Thursday, 30 May 2013

Gyomi saya



 Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh


Selamat berhujung minggu..

Pengalaman temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.



Sekitar pengalaman temuduga yang telah berlansung pada 28 Mei 2013 (Selasa). Sebelum itu, saya bersyukur kepada Allah swt, peluang ini adalah teramat indah dalam pengalaman hidup saya. Ini adalah panggilan kedua SPA yang saya hadiri, cuma bagi jawatan yang berbeza dan cara yang berlainan setiapnya. Pertama kali SPA panggil saya untuk jalani peperiksaan kertas satu dan dua bagi jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (S27). Keputusannya GAGAL! tak mengapalah..ia bukan rezeki yang baik buat saya. Kali kedua tawaran temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27 pula. Alhamdulillah diberi kesempatan lagi dan kali ini terus untuk sesi temuduga. Terima email dari spa 9 Mei 2013 (Khamis) ini bermakna lebih kurang dua minggu untuk membuat persiapan. Email tersebut aku terima setelah saya bercuti seminggu dari bekerja kerana bapa mertua yang sakit tenat kerana sakit tua. Seminggu juga tidak bekerja malah tidak berkesempatan langsung untuk mentelaah pelajaran. Saya ada test akhir minggu tersebut. Menjaga orang tua yang sakit lebih penting. (sebenarnya saya tk dapat fokus pada hal-hal kehidupan seharian bila melihat orang tua yang sakit tenat). Bila hadir bekerja pada hari Isnin panggilan temuduga diterima dengan penuh syukur. Amieen. Ini berkat doa ibubapa jua. Terima kasih Mama dan Abah atas sokongan.

Pertama sekali bila saya dapat email ini, doa syukur yang pertama..



Selepas itu, bertanyakan Human Resourse Department, prosedur apakah yang perlu saya kemukakan untuk saya pergi temuduga tersebut. HR dept, sangat-sangat membantu saya dalam menyediakan LNPT dan surat pelepasan saya pergi temuduga. Terima Kasih HR MATRADE. (CC Azah yang banyak membantu, moga Allah sahaja yang membalas jasa mu.)

Saya buka blog, pengalaman mereka yang telah pergi temuduga. Pengalaman yang bernilai bila melalui detik-detik tersebut. Terasa seronok pula membaca kisah mereka. Pelbagai pengalaman suka duka yang telah saya baca. Bagaimanalah pula kisah saya yer.. :)

Saya belajar tips-tips menghadapi temuduga kerajaan. Sesungguhnya bukan mudah, tetapi jika kita sabar dan berkeinginan untuk belajar banyak manafaat yang akan diperohi. Hati telah saya tetapkan, bahawa saya ingin belajar setiap masa. Bukan mengharap tinggi untuk berjaya dalam panggilan TEMUDUGA BERJAYA, tetapi cukuplah saya berjaya melalui sesi temuduga dengan penuh tenang dan kesabaran.  

Hari pertama dapat perkhabaran temuduga saya mohon restu Mama dan Abah. Mereka lebih memahami anaknya. Selepas itu khabarkan kepada suami tercinta yang banyak memberi sokongan moral. Malah anak-anak yang masih kecil seolah-olah faham dan turut mendoakan ibunya supaya tenang dan berjaya melaluinya.

Hari kejadian pun tiba 28 Mei 2013 (Selasa), awal pagi jam 6.30 pagi mama dah telefon. Rupanya mama ingat akan anaknya nak pergi temuduga hari tu. Saya dah bangun jam 5.00 pagi dan bersedia apa yang patut. Jam 7 dah keluar rumah dengan anak-anak sekali ke rumah Mama. Pagi tu, tumpang Abah dan Mama sekali yang nak ke pejabat.

Sampai di Dayabumi, Abah suruh sarapan dahulu..nanti lapar pula katanya. Walau perut tak lalu untuk terima makanan, cuba juga memesan minuman dan makanan dan akhirnya bungkus jua..kerana tak berjaya untuk menjamah. Si kecil saya Aufaa Auni Azzahra, begitu gembira pagi tu..berlarian dikejari abang Ngah nya..wah..wah..seronoknya hari ni ye..nak duduk rumah maktok..hehee .. Along anak sulung saya..meniitip senyuman....katanya 'mama wat yang terbaik yer.. Isya doakan yang terbaik buat mama taw'.. InsyaAllah anak ku.. Moga Allah berkati keluarga kita. Amienn.

