Wednesday, 3 August 2011

Salam Penuh Barkah

Assalamualaikum :)


Sudah empat hari umat Islam menjalani ibadah rukun Islam ini. Aku jua tidak mahu menjadikan alasan mengandung untuk tidak melakukan ibadah ini. Apalah kekuatan lain yang aku ada selain dari berpuasa..nak kata kuat sangat mmg tidak la. Masih perlu menyuntik semangat untuk terus nekad berpuasa. Kali ini aku belum berkesempatan berterawih bersama mama lagi.

Minta maaf banyak-banyak mama..Along datang berbuka di rumah mama dan tak pula pergi terawih bersama mama seperti kebiasaannya. Rasa tak larat je ma, mungkin belum terbiasa dengan keadaan fizikal kini. Nak bangun duduk untuk jangka masa panjang rasa kejang je bahagian belakang along. InsyaAllah cuti minggu sabtu dan ahad along akan temankan mama. Walaupun mama pergi ke surau dengan abah, tapi mama tentu seronok bila ada anak perempuan mama disebelah mama sama-sama berterawih dan mendengar tazkirah. Along pun rindukan saat-saat begitu, laungan azan dan bacaan solat terawih begitu mengasyikan gemanya. Dan yang paling seronok along sukakan bila akhir solat, jamuan ringan disediakan. Dapat lah sama-sama minum malam dengan mama dan makcik-makcik yang lain. hehee rindunya..


Hari pertama hingga ke ketiga, badan aku rasa lemah. Mungkin kekurangan air membuatkan aku ketiadaan tenaga. Lapar..aku tak terasa sangat. Tapi bila dahaga aku jadi seperti ini...huhuuhu
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^


Teruknya aku rasa..Allah aje yg tahu. Hari kedua aku tepaksa melopongkan puasaku kerana terlalu banyak angin di dalam perut. May be banyak asid terlebih. Jadi aku baru puasa 3 hari...huhuhuuhu..Ya Allah kuatkan la semangat hambuMu ini. Aku menyimpan niat untuk tidak meningalkan puasa ku sewenang-wenangnya. Semoga segala dosa-dosa ku diampuni Mu Ya Allah.

InsyaAllah, hari keempat ini aku makin mendapat kekuatan, mungkin badan sudah mahu terima. Lil baby mama pun sabar dan tabah. Alhamdulillah. Semakin memahami situasi mama yer sayang. Walau Lil Baby mama kecil sangat lagi, tapi setiap kali mama pujuk dan berkata-kata.. " sabar yer sayang, kita berpuasa untuk mencari keredhaan Allah dan semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada kita sayang.." semakin Lil Baby memahami mama. Terima Kasih anakku.. :)


Sunday, 31 July 2011

Ramadhan yang bererti buat Mama dan Abah

Assalamualaikum :)

1 Ramadhan bersamaan 1 Ogos 2011. Termetrai sejarah sekian kali buat Abah dan Mama :

"SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 33".

Barkah Ramadhan tahun ini makin lebih mengeratkan hubungan abah dan mama. Makin romantik. Makin hidup dengan aman dan damai dan seterusnya sejahtera di bawah lindungan dan rahmat Allah swt.

Itu lah doa along buat kalian, kerana tanpa kalian anak sulung mu ini tidak merasa kasih sayang sejati dari kalian berdua.



 Ni pasangan yang telah menjelajah pelosok kehidupan bersama selama 33 tahun

Dan.... pasangan seterusnya..masih harus belajar..dan terus belajar..kerana onak dan duri sentiasa wujud untuk mematangkan jiwa dan bahtera rumahtangga....

^
^
^
^
^
^
^
^
^


Baru nk masuk usia perkahwinan 10 tahun ...

Wednesday, 27 July 2011

Lil Baby:My Princess

Assalamualaikum :)

Sayang..
Mama ingin melihatmu lagi..
Bagaimana dirimu bersama teman urimu..
Masihkah kedudukan uri dibawah??

