Wednesday, 25 September 2013

Anda Pencari (Seeker) (merujuk pada keputusan kuiz personaliti diri sendiri)

Assalamualaikum warohmatullahhiwabarokatuh. Bila duduk menyendiri, pernahkah kita terfikir 'siapa diri kita'? Bagaimana berperanannya diri kita di muka bumi Allah swt ini? Adakah kita menjadikan diri kita sebagai bekalan di akhirat kelak? Hidup yang singkat ini, bagaimana kita ingin penuhi dengan perkara yang bermanafaat. Sesungguhnya aku terpanggil untuk berfikir, semua kejadian yang Allah ciptakan seperti langit, awan, pokok-pokon, burung-burung berterbangan, ikan-ikan berenangan dan sebagainya..Maha Suci Allah swt menciptakan segala-galanya bermanafaat..Lantas aku pun Allah cipta penuh sebaik-baik kejadian manusia yang Allah kurniakan akal dan fikiran. Syukur Alhamdulillah masih lagi bernafas hingga ke hari ini. Lantas.... aku tidak berhak untuk mensia-siakan segala yang Allah telah kurniakan kepada ku. Menjalani kehidupan ini sebaik-baiknya dengan pertolongan Allah swt (Lillahitaala). Hingga aku tidak sanggup mensia-siakan setiap hari yang Allah swt kurniakan. Mengingatinya adalah sebaik-baik hamba. InsyaAllah. Mengingati Allah swt sentiasa bersama hambanya. Rahmat dan du'a Nabi Muhammad SAW pada umatnya dan yakini umat Nabi Muhammad SAW mendapat tempat di sisi Allah SWT dengan Ibadah dan Shariah. InsyaAllah. Sedang duduk menyiapkan beberapa tugasan kerja, mata terpandang sebuah kuiz online. Mencuba dan penuh berhati-hati agar jawapan sendiri tidak membuka sistem keselamatan sendiri. Berakhir kuiz tersebut jawapannya adalah seperti berikut.. Anda pendengar yang baik yang berhati emas. Rakan-rakan anda tahu yang mereka boleh mengharapkan sokongan dan nasihat anda sewaktu susah dan senang. Anda seorang yang baik dan murah hati, dan membantu orang lain adalah sifat semula jadi anda. Anda juga cenderung untuk menjadi agak romantik. Malah, kadang kala tiada apa yang anda ingin lakukan selain melarikan diri ke dunia impian anda sendiri. Anda penuh dengan kreativiti dan suka mendapatkan ilham daripada pengalaman baru yang menarik. Buat masa ini, kehidupan mungkin memerlukan anda bertindak untuk mengimbanginya, tetapi dengan sikap anda yang positif, anda tahu bagaimana untuk menerima yang baik dengan yang buruk. Memastikan agar anda tidak berasa tertekan sepanjang masa adalah penting, jadi cuba utamakan perkara yang penting dalam hidup anda. Apabila kehidupan tidak berjalan dengan begitu baik, adalah penting untuk anda beringat untuk memanfaatkan kekuatan dalaman anda dan yakin dengan diri anda. Sebagai Pencari (Seeker), anda sukakan pengembaraan yang akan mengubah sesuatu dengan ketara dan mencabar status quo anda. Belajar untuk mengesan detik-detik tersebut apabila anda memerlukan sedikit kelainan dalam hidup anda, dan memikirkan cara untuk mengintegrasikannya dalam rutin harian anda. Kekalkan inspirasi anda dengan gabungan pelbagai aktiviti, dan luangkan masa untuk hobi-hobi yang membolehkan anda menerokai sisi kreatif anda. Mempunyai hubungan yang penuh kasih sayang merupakan satu daripada rahmat yang terbesar. Kehidupan di rumah yang kukuh merupakan sumber kekuatan dan sokongan yang amat besar. Pastikan anda menghargai pasangan anda dengan sewajarnya. Mengatur waktu khas untuk meluangkan masa berdua secara tetap sentiasa berbaloi. Melupakan segala-galanya dan membiarkan diri anda bebas dalam dunia lain apabila anda mempunyai sedikit waktu rehat memang tiada tandingannya. Memberi peluang kepada badan dan fikiran anda untuk berehat dan pulih adalah sangat penting, dan ia lebih baik jika diiringi dengan lagu-lagu hebat daripada filem. Anda mengambil berat tentang orang-orang di sekeliling anda, dan jika mereka gembira maka anda pun gembira. Anda tahu bahawa kehidupan ada pasang surutnya, dan ingin mengekalkan keseimbangan yang sihat bagi kedua-duanya. Kesudahannya, anda mempunyai pendekatan yang amat baik bagi kehidupan. Anda tahu yang kebahagiaan sebenar datang daripada orang dan bukannya daripada barangan. Ia adalah perkara-perkara yang anda tidak boleh meletakkan harga padanya. Semua hamba Allah SWT dikurniakan kelemahan dan kekuatan diri sendiri. Jadikan kelemahan sebagai kekuatan, dan kekuatan itu pula tidak melebihi rasa riak dan berbesar hati malah berasa lemah sebagai hamba adalah lebih baik dari mendabik dada..dan siapalah hambaNya untuk mendabik dada...kita hidup sementara.


