Thursday 16 June 2011

Keputusan Peperiksaan Yang Menggembirakan Ibu Dan Anak

Assalamualaikum :)

Hari Jumaat yang indah. Mahu sahaja aku menjerit kegirangan. Pagi ini aku mengambil Rekod Keputusan Anak Perempuan ku yang kini di Tahun 3. Aku suka berjumpa dengan guru sekolah anak aku. Pertemuan begini memberikan aku peluang untuk berbual bersama guru sekolah dan mendekati perkembangan persekolahan anak aku. Alhamdulillah, Aifaa Allisya Emran tidak pernah gagal dalam pencapaian akademik mahupun kokorikulum. Bagi semester ke-2 kali ini Aifaa mendapat tempat kedua. Aku tidaklah memaksa anak aku untuk sentiasa berada di tempat pertama, kanak-kanak seperti Aifaa harus di beri galakan dan motivasi untuk terus menjulang prestasi yang cemerlang. Aifaa anak yang pintar. Panggilan telefon semalam membuatkan aku terkesima..hai lah anak....

Aifaa: Mama..Mama.. Isya dapat no.2 la. Mama jangan marah ye.. (gelak tak berhenti..)

Aku: Alhamdulillah, bagus la dapat no. 2. tapi mama masih nak tengok keputusan keseluruhan Isya. Dimana yang kena tingkatkan lagi di masa akan datang...

Aifaa: Mama..Isya..memang nak gembirakan hati mama dan ayah. InsyaAllah, peperiksaan akan datang Isya usaha lagi.

Aku: (terkedu..aku dibuatnya)

Rentetan dari itu, aku juga hadapi keputusan peperiksaan UiTM. Alhamdulillah tidak sesekali menjangkakan keputusan yang begitu cemerlang telah aku perolehi. Amin Ya Rabbalalamin. Syukur kehadrat Allah.

InsyaAllah, akan mama buktikan mama mampu untuk mengharungi segala ranjau kepayahan demi untuk keluarga kita..kerana mama ada Aifaa, Aqil, Bakal baby dan tentunya ayah kepada anak-anak ku. Doakan mama semoga kita mengecapinya bersama. Amin

Wednesday 15 June 2011

Pagi hari mengusik jiwa

Assalamualaikum :)

Pagi ni, aku mendengar topik pagi di Sinar FM. Setiap pagi pun begitu. Rasa geli hati kalau dapat dengar suara Mr. Salleh Yaakob di keudara. Tapi pagi ni, lain sedikit. Topiknya berkisar ..Ayah ku suka dot...dot...dot.

Kenangan ku terimbau. Sebelum itu wajah segar abah ternampak-nampak di ruangan mata ku..walau ku pejam erat makin jelas tergambar. Abah suka memasak. Abah rajin di dapur. Aku akui terlalu banyak hasil titik peluh abah menyediakan makanan kami anak beranak. Mamaku bertuah mempunyai suami iaitu abahku.
Bukan itu sahaja. Di dalam rumah kami, abahlah sayap. Tanpa abah segalanya suram ..sunyi. Antara kenangan dizaman kecilku, abah sedaya upaya memenuhi permintaan anak perempuannya ini. Aku terlibat dengan persembahan di sekolah. Tentunya aku inginkan baju yang cantik untuk aku pakai pada hari persembahan tersebut. Setelah rengekan aku membuatkan abah terusik, aku dibawa abah ke pasar malam. Bersyukur aku, bukan aku nk minta berlebih-lebihan dari abah. Ia sudah memadai untuk penuhi permintaan untuk aku membuat persembahan dengan baju dan skirt labuh. (dah rasa seronok tak terhingga masa tu). Masa tu aku berusia 12 tahun. Gembira tak terkata waktu itu.

