Thursday, 2 May 2013

Memikat Hati Suami

Assalamualaikum w.b.t.

Moga hari Jumaat yang indah dan berseri ini ditambah serikan lagi dengan 'sewangi kasih' pasangan suami isteri masing-masing. Amieennn

Memetik dari ruangan tulisan mengenai kasih sayang suami dan isteri, membawa aku untuk sama-sama membaca dan mendalaminya. Moga menjadi ruang tarbiah kita bersama. Amieenn

Memikat Hati Suami – Tanyalah Ustaz 18.03.2013

Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek
  
Bacaan surah Al-Qadr:

Para isteri, amalkan membaca surah ini dalam solat Isyak, dan baca pada malam hari sebelum bersama suami. In sha Allah akan terasa kelaianan yang baik. Surah ini juga menjadi amalan wanita yang ingin kelihatan awet muda.

Dalam menghadapi apa jua masalah, banyakkan bersyukur pada Allah. Isteri takkan dapat mengubah sikap suami yang tidak baik dengan sifat sabar sahaja, isteri perlu membanyakkan sifat bersyukur. Dengan sifat syukur, Allah yang akan membantu mencampakkan hidayah ke hati suami. Bersyukur dengan apa saja kebaikan yang suami berikan, walaupun sekecil mana sekalipun.

Senarai soalan dan jawapan
S: Bagaimana memikat hati suami yang sedang marah?
J: Jika lelaki sedang marah, jangan kata apa-apa. Diam sahaja dan hidangkan air kepadanya. Selawat, doakan dan hembus, “Ya Allah, lembutkan hati suamiku sebagaimana Engkau melembutkan besi kepada Nabi Daud”.  Pahala menghidangkan air segelas untuk suami yang baru balik ke rumah lebih baik ganjarannya berbanding puasa setahun. Ketika memasak, dan membasuh beras, amalkan doa daripada hadis Qudsi yang bermaksud, “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Tuhan kami dan Tuhan mereka, hati kami dan hati mereka dalam genggaman-Mu. Sesungguhnya Engkau menguasai atas mereka”.  Genggam beras dan bayangkan wajah ahli keluarga dan doakan mereka.

S: Benarkah wanita dapat memikat hati dengan masakan yang sedap-sedap?
J: Suami akan semakin sayang jika isteri masak dengan air tangannya sendiri. Isteri hari ini ramai yang nak cepat saja dan tidak berselawat langsung ketika menyediakan makanan. Sepatutnya banyakkan berselawat, berzikir dan berdoa ketika disediakan. Masak juga dengan penuh kasih-sayang. Sediakan makanan yang panas dan belum berusik untuk suami. Asingkan makanan untuk suami jika suami balik lambat. Belajar tentang selera suami daripada ibu mertua.

S: Antara suami dan isteri, siapa yang lebih patut banyak memikat?
J: Pada pandangan peribadi saya, isteri perlu lebih banyak memikat. Isteri perlu lebih mudah memaafkan.

S: Bagaimana untuk memikat hati suami yang suka merajuk?
J: Untuk memujuk selain daripada berdoa, ada beberapa cara – tulis surat cinta (sms pendek sangat). Ambil video keluarga dan pasang semula untuk mengenangkan perkara-perkara yang telah dilalui bersama keluarga.

S: Betulkah ada isteri yang menggunakan sihir untuk memikat suami?
J: Ada tapi perbuatan itu salah. Ada cara lebih mudah yang boleh diamalkan iaitu dengan menggunakan ayat Al-Quran. Contohnya:
·         Baca surah Al-Qadr ketika solat Isyak dan ketika ingin bersama suami
·         Baca surah Al-Inshirah, dan pada ayat ke-4, hembus pada tangan dan usap pada wajah hingga ke belakang. Boleh diulang 3 atau 7x.
·         Baca doa ketika membasuh beras seperti diajar di atas.
S: Betulkah jika suami merajuk, isteri dilaknat oleh malaikat?
J: Apa yang saya difahamkan ialah jika isteri menolak ajakan suami untuk bersama, maka malaikat akan melaknatnya dari malam hingga ke pagi hari.

S: Wajarkah seorang isteri bekerja mencari rezeki untuk memikat hati suami?
J: Wajar. Rasulullah SAW juga pernah dibantu isterinya yang kaya iaitu Siti Khadijah.

InsyaAllah

Sunday, 28 April 2013

Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.

Selamat hari Isnin. Walau 'Monday Blues', hidup kita mesti berlandaskan iman dan takwa. Tidak mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Lama tidak ber'blog', kehidupan yang penuh dengan kesibukan membataskan ruangan ini dicoret.
Hari Isnin penuh tawadhuk. Ada sesuatu yang aku tidak boleh lupakan pada hari ini. Walau banyak rancangan yang telah/ akan dibuat, namun aku telah tersedar dari tidur yang leka bilamana aku ingin mencari kepastian dan pemahaman yang penting di dalam hidupku.

Ia... penting...dan sangat penting. Terima Kasih anak Mama. Sudah menjadi anak remaja, seorang anak tentu akan lebih mendamaikan hati ibu dan ayahnya. Mama akan cuba terus menjadi ibu yang solehah dan terbaik buat anak Mama.  Buku yang telah mendamaikan jiwa mama, dipilihkan oleh anak Mama yang tersayang. Terima Kasih sekali lagi. Mama sangat menghargainya.

