Wednesday, 21 March 2012

Saya dan kelas andaman

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh :)

Di kesempatan ini, saja saya nk menceritakan pengalaman pergi ke kelas 'basic makeup' di Putrajaya pada 11 Mac 2012 yang lalu.
Perasaan teruja bila beria-ria nak belajar dan berjumpa sendiri dengan Pn. Bunga. The Profesional Makeup Artist.
Setibanya di kediaman Presint 9, Putrajaya. Perasan gembira tak tergambar sebab dapat melihat sendiri Pn. Bunga. Memang cantik (patutlah nick name beliau sichanteqjelita) dan beliau sangat profesional. Umur pun muda lagi dia ni. Muda dari saya, 'admire' to her sebab muda-muda lagi dia punyai kemahiran luar biasa dalam bidang makeup. InsyaAllah, learning from the professionalist and may be getting all the knowledge also.
Pagi yang indah itu saya dari Melaka, maklumlah balik bercuti ke rumah MIL. So, pagi Ahad yang ceria saya pujuk my hubby balik after breakfast dalam jam 8 pagi. Kelas bermula jam 11 pagi. Alhamdulillah sempat saya ke kelas pagi itu.
                                               comel Nurul.. berkenalan di dalam kelas

Dalam kelas ini ada seramai 11 orang murid semuanya. Kebanyakan mereka dari agensi kerajaan juga.



Berbaju T shirt putih, itulah Pn. Bunga..

Selepas Pn. Bunga tunjukan cara-cara yang betul makeup, kami pula akan mencotengkan muka kami sendiri...tah la nk jadi apa tak tau la....la...la.. selalu saya makeupkan orang..bila kena makeup diri sendiri ni kekok pun ada..aduuhhh

 Kami semua bersama sijil masing-masing

dan hasilnya...adalah jeng...jeng..jeng..

v
v
v
v
v
v
v
v

My lil baby..menangis teresek-esak sebab 1st time kena tinggal dengan ayahnya..Thank You dear, tolong melayan kerenah Auni :) anak ayah


Cara yang betul membersihkan muka


Apa langkah pertama dan penting untuk perawatan wajah? Jawabannya adalah mencuci muka. Ketika membersihkan muka, berarti anda telah menghilangkan residu, kotoran dan minyak dari wajah. Sebagian besar dari kita, baik wanita maupun pria pasti sadar akan hal itu, dan membersihkan wajah dua kali sehari sudah menjadi hal wajib.

Tapi, banyak diantara kita yang kurang memperhatikan cara mencuci muka yang baik dengan tidak memperhatikan formula yang terdapat dalam produk pembersih, atau memperlakukan wajah dengan kasar, seperti menggosoknya terlalu keras.
Sekarang ini, ada banyak produk pembersih wajah yang dijual di pasaran, mulai dari jenis foam, gel atau krim yang diformulasikan untuk berbagai jenis kulit berminyak hingga sensitive. Karena itu, anda perlu memperhatikan lebih dulu, pembersih apa yang cocok untuk jenis kulit wajah anda.

Jika kulit anda kombinasi atau cenderung berminyak, pilih formula pembersih yang mampu mengangkat kelebihan minyak di wajah dan mengurangi sebum. Sedangkan untuk jenis kulit kering dan sensitif, gunakan pembersih dengan formula lebih ringan dan mengandung pelembap.

Pastikan produk yang anda pilih bebas minyak (oil-free), tidak menyumbat pori (non-comedogenic), tidak menimbulkan iritasi (hypoallergenic) dan tidak menimbulkan jerawat (non-acnegenic). Sekarang ini, kebanyakan produk pembersih mengandung banyak bahan aktif untuk berbegaai keperluan, seperti alpha hydroxy acids (membuat wajah lebih cerah), salicylic acid (mencegah jerawat dan membunuh bakteri), vitamin, mineral, glycerin, collagen (mengencangkan wajah), elastin dan sodium laureth sulfate.

Bagaimana Cara Mencuci Muka yang sebenarnya?