Sayang..
Mama lihat anak mama sujud
Anak yang baik..sujudlah pada penciptamu
Mama dapat melihat anak mama ceria dan aktif
Anak mama cahaya seorang puteri
Doktor memberi mama melihatnya
Doktor katakan ia adalah 80% sahih
Mama khabarkan pada ayah
Ayah juga dapat merasakannya
Sama-sama gembira dengan kehadiranmu

Sayang..
Mama dapat injection kancing gigi hari ini
Sakitnya bila ubatnya semakin menjalar dari lengan mama
Tapi mama tahan kerana ia demi kebaikan kita
Mama dan anak mama bersama

Cinta hati mama..
Berat mu sayang 624gram, berat mama pula 59.5kg
Teruslah bersujud memohon keberkatan
Kepada penciptamu
Semoga kesihatan anak mama dan mama juga
Dalam keadaan baik..
Amin


Tuesday, 26 July 2011

Debaran : Terus Terasa Minggu Ke 24

Assalamualaikum :)

26 Julai 2011 : Debaran pada Mama. Di temani suami tercinta dan anak sulungku, kami ke HUKM untuk mendapatkan rawatan susulan MINGGU Ke 24 kandungan mama.

Alhamdulillah, kesihatan saya baik tetapi saya terus memikirkan uri baby yang sebelum ini kedudukan nya di bawah. Sebelum berjumpa doktor, aku menunggu giliran NO: 8020 di bilik 11 (Scan Room). Kali ini cepat pula nombor giliran ku dipanggil. Bagus juga, tidaklah suami ku terlalu bosan menemaniku. Jika tidak, mulalah aku berasa kasihan melihatkan gelagatnya. 

Keputusan pemeriksaan

Berat : 61 kg
Air Kencing : NIL
Scanning : Uri still lower


Setelah bersalaman dengan doktor, mungkin rupa ku jelas kelihatan kerisauan.

Diagnosis Doktor Pakar


"Ada apa-apa yang merisaukan Puan?"
"Yes Doktor, uri saya masih dibawah"
"Ohh, itu tidak perlu Pn. risaukan, Pn. tetap di ceaser"

Di dalam hati kecilku..hemmm walaupun aku tahu aku akan di ceaser, tapi aku risau jika keadaan ini akan membuatkan aku 'admit' awal sebelum waktu bersalin.

"Pn. cuma perlu ke hospital jika ada terdapat setitik darah keluar. Dan kami akan membuat pantauan di Hospital sehingga baby cukup matang untuk bersalin"

"Dalam minggu ke berapa dijangka kelahiran tersebut Doktor?"

"Jika pendarahan tidak banyak, Pn. akan berehat di wad. Tetapi jika pendarahan masih berterusan mungkin kelahiran pramatang akan dilakukan".

Aku pasrah. Ya Allah Semoga Selamat Kandungan ku. Aku berserah andai itu dugaan Mu kepada hambaMu ini. Tentunya hikmah itu terselindung, dan hanya Allah yang mengetahuinya.



Aku: RISAU :) Jadi inilah ikhtiarku..berserah









Monday, 25 July 2011

Selamat Hari Lahir : Anakku :) Aifaa Allisya Emran

Assalamualaikum :)

Aku terlihat-lihat jam di dinding. Terlalu gemuruh meniti memori sembilan tahun lepas. Saat aku telah menerima Qada dan Qadar Allah untuk melahirkan mujahid Allah dengan kaedah pembedahan. Anak yang aku kandungkan itu berada dalam keadaan sonsang (Breech). Di masa itu hanya satu pintaku, moga anakku sihat walafiat, walau aku tak pernah merasa sakitnya melahirkan. Dan lebih-lebih lagi melahirkan secara pembedahan. Tetapi aku nekad. Demi rasa cintaku kepada anakku.

24 Julai : Aku datang ke HUKM untuk pemeriksaan kandungan dan seterusnya aku di masukkan ke wad untuk persediaan hari esok. Seperti yang dijadualkan aku telah memilih 25 Julai untuk menyerahkan tubuhku untuk di bedah. Pada ketika itu, perasaan ku lebih kepada teruja untuk menimang cahaya mata. Tak sabar aku ingin memeluk sekujur tubuh kecil dan comel. Terbayang-bayang, bagaimanakah rupa paras anakku. Ujin imbasan janin sebelum ini, tidak menunjukkan 'gender' seperti lelaki, malah tidak pula seratus peratus menunjukkan perempuan. Persedian untuk kelahiran itu, aku dan suami membeli kelengkapan baju bayi dengan tidak mengikut tema 'BIRU' atau 'PINK'.