Menyedari kehidupan semenjak 'hari ini' Mama akan lebih tawadhuk untuk pembangunan insaniah anak Mama. Isya, anak sulung Mama, dah 'besar' dah anak remaja. Pendekatan Mama tidak boleh sama dengan adik-adik mu. Mama cuma nak expresikan yang Mama sayang sangat anak Mama.. Isya adalah anak sulung Mama.. JIka mama tiada Isyalah tempat adik-adik lebih dekat untuk didampingi. InsyaAllah.

"Ya Allah bantulah hamba mu ini untuk mendampingi Mu, berilah hidayah kepada keluarga ku. Berilah rahmat dan bimbingi ke arah jalan yang Kau redhai' Amieenn.

Syukur yang tidak terhingga bila Kau menemukan aku dengan orang-orang yang 'hebat' di sisi Mu. Yang kau kurniakan kepada ku untuk membuka pintu hati ku ke arah jalan Mu. Alhamdulillah.

Telapak kaki ibu terletaknya syurga. Syurga yang menjadi dambaan anak-anaknya. Ya Allah bimbingilah Ibu ini untuk menjadi Ibu yang terbaik untuk anak-anaknya.. Amiennn








Tuesday, 19 March 2013

Senangi ilmu untuk mencari pengetahuan


Assalamualaikum wbt.

Mati itu pasti. Walau tidak terlewat dan tidak terawal. Semoga kita mendapat keberkatan. Amieen


Setahun empat bulan

Assalamualaikum wbt.

Sudah lama tidak mengemaskini blog. Masa benar-benar cepat meninggalkan umat Allah swt. Kehidupan seharian terkadang terlalu sibuk dan terkadang terlalu penat walaupun tanpa kerja-kerja berat. Mungkin banyak berfikir. Kehidupan 2013 kini makin sibuk, sebagai seorang isteri, ibu, pekerja makan gaji dan pelajar. Masa kini perlu terisi dengan lebih terancang.

Sesi pengajian bagi semester 7 di Uitm akan kembali menyusul. Bermakna rutin seharian akan bertambah sibuk dibandingkan hari-hari sebelum ini. Semoga Allah swt memberi petunjuk kepada hambaNya ini. Di permudahkan jalan-jalan yang dilalui sepanjang hari. Di murahkan rezeki dan di lindungi di bawah lindunganNya. Amieenn.

p/s: Doakan saya juga yea..mudah-mudahan...diberkati Allah swt.


Monday, 2 July 2012

Menjelang Ramadhan

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh :)

Menjelang Ramadhan, bulan barakah.. bukan salah bulan ini untuk aku rasa terasing.. cuma terdetik di hati..setiap kali Ramadhan ada sahaja cerita yg tidak sedap untuk di mengertikan. Ya Allah berikanlah petunjuk Mu.



Tapi kesempatan ini ada juga cerita yang menggembirakan ..anak perempuanku yg ke dua dah hampir lapan bulan..mula menampakkan 2 batang giginya. Satu di atas dan satu di bawah. Kerja nak menggigit sahaja bila di dukung. hehee dah besar anak mama.


Auni nak tunjuk giginya..


Moga anak mama membesar menjadi anak solehah dan hormat menghormati kakak dan abangnya. Ingatlah sayang, besar pengorbanan kakak dan abang mu.. kadang-kadang mama tk sempat nak mendukung mu sayang.. syukur ada kakak dan abangmu melayan kerenah adiknya.. mama sangat-sangat mensyukuri nikmat ini. Semoga Allah melindungi anak-anak mama. Ameen.




Bersama kakak dan abangnya..Inilah permata hati mama dan ayah

Wednesday, 27 June 2012

Photoshoot KEBAYA by Ilham Qaseh Pictures

Assalamualaikum warohamtullahi wabarokatuh,

Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi cerita sekitar sesi bergambar yang di ilhamkan oleh Ilham Qaseh Pictures. Lokasinya di sekitar tasik Taman Metropolitan Kepong. 
Saya begitu teruja menjadi MUA untuk sesi ini. Model saya yang berkebaya kuning. Great job Anne Niey dan kita berjaya menghasilkan mood yang sangat seronok..Walau mula-mula tu kami tersesat jalan mencari lokasi. Terima kasih kepada Ilham Qaseh Pictures di atas hasil usaha anda.

Sekitar sesi bergambar bersama jurufoto









dan inilah hasil dari professional..yg kat atas tadi tu dr iphones saya..hahaa tk professional pun..just suka2 di belakang tabir..

Tuesday, 19 June 2012

Party Of The Year in June 2012

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh :)
Long time no see.. hehe
There's life must go on..

On 16th of June, I went to this really exciting party called Party Of The Year 2012. The event location at Cyberview Resort and SPA. It's not only beauty consultant from KL..It's from all over Malaysia..included Sabah & Sarawak. So happening and I was so excited. Nothing much word that I can said except..the WOW factor when participate this event.

I've upload some pictures.. YES..the women..out there..this is oppourtunity to encouraging you to Enrich Women Life..

Me..the complexion is gain better and better.. :)

 There's the scaft ..gift from ESDD Nafisah Omar

Out door games.. shoot the ping pong ball..

  Think BIG DREAMS

There other team giving support to their team members...cheer ladies


Photoshoot sessions.. Me with Zul..the queen of sales :) really adore you

Me @ lagoon.. so nice..peace thinking of my kids.. perhaps one day I can bring them here..swimming

Time of lunch


Bon apatate

Waiting for next games



With BFF..Dewi Farah.. Congrates to you...you got the many of beauty consultant under you..

Got the prasent..pillow of MK..pictures album and so many more


Waiting for my hubby to picking me back.. Darling you should be here..someday

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...