Monday, 9 April 2012

Keluar dari rumah DIA yang utama

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh :)

Selamat pagi Selasa. Semoga anda semua ceria dan sentiasa berada dalam barkah Allah swt. Ameen.

Sebelum saya keluar rumah, pengisian spiritual saya harus di isi dengan doa. Semoga saya dapat meneruskan hari ini dengan cergas, ceria dan mendapat redha Allah.

Hari ini hujan lebat, saya tak mahu berasa lemau di pejabat. Ya Allah berikan kekuatanmu.


Ya, Allah. Terangkan hati ku untuk aku menyempurnakan kerja ku dan disamping itu aku menerima dan memahami apa yang akan aku pelajari.

Ya Allah, aku mohon kepada mu supaya di beri kecergasan kerana semalaman aku keletihan dan aku perlu menyiapkan tugasan yang tertunggak semalam. Semoga kekuatan itu dapat di jana.

Ya Allah, Ya Tuhan ku. Aku hambaMu. Memohon redha mu dan redha ibubapa ku. Semoga Ibubapa ku Kau lindungi. Aku menyanyangi mereka sepenuh jiwa ragaku. Berkatilah Ibubapaku dengan rahmatMu dan sejahterakan kesihatan mereka. Ameen rabbil alameen..


Sunday, 8 April 2012

Anak ku sumber inspirasi

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh :)

Selamat Hari Isnin..Semoga hari anda juga indah dan penuh pengisiannya..

Auni Zara..dah sihat..cirit birit disebabkan Auni hendak meringankan badan, dah mula nak merangkak. Alhamdulillah.

Doktor cuma nasihatkan memberikan sepenuhnya EBM. Ok baby.. your very cute don't cry mama going to work.. I love you so much Darling :)

Semakin bersemangat

Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh :)

Saya kini..makin bertenaga. Makin bersemangat dan bermotivasi. Alhamdulillah, saya telah berjaya menemui sesuatu yang serasi dengan saya dan saya telah menjumpai satu platform dalam menjanakan diri saya kearah kebaikan dan mahu melakar kejayaan demi kejayaan. InsyaAllah.

Saya telah menemui platform untuk saya sandarkan diri ini pada peningkatan motivasi diri. Saya mahu ciptakan kejayaan demi kejayaan. Matlamat yang saya sematkan ini menjadikan saya makin bersemangat dan berfikiran positif sepanjang masa.

Alhamdulillah saya telah menemuinya. Setiap hari menyematkan kata-kata semangat untuk diri sendiri. Saya mahu terus bermotivasi dan membina keyakinan serta menempatkan kekuatan itu di tempat yang sepatutnya. Ameen.

Saya meluangkan masa saya untuk satu pengalaman dan pengetahuan di luar kotak pemikiran saya. Membenarkan diri saya untuk 'explore' dan belajar dari pengalaman orang lain. Rupanya ia adalah 'moment' yang indah. Rupanya saya tidak keseorangan dalam mensasarkan kejayaan. Rupanya ramai wanita di luar sana yang sealiran dengan saya. Kami meminati bidang yang sama iaitu 'Enrich the women life'. Kursus 2 hari di Mary Kay office, di Jaya 33, Petaling Jaya. telah benar-benar membuatkan saya belajar sesuatu yang baru dan saya menghadiahkan diri saya dengan pengalaman ini.

Perasaan ini tersentuh bila melihat wanita yang lebih kurang sebaya saya, kami bersama-sama menimba pengetahuan di dalam bidang kecantikan ini. Masing-masing mempunyai 'i story' yang berbeza di mana mereka mula mengenali dan seterusnya mencintai Mary Kay. Saya dan mereka seterusnya mengubah 'atitude negatif' kami dan meletakkan atitude positif di tempat yang sepatutnya.

Definisi 'cantik' di dalam Mary Kay, bukan mengenakan mekap yang tebal untuk aktiviti seharian. Malah Mary Kay mengejar kami untuk cantik dengan penjagaan kulit muka (skincare) dan seterusnya di dalam diri seorang wanita. Konsep 'Golden Rule dan Go Give' benar-benar memikat hati saya. Mendiang Mary Kay Ash iaitu pengasas Mary Kay, mengajar wanita di seluruh dunia untuk menghargai kecantikan mereka di samping menjadi seorang yang berjaya. Tidak hairanlah beliau di anugerahi pelbagai anugerah kerana membimbing wanita menjadi seorang yang berjaya dari segi luaran dan dalaman.



Saya bersyukur kerana telah menemui sesuatu yang amat berharga sepanjang dua hari saya menghadiri 'Essential Steps to Reach Success'.

  Bersama ESD Pn. Maimon. Telah menggunakan MK sejak 11 tahun yang lalu. Umur beliau sudah menjangkau 50 an. Tetapi beliau tetap nampak muda. Kompleksi mukanya sangat halus. Kedut atau garisan halus pun susah nak nampak pada muka beliau. hemmm ..envy..envy :)

Dewi Farah, Congratulation you won the Personality Queen. She really want the hand spa..u got it dear.. :) happy for u..aauhhh Queen from Melaka kalah di tangan mu.. hahaa


Graduation Day
We are Lady of Mary Kay

Happy but a little bit headache because of so many information inside my brain to prosessing..But I am happy..

