Tuesday, 19 July 2011

Mula mencabar : Minggu ke 23

Assalamualaikum :)

Bersua kembali. Aku ingin coretkan perkembangan terkini kandunganku yang semakin membulat.

Kini aku di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi aku telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada aku untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut. Tapi itu yang baiknya..yang kurang baik sikit..aku mengalami sakit belakang dan punggung yang amat ketara. Setiap malam aku akan terbangun tanpa sebab. Tika ini aku mengambil kesempatan untuk melihat kedua-dua cahayamataku tidur di bilik mereka. Terasa sayu melihat mereka tidur tetapi juga berasa tenang apabila melihat mereka membesar didepan mata. Begitu juga aku akan melihat suami tidur, rasa tenang je..:)


Cerita mengenai sakit belakang ini, aku dah seperti 'king kong' berjalan. Punggung ku sakit setiap kali pergerakan ototnya. Apa usahaku?? aku berurut ..ikhtiar dengan seorang kakak urut yang aku kenali dipejabat. Alhamdulillah, keesokan harinya, walaupun sakit diurut itu masih terasa tetapi perkembangan positifnya aku masih boleh meneruskan hariku untuk aku datang bekerja.

Punca kesakitan aku ni, aku berani mengagakkan yang badan ku banyak angin. Memang betul, perut rasa sebu semacam kembung dan perut agak lambat memproses pencernaan. Bila mengandung kembali setelah 5 tahun, inilah perubahan aku..namun aku lalui dengan rasa kesyukuran. Allah itu ingin menghapuskan dosa-dosa ku sebagai manusia yang tidak terhindar dari melakukan dosa. Dan keduanya ingin menjadikan aku sihat dikemudian hari. Aku redha dan pasrah.


Harapan ku , anak di dalam kandungan ku ini selamat dan bahagia di dalam rahim ku. InsyaAllah, akan aku jagai ia sehingga tiada daya kudratku lagi. Akan aku jagai nyawaku yakni kandungan ku untuk aku didiki anakku menjadi seorang insan soleh/ solehah. Kenyataan ini memang suatu cubaan yang berat bagi setiap ibubapa. Namun ia adalah tanggungjawab yang dituntut oleh Allah s.w.t. Aku ingin melihat kejayaan anakku seimbang, malah lebih baik dari penghidupan ibubapanya sendiri. 

Wahai anakku, berbahagialah dirimu di dalam rahimku. Memberikan anakku sepenuh perhatian ibu. Menjagaimu dengan penuh kasih dan sayang. Harapan ibu besar dan berat, namun anakku ibu yakin Allah itu mendengar doa ibu.


AKU : Setiap kali rasa susah, ingatlah masih ada yang lagi susah daripada kita.

Thursday, 14 July 2011

Bila dugaan tiba

Assalamualaikum :)

Aku mampu lagi mengukir senyum, dari tadinya aku mencari-cari kekuatan untuk senyum. Hari ini dugaan tiba. Aku mahu mengadu.. tentunya aku pilih berdoa dan mendekatkan diri padaNya.


“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun” (Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nya lah kami kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, 2: 155-157)
 
Sebagai umat Islam yang beriman, pertamanya, kita amat dituntut untuk bersabar dalam apa jua perkara yang berlaku dan terjadi terhadap diri kita.
 
Bagi orang-orang yang beriman juga, dengan suatu ujian dan musibah ia dijadikan Allah akan mendapat ganjaran pahala, dituliskan kebaikan kepadanya, dihapuskan kesalahan, dan diangkat darjatnya. Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan melalui beberapa hadis,

“Tidaklah seorang hamba ditimpa suatu musibah lalu mengucapkan, “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun” melainkan Allah akan memberikan pahala dalam musibahnya itu, dan menggantikan dengan yang lebih baik baginya.” (Hadis Riwayat Muslim, 918)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (maksudnya),

“Tidaklah seseorang muslim yang tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu darjat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2572)

Begitulah Allah menyatakan bahawa akan mengangkat darjat seseorang yang beriman itu melalui ujian dan musibah yang dia sendiri berikan kepada hamba-hambanya.

