Friday, 30 September 2011

Tip-tip mendidik anak cemerlang

Assalamualaikum wbt :)

Saya tertarik dengan pembacaan saya sebentar tadi. Ingin sekali saya berkongsikan ilmu tersebut untuk pembaca lain. Di samping itu membuka minda saya untuk mendidik permata hati saya keduanya dan bakal adik mereka yang bakal lahir nanti.

Pada amatan saya, ia tidak susah, tetapi jika ibu bapa terus leka dalam meninggalkan kewajipan mendidik ini, maka susah untuk anak kembali di fahami..

Marilah kita renungkan...


Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.
Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap pertama:
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap kedua:
Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga:
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat:
Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah pesanan dan arahan.
Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik.
Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah Bercerita
Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah Soal jawab
Bersoala jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah merujuk pengalaman lalu
Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran
Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah bermain dan bergurau
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah latihan yang berterusan
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Selepas baca, bolehlah beramal

Permata hati mama. Melihat wajahmu, hati mama menjadi terus gembira..ceria di wajahmu membawa mama terus sejahtera..amin

Tuesday, 27 September 2011

Yang mana satu.. SURPRISE

Assalamualaikum wbt :)

Hanya Allah lebih menentukan. Manusia hanya mampu merancang..

Just I want to share ...let's we talk about IF...

IF...
Mama will call you ....

AUFAA AAFIYA
(yang setia, memberi tenaga dan ketabahan)

IF...

Mama will call you ...

MUHAMMAD AUF AQEEF
(yang kuat berusaha dan memberi tumpuan sepenuhnya)


I'm gonna wait until the right time..until i look it you and warm in my hug...


WW : Sumbangan kepada yang memerlukan

Assalamualaikum wbt


Walau darah jenis 'A'..
Walau tekanan darah rendah..
Walau hanya 350ml sahaja..
"You have done good thing hubby"

Monday, 26 September 2011

33 weeks

Assalamualaikum wbt

Hari ini saya telah membawa anak di dalam kandungan saya, 33 minggu. Seronok menggendong kesayangan hamba ini kemana sahaja. Budak yang baik..tidak banyak ragamnya. Mendengar kata ibu, memberikan respon yang cepat pada gelak tawa along dan abang..juga bila di pengang ayah pada perut ibu mulalah si manja mengeletekkan perut ibu yer...heheee.

Aku menjadi seronok dengan perkembangan si cilik. Tetapi jauh disudut hati, terasa terlalu cepat masa berlalu. Aku seperti mahu mengendongnya lagi..walau tarikh untuk ku dibedah akan tiba lebih kurang 5 minggu lagi. Cepatnya masa berlalu...Ohh tuhanku moga Engkau tabahkanlah jiwa hambamu ini. Kuatkan semangat juang ku, supaya aku memperolehi kesejahteraan buat diri dan anak didalam kandungan ku ini.

Hari ini aku membuat pemeriksaan 33 minggu. Alhamdulillah, perkembangan yang baik. Uri sudah berada di atas, malahan doktor kata agak tebal uri ku...Anak ibu suka buat pelampung kan...dan dah lama uri tu duduk bawah, sebab anak ibu suka buat bantal..hihikhik..

Tinggi rahim : 32cm
Tekanan darah : normal
Berat badan ibu : 64.5 kg ( naik 4.5 kg, last time puasa check up cuma 60 kg je..) ok good progress for baby.
Ujian air kencing : sedikit kotor (huhuhu dari awal preggy, ni la masalah utama)
Berat baby : 2.14 kg (alhamdulillah, dah naik berat badan bb..harap2 tak de la kuar nanti dok incubator sbb tk cukup berat)

Setakat hari ini, diri yang kembang ini ..huhuhu
Kembang kan...

Thursday, 22 September 2011

Terima Kasih Mak Tok

Assalamualaikum :)

Mak Tok, terima kasih hadiahkan Isya baju jubah nie. Isya suka sangat. hari ini Isya ada jamuan raya di sekolah. Isya pakai jubah yang mak tok kirimkan pada mama semalam. Padan sangat ngn Isya. Lagi satu warna ni kegemaran mama Isya..hehee

Ok Isya pergi sekolah dulu yer mak tok..nanti kalau ada jubah cantik-cantik..mak tok hadiahkan lagi yer..hehee


Semalam...mama saya basuh dan syampukan rambut saya..baru rasa lega sangat kulit kepala saya nie..kalau tak saya suka nk garu-garu tudung..

Pagi nie, saya suka sangat nk pergi jamuan raya di sekolah...sbb salah satunya saya dpt bergaya dengan baju saya nie..Hadiah dari Mak Tok tau..hehee


Wednesday, 21 September 2011

WW : Sempena Jamuan Hari Raya BGPP 2011

Assalamualaikum..