Tuesday, 10 September 2013

Barakallahu Fiki ( Semoga Allah memberkati hidupmu)

Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh. Selamat Ulangtahun Hari Kelahiran buat diri sendiri pada hari ini. Melangkaui satu lagi tangga umur menganjak tahun ke 3 dalam 3 series. 33 tahun sudah Allah kurnai diri ini dengan nikmat menyedut oksigen memenuhi peparuku. Nikmat tubuh badan yang lengkap dan melengkapi dalam urusan seharian. Betapa kaki dan tangan ini berfungsi menjalankan pelbagai kerja. Nikmat otak dan akal untuk berfikir..ya masih waras untuk segala urusan di bumi Allah ini. Nikmat yang paling besar bila Allah swt kurniai anugerah terindah iaitu anak-anak yang sejahtera, suami yang beriman. Itulah syurga dunia moga berpanjangan nikmat ini hingga syurga firdausi. Tidak ketinggalan masih aku beruntung Allah swt menganugerahi kedua ibubapa yang masih sejahtera melihatkan anak-anaknya dihadapan mata. Abah sudah berpencen dengan menjalankan fardhu kifayahnya (membawa van jenazah dan katerer kecil-kecilan), itu yang abah gemar dan seronok lakukan..moga Abah gembira dalam meniti hari-hari mendatang dengan melakukan kerja-kerja ini. Mama masih berbaki 3 atau 4 tahun servis, masih lagi bertenaga untuk bekerja, sakit- sakit manja jua kadang-kala untuk banyakkan berehat dirumah. Almaklumlah mama rasa sunyi bila bekerja seorang..kalau dulu ada abah dipejabat sama-sama pergi minum dan makan tengahhari bersama. Kini banyak masa dipejabat tanpa Abah temani. Begitulah keadaan bila menganjak 5 siries.. Moga Allah swt memberi petunjuk dan hidayah..Jika ada rezeki InsyaAllah akan Allah buka hati untuk ke Baitullah. Amienn. Umur adalah amanah Allah swt yang akan ditanya di akhirat kelak. Inilah peringatan bagi diriku. Peningkatan umur dari satu tahun ke satu tahun bukan menandakan umur kita makin banyak tetapi sebaliknya ia makin kurang. Bermuasabah diri dalam menginsafi umur yang telah berlalu. Berapa banyakkah amal soleh yang telah dikerjakan dan renungan diri terhadap maksiat dan dosa yang telah teriring selama ini? Jawapan ini hanya dapat bila diri bertanya dan cerminkan diri suluhlah hati. Jawapannya berat kepada kecuaian dan kealpaan. Aku bertaubat kepada Mu Ya Allah. Sisa umurku yang berbaki ini, moga Allah dapat dorongi aku untuk menanam azam yang kuat dan benteng yang kukuh dalam melaksanakan perancangan di masa akan datang ke arah jalan-jalan Allah. Jadikan aku manusia yang terus hijrah ke jalan Mu ..Ya Allah. Hari kelahiran ini adalah hari bersejarah buat mama ku..melahirkan ku sebagai anak sulung dalam keluarga. Hasil cinta kedua ibubapaku yang sabar menanti kelahiran cahayamata dambaan mereka. Betapa sakit menanti kelahiranku dan seterusnya menyusuri setiap tahun membesarkan ku sehingga menjadikan aku seorang insan kini. Tanpa mereka aku kini bukan siapa-siapa. Bertuah si anak kerana mengenali kedua ibubapanya. Bertuah si anak bila kedua ibubapanya dapat menjadikan dia 'orang' tika ini. Moga Allah cucuri rahmat ke atas kedua ibubapa ku. Hari ini adalah hari mereka, biar mereka lihat anak mereka ini seorang yang boleh diharapkan mendoakan dan menjalankan perintah Allah swt. Moga anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang ini dapat membalas jasa mereka yang bukan sedikit bahkan tidak dapat dikirakan betapa besar jasa mereka. Andai hendak ditukar gantikan dengan wang ringgit, aku akan berhutang dan jatuh muflis seluruh hidup ini. Hanya dengan satu cara sahaja mengangkat kebaikan buat mereka iaitu doa anak yang solehah untuk mengangkat martabat mereka disisi Allah swt. Allah maha mendengar.