Langkah 1. Cuci Tangan
Selalu cuci tangan sebelum membersihkan muka, memakai makeup atau memegang wajah anda. Tanpa disadari, sangat banyak bakteri yang menempel di tangan anda, dan jika tidak dibersihkan, bakteri dan kotoran yang menempel pada tangan bisa berpindah ke wajah anda. Gunakan sabun antibakteria dan cuci tangan secara perlahan dengan air hangat.

Langkah 2. Ikat Rambut Anda
Dengan mengikat rambut, selain lebih mudah membersihkan, wajah anda juga akan terhindar dari kotoran yang mungkin menempel pada rambut.

Langkah 3. Bersihkan Makeup
Jika menggunakan makeup, ada baiknya jika anda membersihkannya dahulu dengan makeup remover sebelum mencuci muka, agar produk bisa bekerja lebih efektif. Pilih makeup remover berformula lembut, yang cocok dengan kulit anda. Bersihkan bahagian mata terlebih dahulu.

Pilihan saya makeup eyes remover by Mary Kay

Langkah 4. Basahi Muka
Percikkan sedikit air hangat ke wajah agar pori-pori lebih terbuka. Dengan begitu, produk akan membersihkan lebih mendalam.

Langkah 5. Menggunakan Sabun Muka
Taruh sedikit pembersih di telapak tangan atau sponge. Gosokkan di telapak tangan hingga berbusa, dan usapkan secara lembut dengan jari-jari tangan atau sponge ke seluruh wajah, mulai dari dahi, hidung, pipi, dagu hingga leher. Pijat lembut wajah dengan gerakan memutar selama beberapa minit.
Yang perlu diingat, jangan langsung membilas setelah memakainya, biarkan formula pembersihnya meresap ke dalam kulit selama beberapa menit (biasanya 1 atau 2 minit).


Set Formula 3 Botani Mary Kay juga menjadi keutamaan saya



Langkah 6. Membilas
Basuh muka dengan air beberapa kali hingga sisa-sisa sabun tak terasa lagi di wajah. Gunakan air dingin agar pori-pori tertutup dan melancarkan sirkulasi darah. Kemudian, keringkan dengan tuala bersih.

Langkah 7. Gunakan Toner
Bagi anda yang memiliki wajah berminyak, sangat disarankan menggunakan face toner setelah mencuci muka. Toner berfungsi membersihkan sisa makeup, kotoran dan minyak yang mungkin masih tertinggal meskipun telah dicuci dengan sabun muka. Toner juga berfungsi mengecilkan pori, menghilangkan minyak dan menjernihkan kulit. Usapkan toner secukupnya ke wajah dengan kapas.
Toner saya gunakan formula botani Mary Kay nombor 3.

Langkah 8. Lembapkan Kulit
Oleskan moisturizer atau face cream berbahan dasar air setiap habis membersihkan wajah, agar wajah selalu terjaga kelembabannya. Pastikan juga bahwa anda menggunakan pelembap yang sesuai jenis kulit.
dan..ini juga menjadi favorate saya, selain daripada warna purple yg mmg saya 'geram' sesuai untuk kulit muka saya yang berkombinasi (berminyak di T zone). sapuan yang cepat meresap dan krim pelembap yang tidak berminyak bila di pakai...marveloousss mmg sedap..
Anda juga patut menjadikan ia sebagai rutin harian untuk menjaga keseimbangan kulit..hokey :)

Monday, 19 March 2012

Book Review

Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh :)

Saya nak berkongsi tentang buku yang saya suka baca.

Beliau seorang yang bongkak, pemarah, gila glamor, namun terkandung cara pemikiran yang bijaksana dalam menguruskan perniagaan beliau dan selalu berfikiran positif dalam apa jua tindakan beliau. Kini sayap empayar Trump semakin maju dan terkenal.

Dalam buku ini terkandung 18 jenis gaya berfikir Trump dan turut menceritakan tentang tokoh Malaysia dan antarabangsa yang mempunyai irama pemikiran yang serupa.