Aku di arahkan berpuasa sebelum 24 jam menjelang 9 pagi esoknya. Di tangan ku sering ku sediakan bahan bacaan ayat-ayat suci Al-quran untuk aku hilangkan perasaan gemuruhku ini. Suami pula dapat ku tafsir keraguan dihatinya. Mungkin dia berasa seram-sejuk mengenangkan proses pembedahan esok. Segala-galanya aku berserah kepada Allah s.w.t

25 Julai : Jam 6 : Terjaga dari tidur yang tidak berjaya aku damaikan. Selepas azan Subuh, aku bangun dan bersiap ke bilik air untuk membersihkan diri. Jururawat yang ada pada waktu itu cukup ramah dan baik hati. Sering tersenyum. Aku bangga melihat mereka, sebagai kerjaya yang murni mereka galas dengan rasa tangungjawab dan prihatin. Betapa mulianya kerjaya mereka. Aku bersalin pakaian wad yang baru : sut purple, warna kegemaranku. Warna yang penuh kedamaian.

Jam 7 : Aku dipanggil jururawat untuk proses persediaan sebelum pembedahan. Memasukkan tiub saluran air kencing dan sebagainya.

Jam 8 : Aku didatangi doktor pakar yang bakal membedahku. Seorang doktor wanita (aku lupa namanya) cukup ramah dan baik. Berperwatakan simple dan bersahaja tetapi ceria. Hemmm admire aku memandangkan kerjayanya. Iye lah dulu-dulu cita-cita suciku nak menjadi seorang doktor. Apakan daya tidak kesitu haluan jiwaku. Sebagai memenuhi prosedur yang ada aku menjawab apa sahaja soalan doktor kepada ku. Sungguh patuh pesakit mu ini...

Jam 9 : Terasa seram sejuk kaki dan tanganku. Aku disuruh baring di atas 'strecher' di sorong oleh dua orang jururawat yang peramah. Hati kecilku berkata "mereka ini bagai dapat membaca hatiku, seorang ibu muda yang risau dirinya yang entah kemana hendak disorong katil bergerak ini". Dengan selamba tanpa di sapa : "puan, jangan risau yer. InsyaAllah semuanya selamat". Sekejapan, bilik yang ku huni seketika itu. Boleh membuatkan bulu roma ku berdiri terpacak kerana kesejukan yang teramat. Akukah yang seram kerana takut. Atau bilik pembedahan ini yang terang dan nyata wajib sejuk beku begini. Hemmmm...suroh Al-Fatihah sedari tadi tak pernah lekang dari mulut ku.

Aku disuruh duduk setelah dialihkan dari katil bergerak ke katil pembedahan. Sambil membengkokkan badan dan diminta untuk memeluk bantal. Aku dihujani pertanyaan : Puan, ada alahan pada sebarang jenis ubat? Aku hanya mampu menggeleng. Yang bertanya itu, pasti pakar bius : seorang lelaki melayu duduk di belakangku sambil mencari-cari sasaran biusnya di saraf tunjangku. Dapat aku rasakan kesejukan cecair yang disapu dibelakangku. Arrhhh...terasa tajam tusukan jarum, tetapi aku hanya memejamkan mata dan dapat kurasakan debaran jantung makin deras. Jururawat membantu membaringkan aku.
"Puan, cuba gerakkan ibu jari kaki puan". Masih aku bole gerakkan. Tetapi sekelip mata aku cuba buat sekian kalinya, aku seakan lumpuh. Aku mencuba pula dengan menekan-nekan pehaku. GAGAL aku rasakan sentuhan. Ohhh.. beginilah rupanya seorang yang lumpuh. INSAF. Ya Allah hanya Engkaulah tempat aku bermohon dan berserah.


( aku ambil picture ni di Google..)
Setelah berjaya untuk menggagalkan pergerakan kakiku. Itu bermakna ubat bius sudah merebak dan aku terus melalui proses pembedahan. Dapat ku hidu bau hangit bila sebatang pena dihala tuju pada pangkal 'V' ku. Bau daging yang terbakar. Hangit. Ruang mataku di sekat dengan bidai untuk menhalang aku melihat perilaku doktor dan skuadnya. Cuma aku melihat dari imbasan cahaya di lampu. Sungguh aku melihat seperti tiada perasaan gerun, mungkin kerana aku tidak merasa sakit. Dan imbasan tersebut hanyalah seperti mimpi. Leka dengan pandangan ku itu, sesekali aku terdengar doktor pembedahan ku menyanyi sayup-sayup. Seronok pula aku dibuai lagu-lagu ceria. Penyampai radio terkenal KL FM : Prema menemani skuad pembedahan dengan telatah lucunya itu. Prema kalau tak memutarkan lagu tamil memang tidak sah. Berkumandanglah lagu tamil rancak di corong radio.. dan...