Ya Allah Ya Tuhanku, Moga Kau mencucuri kerahmatan jiwa dan rohani. Sejahterakan kehidupan kami sekeluarga. Amin
 

Wednesday, 13 July 2011

Wahai anakku

Assalamualaikum :)

Mama mencoret lagi untuk tatapan anakku. Anakku membesar sihat di dalam rahim mama. Hari ini anak mama berusia 22 minggu. Lihat bagaimana rupa anak mama..


Pastinya anak mama, berasa selesa dan tenang di dalam rahim mama.  Sentiasa mendengar mama berdoa. Mama berlagu riang mengiringi Abg Ngah Aqil dan Along Isya menyanyi..Anak mama juga suka bermain gendang tangan menggendang perut mama. Betapa aktifnya dia yer, sayang..

Bagaimana rupa tangan anak mama yang pandai bergendang itu yer..



Comelnya jari jemari anak mama. Sayang terlalu comel, terlalu lembut. Mama rindukan gendangan anak mama terus menerus menggendang ruang rahim mama. Walau mama tidak dapat melelapkan mata, sering terjaga di awal jam 2 pagi dan 4 pagi, tetapi mama tetap setia memegang dan memeluk mu. Mama kongsikan irama gendangan bersama Along Isya dan Angah Aqil. Along Isya melonjak gembira. tp Angah Aqil belum benar-benar rasa fokus pada gendangan sayang. Ayah jg selalu memelukmu sayang, bertanya khabar sayang dan mahukan mama terus memanjai sayang..Teruskan kan bergendang sayangku..kerana mama rindu dengan setiap pergerakan sayang.

Bila mama tidur, tangan mama pasti keatas untuk mendapatkan mood selesa. Sebelum ini mama tidak biasa tidur begini. Mama telah mengikut cara ayah sayang tidur. Sungguh tenang dan selesa. Sayang juga begitu, sukakan gaya tidur sebegitu.


Length is 10.94 inches (27.8cm); weight is nearly 1 pound (430gm).

Sungguh indah apa yang mama rasai ini. Sayangku, membesarlah dengan sihat. InsyaAllah, mama akan mengambil makanan yang menyihatkan untuk perkembangan sayang. Membelai sayang dengan pengisian rohani, kerana sayang sudah mulai boleh mendengar apa yang mama dengari.
Moga Allah memberkati sayang. Menjadikan anak yang soleh/ solehah.

Tentang jantina sayang, mama sentiasa bersyukur atas apa yang Allah anugerahi. Kerana pada mama Sayang adalah kekuatan mama. Saat mama berada dalam keadaan murung dahulu sebelum sayang wujud didalam rahim mama. Tiada lah dapat mama mencari kekuatan untuk mama bertapak kerana banyak dugaan telah menimpa. Allah itu maha mendengar anakku, kehadiran sayang menjadi sinar harapan mama. Menceriakan hari-hari mama bersama saudara mu dan ayahmu. Kami bahagia menantikan saat indah yang akan menjelma, di saat sayang dilahirkan. 

Tuesday, 5 July 2011

Yang saya berkenan..tapi saya kumpulkan dalam check list

Assalamualaikum :)

Bila kandungan telah mencecah 5 bulan. Aku kini sering mencuci mata melihat baby stuff. I love to breastfeeding for my baby. InsyaAllah, saya akan cuba sedaya upaya untuk anak ke3 ini. Setakat ini saya berjaya BF untuk Aifaa Allisya dan Muhammad Aqil Aqra.

Buat masa ini saya teringinkan..


atau


which one yer? Any suggestion dear friends... :)

Monday, 4 July 2011

Ucapan khas dari anakku sempena Hari Bapa

Assalamualaikum :)

Kali ini aku ingin kongsikan kisah anak sulungku, AIFAA ALLISYA BINTI EMRAN mengarang ucapan panjang lebar untuk ayahnya EMRAN BIN ALI.