Dah bersalaman dengan Mama dan anak-anak..Abah hantar ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jalan Cenderasari jam 8.30 pagi ketika itu. Masuk saja pintu utama, Acik 'cleaner' menyapa ku....'dek terus naik tingkat 2 yer'.. saya tersenyum..begitu mulia acik ni...kerja dia sebagai pencuci tapi masih mengambil berat kepada orang awam. Tahniah Acik.. peramah Acik ni dalam menjalankan tugasnya..janganlah kita perkecilkan tugas 'cleaner ni ye'.

Sesampai sahaja di tingkat dua, dah ramai calon-calon yang menunggu. Apa nak buat masa ni yer??hemmm..tengok sekeliling oohh okey..kena bagi surat panggilan temuduga pada seorang Puan di hadapan kaunter. Saya keluarkan email panggilan yang di bawa..(surat tak terima pula).  Diminta untuk tunggu sehingga nama dipanggil di kaunter. Dalam jam 10.30 pagi, nama saya dipanggil. segala dokumen (resume, sijil-sijil SPM dan Diploma, salinan surat beranak, salinan kad pengenalan dan salinan LNPT) yang SPA minta sediakan saya serahkan. Seterusnya nombor giliran diberikan. 'No. 111, cik terus ke bilik 1 yer'..hemmmm dalam hati saya..No. tiang...cantik ni.. keadaan masa tu rasanya macam ingin berjumpa doktor di klinik kerajaan.. Bagus cara begini..disamping dapat mempercepatkan proses (nampak lebih teratur) dapat juga calon lebih bersedia bila giliran mereka dipanggil.

Saya duduk dikerusi hadapan pintu Bilik 1. baru sahaja duduk, ini bermakna selepas ini giliran saya...fuhh cepatnya.. jam menunjukkan pukul 10.40 pagi. Sebelum itu berbual dengan saudara yang bekerja di MBSB. Sempat lagi saudara ni bercerita tentang statistik pengambilan untuk jawatan ni. Dari 4000 calon..kekosongan jawatan cuma 67 orang sahaja dan calon simpanan 1000. Fuhh...persaingan sengit ni... dalam hati saya terdetik.. rezeki ni ... Allah dah tentukan yang terbaik buat umatnya.. walau sebanyak mana pun kebaikan yang kita nampak... rahsia Allah tetap rahsia.. Dia maha mengetahui segalanya. Kita ni cuma hambaNya..

Nombor saya telah tertera di pintu... Sempat juga saya minta tolong beliau perhatikan beg tangan saya di kerusi (malas nak bawa masuk ke bilik temuduga). Terima kasih yer..saudara. Dengan lafaz Bismillah, saya mengetuk pintu (tuk...tuk...tuk..) tak dengar suara pun suruh masuk..terus je saya pulas tombol pintu. Gulp... nampak sedikit gusar..panel seorang pegawai lelaki berbangsa cina dan seorang pegawai wanita melayu. Tak pe..tak pe... bibir dengan pantas mengucapkan..Salam Sejahtera...Salam Satu Malaysia.. heheeee spontan je tu..

Salam di jawab.. nampak disitu respon yang baik. Panel pertama (pegawai lelaki) 'sila beri resume anda'.. Aku serahkan resume dan mohon untuk duduk di kerusi hadapan mereka. Duduk dalam keadaan menegak dan cuba untuk selesakan diri. (dalam hati tuhan je tahu...dup..dup..jantungku).

Soalan pertama.... 'sila perkenalkan diri anda'. 
Soalan kedua...   ' Nyatakan tugas-tugas jawatan yang anda pohon ini'
Soalan ketiga...' kenapa hendak mohon jawatan ini? Apa yang tidak kena dengan tempat anda sekarang?'
Soalan keempat... 'berkisarkan integriti dan integrasi'
Soalan kelima.. 'benarkah Audit adalah untuk mencari salah sahaja?'