Jam : 9.45, aku terlihat doktor menarik keluar.. KAKI. Iyalah itu imej kaki.. Terus di keluarkan sekujur tubuh kecil yang masih berdarah. ANAKKU...

Mulutku terpacul : "Doktor, lelaki atau perempuan anak saya tu?" Lama soalan aku disapa " Sekejap yer puan, jururawat bersihkan anak puan dan saya bagi puan lihat sendiri yer" Aku tersenyum..

'Lihat puan" sambil di sorongkan anakku di ruang pandangan ku.. " Perempuan" heheee aku bersyukur. Doa mama untuk menimang cucu perempuan sebagai cucu sulung telah termakbul. Kata mama, sejuk bila sulung adalah perempua. Aku pada waktu itu hanya menggangguk, tidka pula aku bertanya apa yang dimaksudkan dengan "SEJUK'. :)

Doktor teruskan tugasnya dengan proses menjahit dan selepas itu aku ditempatkan di bilik 'recovery' dimana jantung dan tekanan darah di pantau untuk mengelak komplikasi yang tidak diingini. Anak yang baru keluar dari rahimku, aku agak mungkin sedang di qamat oleh ayahnya di bilik menunggu. Ohh betapa sayu bila mengenangkannya. Tika ini suami ku menggendong anaknya sendiri. Darah dagingnya. Tika ini juga suamiku membelek-belek setiap inci tubuh anak perempuannya. Cukup sifatnya. Alhamdulillah.

Setelah proses kritikal itu berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Aku selamat ditolak kembali ke Wad Berlian. Seharian aku terlantar dek kerana ubat bius yang masih berbaki. Dan mungkin juga untuk merehatkan rahimku yang masih bengkak.

26 Julai : Aku disapa oleh jururawat yang manis semalam. Jururawat yang setia tersenyum. "Puan boleh gerakkan badan? " Aku senyum hambar, sambil cuba bergerak sedikit. Proses yang terus menerus usahanya. Alhamdulillah, aku gagahinya jua. " Mari saya temankan puan ke toilet". Aku cuba untuk bangun dan menyarungkan seliparku. Itupun mengambil masa yang agak lama. Kerana terasa masih terasa hirisan di perutku. Aku berjaya dipapah dan aku bertukar baju serta membersihkan diri dengan bantuan jururawat yang baik hati. Anakku masih dibilik bayi. Bila ku tanyakan bila akan aku melihat anakku. Jururawat tersenyum. "selepas ini puan makan dahulu dan sejurus itu puan bole cuba menyusukan anak puan".

Saat-saat yang ku tunggu...Anakku diserah dan ku peluk erat. Mukanya yang putih seperti anak jepun. Syukur kepada illahi. Dia terkebil-kebil memandangku, seakan ingin bertanyakan aku "Inikah Ibuku?" Aku yang telah mencucuri air mata. Terasa syukur kepada yang Esa. Anak ini dapat jua ku peluk dan seterusnya ku susui...

Aifaa Allisya setelah disusui..kekenyangan..:)

Alhamdulillah, kini AIFAA ALLISYA BT. EMRAN telah berusia 9 Tahun. Sungguh peramah, pemaaf, bijak berkata-kata, pandai mengambil hati ibu dan ayah. PERMATA hati. 

Kembali tidur..


Ciuman seorang ayah..untuk anak kesayangan..

Kenangan ini paling terindah, bila moyang mendodoikan cicitnya..
Aku rindukan saat ini.. :) Tok Pia inilah cicit sulungmu..