Ya Allah detik kelahiran aku Kau jadikan hanya mengenali ibuku..dakapannya mendamaikan. Kau temani aku dengan kasih sayangnya. Tiada berpakaian ibuku membaluti ku dengan selimut memberi kehangatan. Membesarkan aku dengan penuh tarbiyah dengan kepayahan. Andai aku tidak mengenali apa itu ibu... adakah aku akan hidup tika ini?? Allah swt lebih mengenali dan mengetahui.
Hai la anak..dirimu bukan siapa-siapa. Kelahiran dirimu kebumi ini bukan tercipta dengan sendirinya. Hidupmu mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar. Andai umurmu hanya sia-sia..itu jualah yang ditanya Tuhanmu di akhirat kelak. Wallahualam. 

Monday, 3 June 2013

Selamat hari lahir Suami ku

Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh,

2 haribulan Jun 2013, suami tercinta menyambut kelahiran yang ke 39. Alhamdulillah, umur meningkat lagi satu angka dan abang dikurniakan 3 cahayamata tersayang. Juga tidak ketinggalan dikurniakan isteri yang sentiasa membuatkan abang pening..hehee.

Ayang mendoakan abang diberikan kemurahan rezeki dan kesihatan yang sejahtera. Apa lagi yang ayang perlukan...cukuplah seorang suami yang menyanyanyi kami anak beranak. Alhamdulillah. Moga Allah melindungi Abang.

I cinta you taw.. :)


Baju Korporat

Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh,

Selamat mengenakan baju korporat esok (Rabu) bagi pekerja-pekerja MATRADE. Semoga kita menjadi pekerja yang cemerlang dan gemilang untuk menonjolkan kerja dan sikap professionalisma. Amieen



saya sebagai model tidak bertauliah.. :) sweet memories

Thursday, 30 May 2013

Gyomi saya



 Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh


Selamat berhujung minggu..

Pengalaman temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.