Nampak tu....soalan macam senang.. Alhamdulillah senang juga .. soalan-soalan yang sebanyak 40 jenis yang telah disediakan sebelum ini.. terkena yang simple dan mudah untuk di terangkan... kalau kena pada soalan dasar-dasar atau program-program/ institusi kerajaan hemm nak menggoreng pun takut tak kena gorengannya..ehhee

'Jawab dengan tenang dan jujur' itu tips dari pembacaan ku.. walau hati tak tentu hala berdegupnya, cuba jugalah saya untuk tenangkan diri. Setiap soalan di jawab dengan mulanya ucapan terima kasih di atas soalan yang dikemukakan. ..hemm berkesan.. memang tenang mulut saya menjawab soalan tersebut. Ada juga jawapan yang tidak berapa baik.. pada soalan kelima.. tetapi biarlah panel membetulkan jawapan saya...kerana mereka lebih arif. (tang sini..saya cuma jawab...'betul tu tuan..' ehhee idea dah kelain kut masa jawab tu'.

Sesi soal jawab berjalan cuma 10 minit sahaja. Tapi saya rasa macam 2 minit. Lajunya masa berlalu. Panel menutup sesi temuduga saya dengan ucapan terima kasih..dan saya senyum kembali mengucapkan terima kasih Tuan...Terima kasih Puan.. dengan senyuman..

Selesai keluar dari bilik temuduga..senyuman masih terungkai..hemm macam tak percaya pula dah habis sesi tersebut.. Iye ke.. idok.. isk..isk.. kepala saya masih terfikir-fikir kejadian yang baru saya alami tadi.. memikirkan jawapan saya elok ke idok... kaki terus melangkah turun ke bawah menghala ke pintu masuk utama.. Abah pesan kalau dah abis call nanti abah ambil.. hemmm tak pe la..susah-susahkan abah je kan... aku berjalan kaki dari Jalan Cenderasari ke Dayabumi. Otak ligat memikirkan sesi temuduga tersebut di sepanjang jalan.

Sesampai di Dayabumi, saya jumpa Mama dan tunggu HB di sana. Sambil menceritakan pengalaman tersebut pada Mama. Bila saya tengok wajah Mama yang tenang... maka terdetik ketenangan dari dalam diri.. iye Mama tahu anaknya gelisah.. kata Mama...tak pe...ada rezeki tidak kemana.. tawakal pada Allah. Terima kasih Mama.

Begitulah pengalaman saya yang berharga. InsyaAllah bekalan pengalaman ini tidak terhenti disini. Kepada calon-calon lain... selamat maju jaya saya ucapkan. Moga Allah memberkati anda. Buatlah persediaan yang rapi untuk menghadapi temuduga ini. Walau bukan rezeki kita untuk menjawat dalam Jabatan Kerajaan, namun Allah tetap memberkati dengan setiap hasil usaha kita. InsyaAllah. 










Tuesday, 21 May 2013

Membaca dan mendalami maksud Suroh Al-Fatihah


Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh,




Bila mendalami maksud Suroh Al-Fatihah ini hati menjadi sayu. Betapa besar rahmat Allah swt. Betapa memberi keinsafan yang mendalam dalam diri. Mula nasyid ini (from Voice of Ummi) di nyanyikan oleh anak lelaki ku, Muhammad Aqil Aqra, aku mula mengambil tahu akan makna surah Al-Fatihah ini. Mendalaminya setiap waktu solatku untuk mendapat kekusyukan serta mentarbiahkan diri. mencari ketenangan di dalam kepayahan, kesibukan dan kesusahan. Moga Allah mendengar dan menurunkan limpah rahmatnya. Amiieen.
  


Thursday, 16 May 2013

Cannot hold in the cold

Assalamualaikum wbt,

Such trap in the cold at my workstation..the football socks really make me comfortable... :)

Alhamdulillah, panggilan diterima.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, panggilan temuduga .. Di terima atau tidak itu semua kerja Allah yang maha kuasa. Apa yang perlu bersyukur. Jika ada rezeki tidak kemana-mana.

TARIKH/MASAKODJAWATANTEMPAT TEMU DUGA
28/05/2013
09:00 pagi
2200PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27PUSAT TEMU DUGA SPA JALAN CENDERASARI,
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
JALAN CENDERASARI
50480 KUALA LUMPUR


“Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (ni’mat)-Ku.(QS. 2:152)

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. (QS. 2:172)

Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Karena itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya. (QS. 3:123)

“Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu adalah berhala, dan kamu membuat dusta. Sesungguhnya yang kamu sembah selain Allah itu tidak mampu memberikan rezki kepadamu; maka mintalah rezki itu di sisi Allah, dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada-Nyalah kamu akan dikembalikan. (QS. 29:17)

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (QS. 31:14)

“Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (kepada mereka dikatakan): “Makanlah olehmu dari rezki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun”. (QS. 34:15)

Thursday, 2 May 2013

Memikat Hati Suami

Assalamualaikum w.b.t.