SELAMAT HARI BAPA

Assalamualaikum ayah. Selamat hari bapa ayah. Isya sangat gembira kerana Isya ada ayah sendiri. Kalau tak ada tak tahulah apa yang terjadi kan! Ayah..Isya minta maaf atas semua kelakuann Isya. Isya janji Isya akan dengar cakap ayah sampai bila-bila. OK! Ayah, Isya juga tahu ayah penat sangat menjaga Isya dari kecik sampai sekarang ni kan.. Isya minta maaf sebab bagi ayah selalu marah. Selalu sedih..Isya janji ayah perangai Isya akan berubah. Lepastu, bila mama dengan ayah dah tua Isya akan jaga mama dengan ayah dan bila ada masa nanti Isya akan menjenguk mama dengan ayah OK! bolehkan..

Isya sayang ayah

I love you Father

-One Family-

Begitu tersentuh jiwa dan nurani seorang ibu bila aku membacanya. Seorang ibu pasti mendoakan yang terbaik buat anaknya.
Ya anakku, menjadi anak yang soleh itu adalah tuntutan agama. Mama akan sentiasa mencurahkan didikan buat anak mama. Moga menjadi anak yang solehah dan menghormati orang tua. InsyaAllah.

Teringat pula sebuah lagu nyanyian Allayarham Sudirman..

Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Mengidam

Assalamualaikum :)

Bersua kembali. Aku nak cerita kisah, dalam minggu lepas. Aku mengidam bukan kepada sesuatu yang boleh dimakan/ diminum tetapi peliknya kepada sebuah handbag. Hemmm..tak dapat hajat tu lagi sebab waktu tu rezeki belum ada..tapi merengek kat hubby macam la tk der sale lagi akan datang..huhuhu..teruknya aku ..sesekali penangan mengandung ni..rasa kesian kat hubby.

Aku jadi merajuk tak keruan. Muka muncung sepanjang masa. Hubby terasa pulak, macam dia ada buat salah besar..yang aku nak muncung bagai...Ayang minta maaf abang..tak sengaja sebenarnya...

Ada la beberapa handbag yang aku berkenan..Aku layan pictures je la dulu...Doa banyak-banyak ..ada rezeki terlebih aku akan dapatkan satu...Khas nyer..:)



berkenan pada material kulit, no printed mood

Sunday, 3 July 2011

21 weeks

Assalamualaikum :)

Kini aku telah melepasi trimester 2 untuk membawa kandungan ku ini. Alhamdulillah, aku telah berasa biasa dengan perubahan diri. Bagaimanakah rupa dan keadaan anak ku ini yer..mari sama-sama lihat...


berat: 276 gram
panjang: 26.7 cm

Cuma aku scan baru-baru ini pada usia kandungan 20 minggu, gender anakku tk berapa jelas dari pandangan screen ultrasound. Mungkinkah girl atau mungkinkah boy. Aku tk berat kemana-mana instinct pun. Pada aku gembara bukan kelapang, anak yang dikandung sihat sejahtera dan doaku moga menjadi anak soleh/ solehah. Amin.


Anak aku sekarang beginilah keadaannya, kedua-dua tangannya diletakkan di atas kepala. Mengikut ayahnya bila tidur. Dan aku sendiri suka tidur begini..lebih selesa. hemmmm anak ayah. 

Sayang...apa yg mama jagai sekarang..mama ambil susu Dutch Lady. Make sure diambil 2 kali sehari. Dan mama tk mahu terlupa mengambil salindah B1. Alhamdulillah, mama sihat dan mama mendoakan, sayang juga sihat di dalam rahim mama.

Bulan depan kita akan berpuasa dan mama akan mendidik anak mama untuk sama-sama berpuasa. :) IsyaAllah sayang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...