesa).


Seterusnya, bawa selendang ke bahagian belakang kepala dan di pinkan (gunakan keronsang kecil..jarum peniti tidak digalakkan nanti tercucuk isi.)


Sebelah bahagian yang panjang tadi dibawa ke bahagian dagu ke atas kepala.

pegang hujung selendang seperti ini untuk mendapatkan hasil yang kemas. Bawa ke atas kepala yer..

Bawa selendang ke hadapan dan adjust ikut keselesaan anda..Saya sematkan keronsang pink untuk lebih kesan dramatik..hehhee



TOTORIAL 2
Bersiap sedia untuk memakai selendang. hemmm comellllll

ambil sehelai selendang (bole beli dengan saya..cantik nyerrr)



Seterusnya, rapatkan hujung selendang ke bahagian inner. Jarum peniti digunakan supaya selendang kemas.

Model ketika ini sedang mengemaskan selendang dengan mencucuk jarum peniti..(Kalau saya yang cucukkan, Mdm Lel mengaduh kerana terkena isi...ADUHHHHH)



Bawa hujung selendang yang panjang ke atas kepala. Dan kemaskan belitan tersebut.

Beginilah impaknya...untuk kekemasan anda disarankan menggunakan jarum peniti untuk mendapatkan hasil yang kemas. Hati-hati jangan tercucuk yer...

Taraaaaaaaaaaa..hasilnya..Anggun gitu..

Begitu mudah..semoga memberi inspirasi kepada anda di Hari Raya nanti yer... :)

27 Weeks : Welcome to 3rd trimester

Assalamualaikum :)

Today, all greats feelings arround me. Even we had not much time for 'sahur' but still I woke up and had cereal with Aifaa Allisya.

Now, turn to My Lil Baby progress in 27 Weeks.
Ohh really miricle: 

  • Baby now weighs about 875 grams and is 36.5 cm in length.
  • The head is over 2.5 inches (7cm) in diameter.
  • My baby's hearing continues to develop.
  • The eyes can blink, open and close.
I've have made it 2/3 of the way through. It may be hard to believe, but my baby now appears much like he or she will look like at birth. Baby now has eyebrows and eyelashes and hair is growing everyday. The muscle tone is improving and his or her body is getting plumper.

My little one's brain continues its rapid growth. Every morning, never forget to share music, 'Bacaan al-Quran, conversation nicely with people arround me, and even novells and magazines with my baby. I knew, my Lil Baby may start to recognize my voice as well as hubby, so be sure to say lots of nice things.

The retina at the back of my baby's eyes is beginning to develop. Those beautiful baby eyes can open now, and the baby will notice and may turn his or her head if shine a flashlight against your belly.
27 Weeks

17 Ramadhan : Turunnya Al-Quran

Assalamualaikum :)

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran


17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran. Peringatan tersebut setiap kali di gabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan). Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Al-Quran bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan segabainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘Al-Quran mukjizat akhir zaman’.
Firman Allah :-
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan) (al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bereti cahaya yang menerangi. Al-Furqan bereti uang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada  Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq.


Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekelian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”(al-‘Alaq:1-5)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...