Antara gaya pemikiran Trump:-

1. Lakukan perkara yang kita cintai
"saya hanya melakukan perkara yang saya cintai" Chef Wan

2.Kuasa pemikiran positif
Saya sukakan jatuh bangun Kolonel Sanders membuka KFC, walaupun usia beliau dimasa itu hanpir mencecah 60an. No wonder la icon KFC yang kita lihat tu adalah seorang tua, rupanya itulah Kolenel Sanders pengasas KFC. Walaupun beliau sudah tiada tetapi resepi rahsia beliau sering menjadi makanan kegemaran kita.

3.Positif tetapi realistik
Antara yang saya suka, bagaimana untuk membina keyakinan. Rahsianya..Jangan takut untuk mencuba. Jika ketakutan itu masih ada ia akan menyebabkan kita gagal untuk berterusan positif dan memberi kesan buruk pada potensi dan kehidupan kita.

4.Buktikan kepada diri sendiri
"Kita adalah apa yang kita fikirkan". Meraih kejayaan melalui membuktikan diri sendiri adalah satu perkara yang berkait rapat dengan kejayaan diri kita sendiri. Trump boleh berpegang teguh kepada prinsip buktikan pada diri sendiri sehingga muncul sebagai ikon dunia kerana beliau mempunyai keyakinan yang kuat.

5.Belajar dari kegagalan
Dalam Islam, konsep kegagalan adalah sebahagian daripada anugerah Allah kepada manusia. Terdapat pelbagai pelajaran yang terkandung dalam setiap kegagalan yang dialami oleh manusia. Salah satu pelajaran yang Allah anugerahkan adalah supaya manusia sentiada sedar keupayaan diri dan kekuasaan Allah sebagai Tuhan.
Firman Allah, "Tidak ada kesusahan yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya; dan ingatlah, Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" (at-Taghabun:ayat 11).

6.Sedia berubah
Mengenali jutawan Dr. Azman Ching. Ikon di dalam perniagaan pemasaran berperingkat atau MLM di Malaysia kerana kejayaan menjadi jutawan dalam masa yang singkat iaitu dalam masa 14 bulan. Dorongan mengubah taraf hidup menjadikan beliau membuka mata.

7.Masalah adalah latihan minda
M. Scott Pack, pengarang buku The Road Less Traveled, berkata "Keseluruhan proses ketika berhadapan dengan masalah dan menyelesaikan masalah adalah perkara yang amat bermakna dalam hidup.
Masalah adalah titik tajam antara kejayaan dan kegagalan. ia membantu kita membangunkan minda dan semangat.."

8.Ilmu adalah kuasa
Carilah ilmu..dan ia sangat berkuasa. Trump menegaskan ilmu adalah segala-galanya. beliau tidak mengehadkan pengertian ilmu dengan sekeping ijazah atau memperolehinya di universiti sahaja. Pencarian ilmu dan penerokaan ilmu itu sangat unik dan istimewa. ia dapat diperolehi dengan pelbagai cara.



 p/s: saya sangat 'admire' Trump. Adrenalin saya akan bertambah pabila saya membaca buku ini ..saya sarankan kepada rakan-rakan ia adalah buku yang boleh membina motivasi diri. InsyaAllah.

Rahsia membakar lelemak bersarang

Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh :)

Aku nak berkongsi cerita berkenaan dengan satu produk yang telah memberikan aku peluang untuk membakar lelemak aku yang bersarang. Tiga bulan yang amat santai, aku cuti bersalin dengan penuh nikmatnya dan 3 bulan juga lelemak yang telah bersarang dari 9 bulan mengandungkan anak ke3 ku.