Mama sentiasa mendoakan Aifaa Allisya sentiasa di lindungi Allah (jua maksud nama Allisya). Menjadi anak solehah. Berjaya menjadi seorang hamba Allah yang bijak dan ceria menjadi seorang kakak sulung kepada adik-adikmu. Penyambung zuriat mama dan ayah. Menjadi seorang yang dibanggakan. dan mama kini ingin mengatakan... MAMA BANGGA PADA ALLISYA.  :)

  Sudah 9 tahun ..sayang 

Thursday, 21 July 2011

Ada sesuatu yang masih dirisaukan

Assalamualaikum :)

Selagi belum bersalin, ia adalah sebuah pengalaman yang tak terhingga surprise - nya.

Persoalan yang sentiasa bermain di minda seorang ibu seperti aku..



i) ada peluang ke bersalin normal ,slps 2 kali caesar) ?
ii) ada peluang utk bersalin ke-4 slps jika kali ke-3 ni pun caesar?
iii) doc mana yg leh beri support utk perkara 1 dan 2 (di atas)..?????

aku tetap ngeri walau sudah 2x pengalaman serupa..
Berapa lamakah sepatutnya seseorang wanita yang telah menjalani pembedahan cesarean boleh hamil lagi ? Pada kebiasaannya kita cadangkan antara satu hingga dua tahun.

Apakah kemungkinan jika seseorang wanita termengandng lebih awal dari itu ? misalnya enam bulan selepas pembedahan ataupun sejurus selepas pantang ia terus mengandung.


Bolehkah ia melahirkan secara normal berikutnya?

Sebenarnya selepas pembedahan cesarean pertama kemungkinan untuk secara normal adalah sangat besar, mungkin melebihi 70 peratus. Sebilangan kecil sahaja yang mungkin diulang-bedah oleh sebab rongga punggungnya agak sempit dan tidak membenarkan kepala bayi melepasinya. Tetapi yang lain-lain adalah disebabkan faktor seperti pendarahan, bayi lemas, atau masalah uri yang tidak mungkin berulang lagi.

Bolehkah seseorang wanita yang menjalani dua pembedahan cesarean melahirkan bayi secara normal?
Sebenarnya ini tidak mustahil kerana pada pengalaman saya sendiri ada beberapa pesakit yang telah melahirkan secara normal selepas dua kali dibedah cesarean. Tetapi sebelum ini dibenarkan berlaku, satu penilaian penting harus dilakukan, samaada rongga punggungnya itu sempit atau tidak dengan melakukan ujian x-ray punggung (pelvimetry) pada bulan terakhir kandungan. Ukuran besar bayi juga perlu dilakukan melalui ultra-sound.
Ketika mengandung kali ini, ibu tersebut dinasihatkan supaya jangan memakan bahan kaibohidrat atau manisan yang berlebihan untuk mencegah bayi menjadi terlalu besar. Makanan yang berasaskan protin dan sayuran perlu ditekankan, malah saya ada satu pesakit yang telah melahirkan secara normal selepas tiga kali dibedah cesarean. Tetapi ini satu keadaan yang amat luar biasa dan tidak boleh dijadikan contoh bagi lain lain pesakit.


Perlukah selepas tiga kali dibedah ia mesti diikat saluran benihnya (sterilization)?Sebenarnya pembedahan cesarean ini tidak terhad kepada tiga kali sahaja. Kalau pesakit itu sihat dan tidak mengalami apa apa penyakit yang merbahaya seperti jantung atau buah pinggang, ia boleh menjalani pembedahan banyak kali. Mungkin sampai enam atau lapan kali bergantung kepada kemampuan kesihatannya, mentalnya dan kehendak pesakit itu sendiri. Saya sendiri ada beberapa pesakit yang telah dibedah sebanyak enam kali.
Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan. Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun. Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya. Sebaiknya ia diteruskan, lagi pun tidak kesemua kes pembedahan mesti perlu diulang, bergantung kepada apa punca pembedahan yang pertama, misalnya kalau rongganya sempit, ia perlu diulang

Aku: jadi semuanya aku serahkan kepada Qada dan Qadar. Setiap kelahiran itu adalah pembawa rezeki. Dan setiap apa yang terjadi ada hikmah yang terselindung oleh kita yang sekadar hamba disisiNYA. 


Beginilah anakku digendong mama..
sumber: http://home.hamidarshat.com/Pembedahan.htm

Wednesday, 20 July 2011

SENYUM : Tak perlu kata apa-apa

Assalamualaikum :)

Selamat hari Khamis. Aku kembali SENYUM. Alhamdulillah.

Senyum senyum senyum
Senyum senyum….

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan
Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian
Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...