Assalamualaikum w.b.t
Alkisah ingin sangat merasai pengalaman melihat 3D/ 4D lil champ kali ini, aku berkesempatan ke Vision College di Kelana Jaya. Bertarikh 5 September, lepas seminggu meluangkan masa berhari raya di kampung suamiku. Aku teruja ingin melihat lil champ. Temujanji pada jam 3 petang, tidak mengambil masa yang lama untuk menunggu pakar scan datang menyapa kami.
Bila ku lalui saat itu, aku dapat melihat bayi ku pada mulanya dengan 2D. Tetapi, pakar scan tersebut cuba memberitahu aku yang imej tidak berapa jelas bila ditukarkan kepada 3D. Kedudukan bayi ku memberat ke sebelah kanan perutku dan dilindungi placenta. Puas di belek dan ditekan perutku, keputusan adalah sama. Apakan daya..bayiku ini tentu pemalu. Aku akur, walau tidak dikenakan sebarang bayaran kerana imej tidak jelas. Untuk tidak menghampakan aku, pakar scan menetapkan sekali lagi tarikh ke2 untuk cuba melihat imej yang lebih terang.
Scan kali ke2, pada 15 September.. keputusan adalah sama..Apakan daya ibumu ini..huhuhuhu teruja ingin melihat bayiku tetapi tak juga dapat..hehehee lil champ nak surprise yer... hahahaa
Sempat lagi mengambil gambar sebagai kenangan...
Anak-anak juga teruja nk melihat 'wonder baby' inside
Terima kasih kepada suami yang sudi menemani, walau kepenatan baru pulang dari kerja.
senyum..bang...
Aku yang nampak kembang... :)
1 comment:
baby nak kasi sis kejutan la tue
apa2 pun take care sis
Post a Comment