Monday, 2 April 2012

Mama rindu Auni Zara

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh :)

Wajah kesayangan hamba..
Saat ini tergambar wajahmu...
Mama rindukan gelak tawa mu...
Terasa siang terlalu panjang..dan
Malam terlalu singkat..
Ingin Mama dakapi mu selalu..
Ya Allah kuatkan semangat ku..
dan mama juga merindui kakak dan abangmu jua..
cinta hati mama
Auni Zara.. mama tengah berjaga-jaga ni..nape Auni cirit birit dah semalaman.. mama salah makan ke..? kesian anak mama..

MIHAS 2012

Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh :)

MIHAS kembali lagi 3 April 2012. Program di Menara MATRADE adalah 'one to one business meeting local company with foreign buyer'. Ini bisness juta-juta ni..

Dan aku...bertugas di kaunter 'Lost and Found'...

I really like the theme colour.. aauchhh

okey..okey...siapa yang ada kehilangan barang...cari saya...yer..cari saya yer...

Kelas Makeup April 2012

Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh :)
Saya menjemput wanita-wanita yang ingin mempelajari tatarias wajah. Anda dialu-alukan untuk menyertainya. :)




Tercari-cari dan kini sudah berjumpa :) Kenapa saya pilih Mary Kay??

Kenapa saya pilih Mary Kay? Kenapa tidak produk-produk lain?

Saya adalah pengguna yang suka mencuba. Saya malah mencuba banyak skincare produk tempatan. Akibatnya muka saya menjadi sensitif disebabkan terlalu banyak pengelupasan berlaku. Selepas bersalinkan anak yang ke tiga. Masalah muka saya menjadi-jadi. Saya selalu perhatikan perubahan yang mendadak itu. Dan sering mengeluh. Kulit saya tidak sekata. Banyak sel kulit mati berkumpul di sekitar 'T' zone. Sebab kulit saya berminyak  maka sering tumbuh jerawat yang besarr-besar macam jerawat batu. Jadi memandangkan kulit muka saya sensitif ke atas produk yang sebarangan, saya hanya memakai sabun susu kambing. Lama-kelamaan muka saya kekurangan vitamin dan kering. Malah garisan kedutan sudah mula menjengah.

Saya mengenali Mary Kay dari seorang kawan. Alhamdulillah, kulit muka saya boleh diselamatkan dan saya nampak perubahan dalam masa seminggu menggunakannya.

Antara sebab utama saya memilih Mary Kay adalah:

1) Kualiti produknya. Selepas dapat mencuba sendiri dan melihat kesannya, ianya betul-betul membuat saya teruja. Muka saya hampir kurang kilatan minyak. Kulit muka menjadi tegang dan bertenaga. Kulit yang kusam semakin memudah dan kecerahan boleh di lihat hanya selepas memakai masker.

2) Mahal? Sudah tentu tidak. Secara jujurnya, saya merasakan harganya sgt berbaloi dengan kualitinya. Dan yang paling best, saya berpeluang menjadi BC (Beauty Consultant) dan enjoy diskaun yang diberikan. semua org berpeluang untuk menjadi BC. Saya bersyukur kerana dengan menjadi BC saya dapat lebih kesedaran dalam menjaga kulit muka dan mencuci muka secara betul. Penggunaan dalam kuantiti yang sikit sahaja sudah memadai dan untuk habis mengambil masa dalam 8 - 9 bulan penggunaan.

3) Selamat? Sudah tentu. Semua produk Mary Kay "clinically tested" and "proven satisfaction". Malahan, ianya ada 90-days money back guarantee sekiranya ianya tidak sesuai dgn kita. Mary Kay adalah 'laboratory test' dan ia menguji sebanyak 300,000 kali setiap produknya. Malah ia tidak di cuba ke atas haiwan. Ini janji Mary Kay.

4) Halal? Sudah tentu sbb semua bahan-bahan di dalam produk Mary Kay diperbuat daripada bahan-bahan Botanical / tumbuh-tumbuhan. Tiada langsung unsur-unsur haiwan. Pembuatannya teramat bersih, kilangnya di Dallas, USA.

5) Dan yang paling best, Mary Kay bukan sahaja dapat mencantikkan wanita, malahan memperkayakan wanita.... saya sukakan the company's philosophies...its Golden Rule "Do unto others as you would have them do unto me'....its priority, God First, Family Second and Career Third...and the Go Give Spirit...yang mana tidak pernah saya jumpa di dalam syarikat yang lain...

Harapan saya, inilah produk terakhir yang akan saya guna...saya cuma inginkan kulit yang cantik dan sihat...pada masa yg sama, saya dapat berkongsi dengan wanita-wanita lain di luar sana untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan....sama seperti saya...

 
Jika anda adalah seperti saya, saya mengalu-alukan anda menjejaki Mary Kay. Tanyalah saya untuk keterangan lanjut. Dan saya sedia menjadi sahabat anda, dan kita berkongsi tentang kecantikan bersama-sama. Kerana wanita hanya inginkan kecantikan yang selamat dan malah ia sangat-sangat berbaloi, anda cantik bukan kerana makeup yang tebal..tetapi cantik secara natural. Tidak rugi anda memilihnya. dan nasihat saya, berhati-hatilah dalam memilih rangkaian skincare. Skincare yang bagus dan selamat adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan dan TANPA bahan kimia. Buat apalah kita cantik hanya sanggup berasa sakit semata-mata. Dengan Mary Kay tiada istilah pengelupasan kulit. Ia lebih selamat dan sesuai dalam menjaga kulit anda.

Saya pilih yang ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...