Sekitar pengalaman temuduga yang telah berlansung pada 28 Mei 2013 (Selasa). Sebelum itu, saya bersyukur kepada Allah swt, peluang ini adalah teramat indah dalam pengalaman hidup saya. Ini adalah panggilan kedua SPA yang saya hadiri, cuma bagi jawatan yang berbeza dan cara yang berlainan setiapnya. Pertama kali SPA panggil saya untuk jalani peperiksaan kertas satu dan dua bagi jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (S27). Keputusannya GAGAL! tak mengapalah..ia bukan rezeki yang baik buat saya. Kali kedua tawaran temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27 pula. Alhamdulillah diberi kesempatan lagi dan kali ini terus untuk sesi temuduga. Terima email dari spa 9 Mei 2013 (Khamis) ini bermakna lebih kurang dua minggu untuk membuat persiapan. Email tersebut aku terima setelah saya bercuti seminggu dari bekerja kerana bapa mertua yang sakit tenat kerana sakit tua. Seminggu juga tidak bekerja malah tidak berkesempatan langsung untuk mentelaah pelajaran. Saya ada test akhir minggu tersebut. Menjaga orang tua yang sakit lebih penting. (sebenarnya saya tk dapat fokus pada hal-hal kehidupan seharian bila melihat orang tua yang sakit tenat). Bila hadir bekerja pada hari Isnin panggilan temuduga diterima dengan penuh syukur. Amieen. Ini berkat doa ibubapa jua. Terima kasih Mama dan Abah atas sokongan.

Pertama sekali bila saya dapat email ini, doa syukur yang pertama..



Selepas itu, bertanyakan Human Resourse Department, prosedur apakah yang perlu saya kemukakan untuk saya pergi temuduga tersebut. HR dept, sangat-sangat membantu saya dalam menyediakan LNPT dan surat pelepasan saya pergi temuduga. Terima Kasih HR MATRADE. (CC Azah yang banyak membantu, moga Allah sahaja yang membalas jasa mu.)

Saya buka blog, pengalaman mereka yang telah pergi temuduga. Pengalaman yang bernilai bila melalui detik-detik tersebut. Terasa seronok pula membaca kisah mereka. Pelbagai pengalaman suka duka yang telah saya baca. Bagaimanalah pula kisah saya yer.. :)

Saya belajar tips-tips menghadapi temuduga kerajaan. Sesungguhnya bukan mudah, tetapi jika kita sabar dan berkeinginan untuk belajar banyak manafaat yang akan diperohi. Hati telah saya tetapkan, bahawa saya ingin belajar setiap masa. Bukan mengharap tinggi untuk berjaya dalam panggilan TEMUDUGA BERJAYA, tetapi cukuplah saya berjaya melalui sesi temuduga dengan penuh tenang dan kesabaran.  

Hari pertama dapat perkhabaran temuduga saya mohon restu Mama dan Abah. Mereka lebih memahami anaknya. Selepas itu khabarkan kepada suami tercinta yang banyak memberi sokongan moral. Malah anak-anak yang masih kecil seolah-olah faham dan turut mendoakan ibunya supaya tenang dan berjaya melaluinya.

Hari kejadian pun tiba 28 Mei 2013 (Selasa), awal pagi jam 6.30 pagi mama dah telefon. Rupanya mama ingat akan anaknya nak pergi temuduga hari tu. Saya dah bangun jam 5.00 pagi dan bersedia apa yang patut. Jam 7 dah keluar rumah dengan anak-anak sekali ke rumah Mama. Pagi tu, tumpang Abah dan Mama sekali yang nak ke pejabat.

Sampai di Dayabumi, Abah suruh sarapan dahulu..nanti lapar pula katanya. Walau perut tak lalu untuk terima makanan, cuba juga memesan minuman dan makanan dan akhirnya bungkus jua..kerana tak berjaya untuk menjamah. Si kecil saya Aufaa Auni Azzahra, begitu gembira pagi tu..berlarian dikejari abang Ngah nya..wah..wah..seronoknya hari ni ye..nak duduk rumah maktok..hehee .. Along anak sulung saya..meniitip senyuman....katanya 'mama wat yang terbaik yer.. Isya doakan yang terbaik buat mama taw'.. InsyaAllah anak ku.. Moga Allah berkati keluarga kita. Amienn.

Dah bersalaman dengan Mama dan anak-anak..Abah hantar ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jalan Cenderasari jam 8.30 pagi ketika itu. Masuk saja pintu utama, Acik 'cleaner' menyapa ku....'dek terus naik tingkat 2 yer'.. saya tersenyum..begitu mulia acik ni...kerja dia sebagai pencuci tapi masih mengambil berat kepada orang awam. Tahniah Acik.. peramah Acik ni dalam menjalankan tugasnya..janganlah kita perkecilkan tugas 'cleaner ni ye'.