Mulanya aku malas nak apply gel ini. Maklumlah pagi-pagi sibuk dengan anak lagi, nak bersiap lagi. Pendek kata macam-macam nak buat pagi-pagi hari. Setelah seminggu aku bekerja kembali, mula merasakan ada 'spare tyre' atau lebih dikenali dengan 'compactor'. Baju kurung aku yang sebelum mengandung memang tak boleh muat tang kainnya. Langsung tak bole nak zip. Aduhai..betapa lelemak ini mendengki pada aku. Aku pula tak pulak teringin nak buat baju baru, hanya pakai kemeja dan selaur panjang ke pejabat, dengan harapan 'shape' badan akan kembali normal. Mula-mula naik kerja kan..standard la ada lelemak sket-sket tu..

Alhamdulillah, baru 3 hari naik kerja. Sahabat, rakan niaga ku datang ke pejabat dan mempromosikan gel pelansing yang dikenali dengan nama 'Rayyan Chanteq'. Mula-mula tengok dengan tak der perasaan je pun. hehee.

Suatu pagi yang indah, ada la masa sket nak belek-belek diri depan cermin. Tertedik di hati, 'why not i've try this product' mana la tahu kalau terkesan kan.. Aku mmg tak der masalah dalam pemakaian 'girdle' malah rasa sangat selesa kerana pinggang dan punggung dalam keadaan selesa.

Selepas gel hijau ini di sapu rata di sekeliling perut, pinggang, punggung dan peha, aku pakai 'girdle' pula. Dingin je rasanya. Tak der la rasa panas macam sebelum ini aku penah cuba krim langsing jenama lain. selang 5 minit rasa semakin dingin. Sedapnya sebab sejuk berangin je..

hari berganti hari..aku mula pakai 16 Februari 2012 hingga kini. tidak pernah gagal untuk menyapunya hanya ke tempat kerja sahaja. Kalau cuti aku buat-buat malas..hehee. Alhamdulillah, baju kurung lama dah bole zip, dan seluar panjang bersaiz M dah boleh disarungkan. Bye..bye seluar baru beli yang bersaiz 'L' tu, aku rasa dah mengeleber..uhukss sayangnya..tahu dek suami tentu kena ceramah ..membazir katanya...

Sekarang ni pula aku tetap dengan kata-kata rakan ku yang memperkenalkan produk ni, Kak Mai "gel ni, kalau rajin ada le kesannya, kalau malas tak der leeer" hahahaa terngiang-ngiang je di telinga. Iye la kan..usaha tangga kejayaan. Dan aku tetap ingin berusaha. Ameen...

ni nak tempet gel hijau tersebut..


Practising make perfect


Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh;

Selepas aku belajar teknik smokey eyes, rasa sangat-sangat teruja untuk tajamkan skill lagi. Alhamdulillah, dah dapat buat dengan cepat dan lebih sharp lagi.









Terima kasih banyak-banyak my office mate, kak anis sbb tadah muka hehe..

Wednesday, 14 March 2012

Allah memartabatkan mu

Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh,

Masej pesanan ringkas yang diterima oleh seorang kenalan pejabat jam 10.01 malam. Membawakan khabar memeranjatkan jiwa dan naluri ku. Nurani seorang ibu membuatkan aku benar-benar tersedu.

' Bayi Shazana meninggal dalam rahim. Kandungan 8 bulan. Now at PPUM, esok induce. Al-fatihah buat arwah bayi dan doakan sha tabah (walaupun dalam hati berharap scan doktor tu salah)-maya

Betapa diri ini sayu membaca bait-bait pesanan itu. Baharu lima hari yang lepas aku terserempak dengan dia, kami sama-sama teringin makan Red Kebaya Velvet Cake. Gembira melihatkan perutnya yang comel.

Hari ini, khabar di sampaikan oleh Unit Pentadbiran bahawa Shazana akan bersalin. Aku terus memohon kebenaran untuk melawat beliau. Aku tak pandai berbahasa. Aku tak pandai menyembunyikan duka. Cuma cukup sekadar memeluk erat Shazana. Mohon Allah swt kuat dan tabahkan hati seorang ibu yang telah kehilangan anaknya. Bila difikirkan, aku mungkin tidak berupaya menanggungnya. Apatah lagi ingin memberikan nasihat kepada beliau. Orang kata berat lagi bahu yang memikulnya. Cuma aku ingin berkongsi rasa dan sedih itu. Zat-zat Allah itu tidak dapat di lihat dari mata kasar hambanya. Semoga Shazana mendapat zat-zat Allah, dan ada tersurat hikmah disebalik setiap kejadian Allah swt.