Moga hari Jumaat yang indah dan berseri ini ditambah serikan lagi dengan 'sewangi kasih' pasangan suami isteri masing-masing. Amieennn

Memetik dari ruangan tulisan mengenai kasih sayang suami dan isteri, membawa aku untuk sama-sama membaca dan mendalaminya. Moga menjadi ruang tarbiah kita bersama. Amieenn

Memikat Hati Suami – Tanyalah Ustaz 18.03.2013

Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek
  
Bacaan surah Al-Qadr:

Para isteri, amalkan membaca surah ini dalam solat Isyak, dan baca pada malam hari sebelum bersama suami. In sha Allah akan terasa kelaianan yang baik. Surah ini juga menjadi amalan wanita yang ingin kelihatan awet muda.

Dalam menghadapi apa jua masalah, banyakkan bersyukur pada Allah. Isteri takkan dapat mengubah sikap suami yang tidak baik dengan sifat sabar sahaja, isteri perlu membanyakkan sifat bersyukur. Dengan sifat syukur, Allah yang akan membantu mencampakkan hidayah ke hati suami. Bersyukur dengan apa saja kebaikan yang suami berikan, walaupun sekecil mana sekalipun.

Senarai soalan dan jawapan
S: Bagaimana memikat hati suami yang sedang marah?
J: Jika lelaki sedang marah, jangan kata apa-apa. Diam sahaja dan hidangkan air kepadanya. Selawat, doakan dan hembus, “Ya Allah, lembutkan hati suamiku sebagaimana Engkau melembutkan besi kepada Nabi Daud”.  Pahala menghidangkan air segelas untuk suami yang baru balik ke rumah lebih baik ganjarannya berbanding puasa setahun. Ketika memasak, dan membasuh beras, amalkan doa daripada hadis Qudsi yang bermaksud, “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Tuhan kami dan Tuhan mereka, hati kami dan hati mereka dalam genggaman-Mu. Sesungguhnya Engkau menguasai atas mereka”.  Genggam beras dan bayangkan wajah ahli keluarga dan doakan mereka.

S: Benarkah wanita dapat memikat hati dengan masakan yang sedap-sedap?
J: Suami akan semakin sayang jika isteri masak dengan air tangannya sendiri. Isteri hari ini ramai yang nak cepat saja dan tidak berselawat langsung ketika menyediakan makanan. Sepatutnya banyakkan berselawat, berzikir dan berdoa ketika disediakan. Masak juga dengan penuh kasih-sayang. Sediakan makanan yang panas dan belum berusik untuk suami. Asingkan makanan untuk suami jika suami balik lambat. Belajar tentang selera suami daripada ibu mertua.

S: Antara suami dan isteri, siapa yang lebih patut banyak memikat?
J: Pada pandangan peribadi saya, isteri perlu lebih banyak memikat. Isteri perlu lebih mudah memaafkan.

S: Bagaimana untuk memikat hati suami yang suka merajuk?
J: Untuk memujuk selain daripada berdoa, ada beberapa cara – tulis surat cinta (sms pendek sangat). Ambil video keluarga dan pasang semula untuk mengenangkan perkara-perkara yang telah dilalui bersama keluarga.

S: Betulkah ada isteri yang menggunakan sihir untuk memikat suami?
J: Ada tapi perbuatan itu salah. Ada cara lebih mudah yang boleh diamalkan iaitu dengan menggunakan ayat Al-Quran. Contohnya:
·         Baca surah Al-Qadr ketika solat Isyak dan ketika ingin bersama suami
·         Baca surah Al-Inshirah, dan pada ayat ke-4, hembus pada tangan dan usap pada wajah hingga ke belakang. Boleh diulang 3 atau 7x.
·         Baca doa ketika membasuh beras seperti diajar di atas.
S: Betulkah jika suami merajuk, isteri dilaknat oleh malaikat?
J: Apa yang saya difahamkan ialah jika isteri menolak ajakan suami untuk bersama, maka malaikat akan melaknatnya dari malam hingga ke pagi hari.

S: Wajarkah seorang isteri bekerja mencari rezeki untuk memikat hati suami?
J: Wajar. Rasulullah SAW juga pernah dibantu isterinya yang kaya iaitu Siti Khadijah.

InsyaAllah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...