Sesampai sahaja di tingkat dua, dah ramai calon-calon yang menunggu. Apa nak buat masa ni yer??hemmm..tengok sekeliling oohh okey..kena bagi surat panggilan temuduga pada seorang Puan di hadapan kaunter. Saya keluarkan email panggilan yang di bawa..(surat tak terima pula).  Diminta untuk tunggu sehingga nama dipanggil di kaunter. Dalam jam 10.30 pagi, nama saya dipanggil. segala dokumen (resume, sijil-sijil SPM dan Diploma, salinan surat beranak, salinan kad pengenalan dan salinan LNPT) yang SPA minta sediakan saya serahkan. Seterusnya nombor giliran diberikan. 'No. 111, cik terus ke bilik 1 yer'..hemmmm dalam hati saya..No. tiang...cantik ni.. keadaan masa tu rasanya macam ingin berjumpa doktor di klinik kerajaan.. Bagus cara begini..disamping dapat mempercepatkan proses (nampak lebih teratur) dapat juga calon lebih bersedia bila giliran mereka dipanggil.

Saya duduk dikerusi hadapan pintu Bilik 1. baru sahaja duduk, ini bermakna selepas ini giliran saya...fuhh cepatnya.. jam menunjukkan pukul 10.40 pagi. Sebelum itu berbual dengan saudara yang bekerja di MBSB. Sempat lagi saudara ni bercerita tentang statistik pengambilan untuk jawatan ni. Dari 4000 calon..kekosongan jawatan cuma 67 orang sahaja dan calon simpanan 1000. Fuhh...persaingan sengit ni... dalam hati saya terdetik.. rezeki ni ... Allah dah tentukan yang terbaik buat umatnya.. walau sebanyak mana pun kebaikan yang kita nampak... rahsia Allah tetap rahsia.. Dia maha mengetahui segalanya. Kita ni cuma hambaNya..

Nombor saya telah tertera di pintu... Sempat juga saya minta tolong beliau perhatikan beg tangan saya di kerusi (malas nak bawa masuk ke bilik temuduga). Terima kasih yer..saudara. Dengan lafaz Bismillah, saya mengetuk pintu (tuk...tuk...tuk..) tak dengar suara pun suruh masuk..terus je saya pulas tombol pintu. Gulp... nampak sedikit gusar..panel seorang pegawai lelaki berbangsa cina dan seorang pegawai wanita melayu. Tak pe..tak pe... bibir dengan pantas mengucapkan..Salam Sejahtera...Salam Satu Malaysia.. heheeee spontan je tu..

Salam di jawab.. nampak disitu respon yang baik. Panel pertama (pegawai lelaki) 'sila beri resume anda'.. Aku serahkan resume dan mohon untuk duduk di kerusi hadapan mereka. Duduk dalam keadaan menegak dan cuba untuk selesakan diri. (dalam hati tuhan je tahu...dup..dup..jantungku).

Soalan pertama.... 'sila perkenalkan diri anda'. 
Soalan kedua...   ' Nyatakan tugas-tugas jawatan yang anda pohon ini'
Soalan ketiga...' kenapa hendak mohon jawatan ini? Apa yang tidak kena dengan tempat anda sekarang?'
Soalan keempat... 'berkisarkan integriti dan integrasi'
Soalan kelima.. 'benarkah Audit adalah untuk mencari salah sahaja?'

Nampak tu....soalan macam senang.. Alhamdulillah senang juga .. soalan-soalan yang sebanyak 40 jenis yang telah disediakan sebelum ini.. terkena yang simple dan mudah untuk di terangkan... kalau kena pada soalan dasar-dasar atau program-program/ institusi kerajaan hemm nak menggoreng pun takut tak kena gorengannya..ehhee

'Jawab dengan tenang dan jujur' itu tips dari pembacaan ku.. walau hati tak tentu hala berdegupnya, cuba jugalah saya untuk tenangkan diri. Setiap soalan di jawab dengan mulanya ucapan terima kasih di atas soalan yang dikemukakan. ..hemm berkesan.. memang tenang mulut saya menjawab soalan tersebut. Ada juga jawapan yang tidak berapa baik.. pada soalan kelima.. tetapi biarlah panel membetulkan jawapan saya...kerana mereka lebih arif. (tang sini..saya cuma jawab...'betul tu tuan..' ehhee idea dah kelain kut masa jawab tu'.