Sesampainya kami dengan kenderaan pejabat. Kami naik ke tingkat lima wad antenatal bilik 54. Terlihatkan Shazana berwajah pucat di atas katil dan menahan air mata bila sesampainya kami. Bila kami berpelukan terasa hangat dan air mata itu diseka. Aku tidak dapat menahan sebak. Aku terbayangkan anakku. Ya Allah, hambamu memohon simpati mu, kurangkan penderitaannya.

Melihatkan anak mata Sha, aku kagum betapa dia berusaha mencari kekuatan. Pernah mendengarkan cerita yang sama dengan Sha, bahawa anak yang dipinjamkan Allah ini untuk sementtara waktu akan menunggu ibunya di pintu syurga. Betapa Allah menggangkat martabat si ibu pabila mana anak nya memohon Allah untuk membawa ibunya ke syurga bersama-sama. Sha, di dunia hubungan ini seketika, tetapi di akhirat kelak hartamu disana.

Semoga apa yang telah berlaku hari ini memberikan kita hikmah disebalik ujian Allah swt. Allah menyanyangi kita semua cuma zat-zatnya adalah berlainan dan mengikut kemampuan hambanya dan ia benar-benar menguji keimanan umatnya.

Doa Ketika Menimpa Musibah

Jika kita ditimpa musibah anggaplah ia sebagai ujian daripada Allah SWT dan amalkan mengucap (Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raji’un), maksudnya: Seseungguhnya kita adalah milik Allah dan seseungguhnya kepadaNya lah kita akan kembali. Ini bukan ungkapan ketika mendengar khabar kematian sahaja sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan kita, sebaliknya ia adalah doa yang akan dapat meredakan kesedihan kita dengan mengakui qada' dan qadar daripada Allah SWT. Selain itu kita ucapkanlah doa ini pula:

Ya Allah ya tuhanku, berikanlah kepada ganjaran terhadap musibah yang aku lalui dan gantikan bagiku yang lebih baik daripadanya.

Sempat aku membaca artikal ini..sebagai panduan..


