Wednesday, 25 September 2013

Anda Pencari (Seeker) (merujuk pada keputusan kuiz personaliti diri sendiri)

Assalamualaikum warohmatullahhiwabarokatuh. Bila duduk menyendiri, pernahkah kita terfikir 'siapa diri kita'? Bagaimana berperanannya diri kita di muka bumi Allah swt ini? Adakah kita menjadikan diri kita sebagai bekalan di akhirat kelak? Hidup yang singkat ini, bagaimana kita ingin penuhi dengan perkara yang bermanafaat. Sesungguhnya aku terpanggil untuk berfikir, semua kejadian yang Allah ciptakan seperti langit, awan, pokok-pokon, burung-burung berterbangan, ikan-ikan berenangan dan sebagainya..Maha Suci Allah swt menciptakan segala-galanya bermanafaat..Lantas aku pun Allah cipta penuh sebaik-baik kejadian manusia yang Allah kurniakan akal dan fikiran. Syukur Alhamdulillah masih lagi bernafas hingga ke hari ini. Lantas.... aku tidak berhak untuk mensia-siakan segala yang Allah telah kurniakan kepada ku. Menjalani kehidupan ini sebaik-baiknya dengan pertolongan Allah swt (Lillahitaala). Hingga aku tidak sanggup mensia-siakan setiap hari yang Allah swt kurniakan. Mengingatinya adalah sebaik-baik hamba. InsyaAllah. Mengingati Allah swt sentiasa bersama hambanya. Rahmat dan du'a Nabi Muhammad SAW pada umatnya dan yakini umat Nabi Muhammad SAW mendapat tempat di sisi Allah SWT dengan Ibadah dan Shariah. InsyaAllah. Sedang duduk menyiapkan beberapa tugasan kerja, mata terpandang sebuah kuiz online. Mencuba dan penuh berhati-hati agar jawapan sendiri tidak membuka sistem keselamatan sendiri. Berakhir kuiz tersebut jawapannya adalah seperti berikut.. Anda pendengar yang baik yang berhati emas. Rakan-rakan anda tahu yang mereka boleh mengharapkan sokongan dan nasihat anda sewaktu susah dan senang. Anda seorang yang baik dan murah hati, dan membantu orang lain adalah sifat semula jadi anda. Anda juga cenderung untuk menjadi agak romantik. Malah, kadang kala tiada apa yang anda ingin lakukan selain melarikan diri ke dunia impian anda sendiri. Anda penuh dengan kreativiti dan suka mendapatkan ilham daripada pengalaman baru yang menarik. Buat masa ini, kehidupan mungkin memerlukan anda bertindak untuk mengimbanginya, tetapi dengan sikap anda yang positif, anda tahu bagaimana untuk menerima yang baik dengan yang buruk. Memastikan agar anda tidak berasa tertekan sepanjang masa adalah penting, jadi cuba utamakan perkara yang penting dalam hidup anda. Apabila kehidupan tidak berjalan dengan begitu baik, adalah penting untuk anda beringat untuk memanfaatkan kekuatan dalaman anda dan yakin dengan diri anda. Sebagai Pencari (Seeker), anda sukakan pengembaraan yang akan mengubah sesuatu dengan ketara dan mencabar status quo anda. Belajar untuk mengesan detik-detik tersebut apabila anda memerlukan sedikit kelainan dalam hidup anda, dan memikirkan cara untuk mengintegrasikannya dalam rutin harian anda. Kekalkan inspirasi anda dengan gabungan pelbagai aktiviti, dan luangkan masa untuk hobi-hobi yang membolehkan anda menerokai sisi kreatif anda. Mempunyai hubungan yang penuh kasih sayang merupakan satu daripada rahmat yang terbesar. Kehidupan di rumah yang kukuh merupakan sumber kekuatan dan sokongan yang amat besar. Pastikan anda menghargai pasangan anda dengan sewajarnya. Mengatur waktu khas untuk meluangkan masa berdua secara tetap sentiasa berbaloi. Melupakan segala-galanya dan membiarkan diri anda bebas dalam dunia lain apabila anda mempunyai sedikit waktu rehat memang tiada tandingannya. Memberi peluang kepada badan dan fikiran anda untuk berehat dan pulih adalah sangat penting, dan ia lebih baik jika diiringi dengan lagu-lagu hebat daripada filem. Anda mengambil berat tentang orang-orang di sekeliling anda, dan jika mereka gembira maka anda pun gembira. Anda tahu bahawa kehidupan ada pasang surutnya, dan ingin mengekalkan keseimbangan yang sihat bagi kedua-duanya. Kesudahannya, anda mempunyai pendekatan yang amat baik bagi kehidupan. Anda tahu yang kebahagiaan sebenar datang daripada orang dan bukannya daripada barangan. Ia adalah perkara-perkara yang anda tidak boleh meletakkan harga padanya. Semua hamba Allah SWT dikurniakan kelemahan dan kekuatan diri sendiri. Jadikan kelemahan sebagai kekuatan, dan kekuatan itu pula tidak melebihi rasa riak dan berbesar hati malah berasa lemah sebagai hamba adalah lebih baik dari mendabik dada..dan siapalah hambaNya untuk mendabik dada...kita hidup sementara.


1 comment:

Nurzakiah Hanum said...

great entry sis
thanks for the wish yesterday

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...