Sesi soal jawab berjalan cuma 10 minit sahaja. Tapi saya rasa macam 2 minit. Lajunya masa berlalu. Panel menutup sesi temuduga saya dengan ucapan terima kasih..dan saya senyum kembali mengucapkan terima kasih Tuan...Terima kasih Puan.. dengan senyuman..

Selesai keluar dari bilik temuduga..senyuman masih terungkai..hemm macam tak percaya pula dah habis sesi tersebut.. Iye ke.. idok.. isk..isk.. kepala saya masih terfikir-fikir kejadian yang baru saya alami tadi.. memikirkan jawapan saya elok ke idok... kaki terus melangkah turun ke bawah menghala ke pintu masuk utama.. Abah pesan kalau dah abis call nanti abah ambil.. hemmm tak pe la..susah-susahkan abah je kan... aku berjalan kaki dari Jalan Cenderasari ke Dayabumi. Otak ligat memikirkan sesi temuduga tersebut di sepanjang jalan.

Sesampai di Dayabumi, saya jumpa Mama dan tunggu HB di sana. Sambil menceritakan pengalaman tersebut pada Mama. Bila saya tengok wajah Mama yang tenang... maka terdetik ketenangan dari dalam diri.. iye Mama tahu anaknya gelisah.. kata Mama...tak pe...ada rezeki tidak kemana.. tawakal pada Allah. Terima kasih Mama.

Begitulah pengalaman saya yang berharga. InsyaAllah bekalan pengalaman ini tidak terhenti disini. Kepada calon-calon lain... selamat maju jaya saya ucapkan. Moga Allah memberkati anda. Buatlah persediaan yang rapi untuk menghadapi temuduga ini. Walau bukan rezeki kita untuk menjawat dalam Jabatan Kerajaan, namun Allah tetap memberkati dengan setiap hasil usaha kita. InsyaAllah. 










Tuesday, 21 May 2013

Membaca dan mendalami maksud Suroh Al-Fatihah


Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh,




Bila mendalami maksud Suroh Al-Fatihah ini hati menjadi sayu. Betapa besar rahmat Allah swt. Betapa memberi keinsafan yang mendalam dalam diri. Mula nasyid ini (from Voice of Ummi) di nyanyikan oleh anak lelaki ku, Muhammad Aqil Aqra, aku mula mengambil tahu akan makna surah Al-Fatihah ini. Mendalaminya setiap waktu solatku untuk mendapat kekusyukan serta mentarbiahkan diri. mencari ketenangan di dalam kepayahan, kesibukan dan kesusahan. Moga Allah mendengar dan menurunkan limpah rahmatnya. Amiieen.
  


Thursday, 16 May 2013

Cannot hold in the cold

Assalamualaikum wbt,

Such trap in the cold at my workstation..the football socks really make me comfortable... :)

Alhamdulillah, panggilan diterima.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, panggilan temuduga .. Di terima atau tidak itu semua kerja Allah yang maha kuasa. Apa yang perlu bersyukur. Jika ada rezeki tidak kemana-mana.

TARIKH/MASAKODJAWATANTEMPAT TEMU DUGA
28/05/2013
09:00 pagi
2200PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27PUSAT TEMU DUGA SPA JALAN CENDERASARI,
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
JALAN CENDERASARI
50480 KUALA LUMPUR


“Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (ni’mat)-Ku.(QS. 2:152)

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. (QS. 2:172)

Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Karena itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya. (QS. 3:123)

“Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu adalah berhala, dan kamu membuat dusta. Sesungguhnya yang kamu sembah selain Allah itu tidak mampu memberikan rezki kepadamu; maka mintalah rezki itu di sisi Allah, dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada-Nyalah kamu akan dikembalikan. (QS. 29:17)

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (QS. 31:14)

“Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (kepada mereka dikatakan): “Makanlah olehmu dari rezki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun”. (QS. 34:15)

Thursday, 2 May 2013

Memikat Hati Suami

Assalamualaikum w.b.t.