Diriwayatkan hadith dari 'Imran b Nafi' hadith dari Hafas b 'Ubaidillah hadith dari Anas bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa yg hendak mencari pahala dari tiga dari tulang rusuknya (yakni, anak zuriatnya) masuk dia ke dalam syurga.' Maka berdiri seorang prempuan, maka berkata dia: 'Atau, adakah dua?' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Atau dua!'. Berkata seorang perempuan: 'Semoga mengharap aku, maka berkata aku: 'Atau satu (yakni, seorang)!' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Jenazah]
Saudara, dalam hadith ini kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa sesiapa yg kehilangan tiga orang anak kandungnya kerana meningal ketika kecil, maka, jika rida dia dan tidak meratus dia dalam kesedihaan atau kepiluan yg melampau, maka dia (kedua ibu bapa anak-anak tersebut) diberi ganjaran syurga. Begitu juga kalau meninggal dua orang anaknya. Dalam kes seorang ibu bapa yg meninggal seorang anaknya tidak disebutkan dalam hadith di atas itu, tetapi dalam hadith lain disebutkan kalau meninggal seorangpun dapat syurga.
Diriwayatkan hadith dari al-'Awam b Hausabin hadith dari Abi Muhammad, iaitu hamba merdeka kpd Omar b Khattab (r.a) hadith dari Abi 'Ubadah hadith dari Abdullah yg berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w):' Barangsiapa yg didahului oleh tiga orang dari anak-anaknya (yakni, meninggal lebih dahulu dari ibubapanya) belum sampai baligh (umur anak-anak tersebut), ada bagi mereka (kedua ibubapanya) menjadi pendinding yg mendindingi (kedua-dua ibubapanya) dari neraka.' Maka berkata Abu Zarr: 'Telah mendahului akandaku dua (orang anakku)!' Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Kalaupun dua.' Maka berkata Ubai b Kaab, seorang ahli (pembaca) al-Quran: 'Telah mendahului akandaku seorang (anakku).' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Kalaupun satu.' [Hadith Ibnu Majah, Kitab Jenazah]
Saudara, hadith yg kedua ini lebih jelas dari hadith yg pertama itu, Namun mesej yg disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah tetap sama, iaitu, sepasangan ibubapa yg seorang atau dua orang atau tiga orang anak mereka meninggal ketika belum sampai umur baligh, mereka (yakni, anak-anak itu) jadi pendinding dari kedua ibubapanya dari api neraka di akhirat kelak. Maksudnya, kedua ibubapanya yg rida dgn kematian anak-anaknya akan mendapat balasan syurga. Diperjelaskan dalam hadith-hadith lain bahawa kanak-kanak yg belum baligh itu suci dari dosa, maka mereka secara otomatis masuk syurga. Jikapun kedua ibubapanya tak berjaya mendapat syurga, namun ketika diperintah oleh Allah (a.w) supaya mereka masuk syurga, mereka enggan selagi Allah (a.w) tidak perkenankan kedua ibubapanya dimasukkan ke dalam syurga bersama-sama mereka. 
Menceritakan hadith oleh Muhammad b Ismail b Ibrahim b 'Ulaiyah dan Abdul Rahman b Muhammad, berkata kedua-duanya: 'Menceritakan hadith oleh Ishaq, dia itu adalah Arzaq, hadith dari 'Auf hadith dari Muhammad hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Tidak ada dari dua orang Islam (maksudnya, dua ibubapa) mati diantara kedua-duanya (yakni, mati sebelum mereka) tiga orang beberapa anak mereka (yg) belum sampai baligh kecuali memasukkan kedua-duanya oleh Allah (a.w) ke dalam syurga dgn kelebihan kerahmatan Allah (a.w) pada mereka (tiga anak mereka itu) ke dalam syurga.' Bersabda Nabi (s.a.w): 'Dikatakan kpd mereka masuklah kamu ke syurga.' Maka berkata mereka (i.e. anak): 'Tidak (masuk kami) sehingga masuk kedua-dua ibubapa kami (bersama-sama kami).' Maka berfirman Allah (a.w): 'masuklah kamu dan kedua ibubapa kamu.' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Jenazah]

Saudara, hadith ini lebih jelas lagi menyebutkan bahawa anak-anak kedua-dua ibubapa itu 'protes' tak mau masuk syurga sehingga kedua ibubapa mereka bersama-sama mereka masuk syurga. Atas kerahmatan Allah (a.w), maka Allah (a.w) perkenankan permintaan anak-anak tersebut. Jelaslah, betapa untungnya ibubapa yg mengalami kematian anak-anak mereka ketika masih kecil itu.

 
Jazakallahu khairah

Tuesday, 13 March 2012

Aku dan mengandam

Assalamualaikum warohmatullahhi wabarokatuh :)

Aku yang mengandam.. projek secara 'part timer' sejak dari tahun 2008. Bila ada 'job' yang tidak 'clash' dengan kelas Diploma ku, pasti aku akan merialisasikan kehendak minatku ini.

Majlis pernikahan di Jinjang, Kuala Lumpur.






Make up sanding



Ini pula sepupuku bertunang di Felda Ulu Jempol, Jengka Pahang.





Ini pula make up bertandang di Ampang, Kuala Lumpur.




Menata rias my BFF wedding di Kuantan, Pahang
 sebelum

 Nikah


 Persandingan

Persandingan Ayuni, rakan sekerja





Pernikahan my BFF di Johor


Alhamdulillah, aku terus mengekalkan minat ini. InsyaAllah akan terus belajar untuk memantapkan skill.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...