Semoga perjuangan ibu mengandung terus mendapat kesejahteraan dan rahmat dari Allah s.w.t..Amin.


Saya dan Maziah, beza kami bersalin sebulan.

Maziah : selepas awak saya pula..saya mendoakan akan kesejahteraan awak..dan selepas itu giliran saya pula...
Anak kita nmpknya akan datang sama-sama menempuhi tahun persekolahan yang sama..InsyaAllah

Tuesday, 20 September 2011

Hidup dalam kepayahan..hanya yang pernah alami merasa tersentuh..

Assalamualaikum..

Aku membaca kisah ini dengan penuh rasa bersyukur di jiwa. Walau pernah alami keperitan kehidupan yang sudah ku anggap perit, namun kita dituntut untuk melihat ianya ada juga kisah lagi memilukan. Maksudnya...ada lagi manusia yang lebih susah...


Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan "PERBUATAN YANG LUAR BIASA".
Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.
Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.
Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang.
Dia bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan, semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. Dia juga mencuba memakan sejenis rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak.
Pulang sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung ayahnya ke bilik air dan juga memandikan ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan bubur untuk ayahnya.
Segala urusan lain pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauh membuatkan Zhang memikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati ayahnya. Dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku bekas yang ia beli.Dia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah berasa dia boleh, dia sendiri yang menyuntik ayahnya.
Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da
"Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, peniaga, juga ada ratusan juta penonton telivision, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!"
Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, dia hanya berkata,
"Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!."
Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah.
Zhang Da boleh dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan sayang, kita selalu membantu anak-anak sudah mampu membuatnya sendiri.Ada kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah pun masih disuap, dan memakai bajupun masih dibantu.
Juga seperti ucapan Zhang Da, pesanan kepada kita yang berumahtangga supaya menyayanyi keluarga masing-masing. Jangan kerap pentingkan diri sendiri, kanak-kanak yang kecil dan tidak berdosa menjadi mangsa.
Anakku..semoga sentiasa dirahmati Allah swt. Walaupun kita pernah hidup susah, tetapi senyum dan tawamu memberikan kekuatan pada kita sekeluarga. Semoga menjadi anak yang solehah.. :)

Monday, 19 September 2011

29 weeks: alkisah ingin melihat 4D

Assalamualaikum w.b.t

Alkisah ingin sangat merasai pengalaman melihat 3D/ 4D lil champ kali ini, aku berkesempatan ke Vision College di Kelana Jaya. Bertarikh 5 September, lepas seminggu meluangkan masa berhari raya di kampung suamiku. Aku teruja ingin melihat lil champ. Temujanji pada jam 3 petang, tidak mengambil masa yang lama untuk menunggu pakar scan datang menyapa kami.

Bila ku lalui saat itu, aku dapat melihat bayi ku pada mulanya dengan 2D. Tetapi, pakar scan tersebut cuba memberitahu aku yang imej tidak berapa jelas bila ditukarkan kepada 3D. Kedudukan bayi ku memberat ke sebelah kanan perutku dan dilindungi placenta. Puas di belek dan ditekan perutku, keputusan adalah sama. Apakan daya..bayiku ini tentu pemalu. Aku akur, walau tidak dikenakan sebarang bayaran kerana imej tidak jelas. Untuk tidak menghampakan aku, pakar scan menetapkan sekali lagi tarikh ke2 untuk cuba melihat imej yang lebih terang.

Scan kali ke2, pada 15 September.. keputusan adalah sama..Apakan daya ibumu ini..huhuhuhu teruja ingin melihat bayiku tetapi tak juga dapat..hehehee lil champ nak surprise yer... hahahaa

Sempat lagi mengambil gambar sebagai kenangan...


 Anak-anak juga teruja nk melihat 'wonder baby' inside


 Terima kasih kepada suami yang sudi menemani, walau kepenatan baru pulang dari kerja.

senyum..bang...
Aku yang nampak kembang... :)

Thursday, 15 September 2011

Jamuan Raya 2011

Assalamualaikum..

Masamnya muka mama.... hahhaa



Arrhhhhh TIDAKKKKK..ini merupakan gambar candid yang diambil oleh seorang hamba Allah...

Thursday, 8 September 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Assalamualaikum :)

Syawal tahun ini, aku beraya di Nyalas, Jasin rumah mertua. Suasana pagi raya yang agak murung kerana ayah mertua tidak larat bangun untuk menjadi imam solat subuh dan mentakbirkan raya. Jarang terjadi begini. Kami memang murung di pagi raya, rasa seperti kekurangan. Ayah mertua ku sudah menjangkau umur 70 tahun lebih. Solat subuh di imamkan oleh Abang Ngah, Ariffin. Alhamdulillah, kami masing-masing dapat berkumpul dan sama-sama mendoakan kesejahteraan abah.

Marilah layan gambar2...hari raya ku... :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...