Moga hari Jumaat yang indah dan berseri ini ditambah serikan lagi dengan 'sewangi kasih' pasangan suami isteri masing-masing. Amieennn

Memetik dari ruangan tulisan mengenai kasih sayang suami dan isteri, membawa aku untuk sama-sama membaca dan mendalaminya. Moga menjadi ruang tarbiah kita bersama. Amieenn

Memikat Hati Suami – Tanyalah Ustaz 18.03.2013

Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek
  
Bacaan surah Al-Qadr:

Para isteri, amalkan membaca surah ini dalam solat Isyak, dan baca pada malam hari sebelum bersama suami. In sha Allah akan terasa kelaianan yang baik. Surah ini juga menjadi amalan wanita yang ingin kelihatan awet muda.

Dalam menghadapi apa jua masalah, banyakkan bersyukur pada Allah. Isteri takkan dapat mengubah sikap suami yang tidak baik dengan sifat sabar sahaja, isteri perlu membanyakkan sifat bersyukur. Dengan sifat syukur, Allah yang akan membantu mencampakkan hidayah ke hati suami. Bersyukur dengan apa saja kebaikan yang suami berikan, walaupun sekecil mana sekalipun.

Senarai soalan dan jawapan
S: Bagaimana memikat hati suami yang sedang marah?
J: Jika lelaki sedang marah, jangan kata apa-apa. Diam sahaja dan hidangkan air kepadanya. Selawat, doakan dan hembus, “Ya Allah, lembutkan hati suamiku sebagaimana Engkau melembutkan besi kepada Nabi Daud”.  Pahala menghidangkan air segelas untuk suami yang baru balik ke rumah lebih baik ganjarannya berbanding puasa setahun. Ketika memasak, dan membasuh beras, amalkan doa daripada hadis Qudsi yang bermaksud, “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Tuhan kami dan Tuhan mereka, hati kami dan hati mereka dalam genggaman-Mu. Sesungguhnya Engkau menguasai atas mereka”.  Genggam beras dan bayangkan wajah ahli keluarga dan doakan mereka.

S: Benarkah wanita dapat memikat hati dengan masakan yang sedap-sedap?
J: Suami akan semakin sayang jika isteri masak dengan air tangannya sendiri. Isteri hari ini ramai yang nak cepat saja dan tidak berselawat langsung ketika menyediakan makanan. Sepatutnya banyakkan berselawat, berzikir dan berdoa ketika disediakan. Masak juga dengan penuh kasih-sayang. Sediakan makanan yang panas dan belum berusik untuk suami. Asingkan makanan untuk suami jika suami balik lambat. Belajar tentang selera suami daripada ibu mertua.

S: Antara suami dan isteri, siapa yang lebih patut banyak memikat?
J: Pada pandangan peribadi saya, isteri perlu lebih banyak memikat. Isteri perlu lebih mudah memaafkan.

S: Bagaimana untuk memikat hati suami yang suka merajuk?
J: Untuk memujuk selain daripada berdoa, ada beberapa cara – tulis surat cinta (sms pendek sangat). Ambil video keluarga dan pasang semula untuk mengenangkan perkara-perkara yang telah dilalui bersama keluarga.

S: Betulkah ada isteri yang menggunakan sihir untuk memikat suami?
J: Ada tapi perbuatan itu salah. Ada cara lebih mudah yang boleh diamalkan iaitu dengan menggunakan ayat Al-Quran. Contohnya:
·         Baca surah Al-Qadr ketika solat Isyak dan ketika ingin bersama suami
·         Baca surah Al-Inshirah, dan pada ayat ke-4, hembus pada tangan dan usap pada wajah hingga ke belakang. Boleh diulang 3 atau 7x.
·         Baca doa ketika membasuh beras seperti diajar di atas.
S: Betulkah jika suami merajuk, isteri dilaknat oleh malaikat?
J: Apa yang saya difahamkan ialah jika isteri menolak ajakan suami untuk bersama, maka malaikat akan melaknatnya dari malam hingga ke pagi hari.

S: Wajarkah seorang isteri bekerja mencari rezeki untuk memikat hati suami?
J: Wajar. Rasulullah SAW juga pernah dibantu isterinya yang kaya iaitu Siti Khadijah.

InsyaAllah

Sunday, 28 April 2013

Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.

Selamat hari Isnin. Walau 'Monday Blues', hidup kita mesti berlandaskan iman dan takwa. Tidak mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Lama tidak ber'blog', kehidupan yang penuh dengan kesibukan membataskan ruangan ini dicoret.
Hari Isnin penuh tawadhuk. Ada sesuatu yang aku tidak boleh lupakan pada hari ini. Walau banyak rancangan yang telah/ akan dibuat, namun aku telah tersedar dari tidur yang leka bilamana aku ingin mencari kepastian dan pemahaman yang penting di dalam hidupku.

Ia... penting...dan sangat penting. Terima Kasih anak Mama. Sudah menjadi anak remaja, seorang anak tentu akan lebih mendamaikan hati ibu dan ayahnya. Mama akan cuba terus menjadi ibu yang solehah dan terbaik buat anak Mama.  Buku yang telah mendamaikan jiwa mama, dipilihkan oleh anak Mama yang tersayang. Terima Kasih sekali lagi. Mama sangat menghargainya.

Menyedari kehidupan semenjak 'hari ini' Mama akan lebih tawadhuk untuk pembangunan insaniah anak Mama. Isya, anak sulung Mama, dah 'besar' dah anak remaja. Pendekatan Mama tidak boleh sama dengan adik-adik mu. Mama cuma nak expresikan yang Mama sayang sangat anak Mama.. Isya adalah anak sulung Mama.. JIka mama tiada Isyalah tempat adik-adik lebih dekat untuk didampingi. InsyaAllah.

"Ya Allah bantulah hamba mu ini untuk mendampingi Mu, berilah hidayah kepada keluarga ku. Berilah rahmat dan bimbingi ke arah jalan yang Kau redhai' Amieenn.

Syukur yang tidak terhingga bila Kau menemukan aku dengan orang-orang yang 'hebat' di sisi Mu. Yang kau kurniakan kepada ku untuk membuka pintu hati ku ke arah jalan Mu. Alhamdulillah.

Telapak kaki ibu terletaknya syurga. Syurga yang menjadi dambaan anak-anaknya. Ya Allah bimbingilah Ibu ini untuk menjadi Ibu yang terbaik untuk anak-anaknya.. Amiennn








Tuesday, 19 March 2013

Senangi ilmu untuk mencari pengetahuan


Assalamualaikum wbt.

Mati itu pasti. Walau tidak terlewat dan tidak terawal. Semoga kita mendapat keberkatan. Amieen


Setahun empat bulan

Assalamualaikum wbt.

Sudah lama tidak mengemaskini blog. Masa benar-benar cepat meninggalkan umat Allah swt. Kehidupan seharian terkadang terlalu sibuk dan terkadang terlalu penat walaupun tanpa kerja-kerja berat. Mungkin banyak berfikir. Kehidupan 2013 kini makin sibuk, sebagai seorang isteri, ibu, pekerja makan gaji dan pelajar. Masa kini perlu terisi dengan lebih terancang.

Sesi pengajian bagi semester 7 di Uitm akan kembali menyusul. Bermakna rutin seharian akan bertambah sibuk dibandingkan hari-hari sebelum ini. Semoga Allah swt memberi petunjuk kepada hambaNya ini. Di permudahkan jalan-jalan yang dilalui sepanjang hari. Di murahkan rezeki dan di lindungi di bawah lindunganNya. Amieenn.

p/s: Doakan saya juga yea..mudah-mudahan...diberkati Allah swt.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...