Lagi...perihal kenangan bersama abah. Aku semasa disekolah rendah, selalu sangat rambutku menjadi penghuni kutu. Aku suka berambut panjang. Siapa yang mencari kutu di kepala ku??? ohhh Abah, dikau sajalah yang sanggup. Sehingga berjam-jam abah dengan sabarnya. Dan kini aku pula, kalau anak perempuan ku terkena jangkitan kutu...aku lah yang akan mencarinya. (terimbau lagi kenangan itu..oohh Abah)


Dalam perjalanan ke tempat kerja pagi ini, sempat juga air mata ku mengalir dengan mudahnya. Lagu yang berkumandang terus mengusik jiwa. Semakin hari semakin sayang (nyanyian Uji Rashid). Bait liriknya terus mengusik jiwa. Abah, terus...terus menyayangi mu tanpa sempadan.

Semakin Hari Semakin Sayang

Bila memandang gambarmu
Hatiku rasa terharu
Senyuman dibibirmu
Menawan kalbu

Mengapa hanya bayangan
Tak sanggup berjauhan
Andainya kita bersua
Betapa mesra

Kudampingimu oh sayang
Hatiku berlagu riang
Teringat malam dan siang
Bertambah sayang

Sungguh ku terpesona
Terasa kau bersama
Memberi kucupan mesra
Daku bahgia

Semakin hari kukenang
Jiwaku rasa tak senang
Semakin hari kupandang
Semakin sayang...

Semakin sayang...

SELAMAT HARI BAPA..abah.
Along nak abah tahu..abah tidak mensia-siakan melahirkan dan membesarkan along sebagai anak abah. Along akan sentiasa membanggakan abah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membesarkan anak-anak along sepertimana abah membesarkan along..penuh dengan kasih sayang..seharum wangi sewangi kasturi.

Mohd Zaki Bin. Mohd Noh

Ya Allah Ya Tuhanku. Moga sejahtera hendaknya Abahku. Aku memanjatkan doa kepada Mu tanpa jemu. Aku memohon moga Abahku sejahtera. Di berkati Allah swt. Gembira di samping anak-anaknya. Gugurkan segala gusar Abah. Tenangkan hatinya dalam menjalani kehidupan seharian. Amin Ya Rabbalalamin.

Sunday 12 June 2011

Tinggalan..sepi tetapi kenangan tetap abadi : Kampungku

Assalamualaikum :)

Aku ingin abadikan, kali ini sekitar kampung halaman ayahanda di Yan, Kedah. Aku terasa rumah ini sangat rapat dan sinonim dengan aku. Sebagai cucu sulung dalam keluarga Wan Noh dan Tok Piah, aku sangat merindui momen berhari raya di kampung halaman ku.

Aku masih teringat, setiap kali raya aku akan bertanyakan pada abah;

Aku : Abah, kita balik raya mana? Kedah ke Pahang?
Abah : Tahun ni raya Kedah.
Aku : Yeaaaaaaahhhhh yeehhh (melonjak kegirangan)

pergi pula aku kepada mamaku..

Aku : Ma, baju kurung along dah siap jahit ke mama?
Mama : Belum lagi, nanti siap la malam raya. (Ye la kan..mamaku bekerja, jadi siapkan baju kurungku tu guna waktu terluang bila beliau balik kerja)
Aku : ( otak budak-budak ..waktu ni la fikir seronok raya tu)


Sekarang, aku sudah berkeluarga dan masa berlalu amat pantas. Sejak ketiadaan Tok Wan. Rumah ini ditinggalkan sepi. Hati ku terdetik. Sayangnya rumah ini. Masih kukuh dan nilai-nilai rumah kampung tu masih kukuh, tapi apakan daya ditinggalkan sepi sejak Tok Pia (nenek ku) tinggal bersama Mak Long ku di Gurun. Dan kini menunggu untuk dijual rumah dan tanahnya. Ikut kan aku..isk tk mahu aku melepaskannya..tapi apakan daya aku tidak punya upaya.

Tinggal kenangan... foto kenangan di ambil pada 5/6/2011


 Perkarangan rumah Tok Wan..Kalau kenduri di sini meriah teramat sangat




Tangga Sri Kenangan..Abah dan mama dulu kawin ada angkat2...terus di angkat naik kerumah dari tangga ni... :)



 Bilik air yang telah di baik pulih..dh cantik di mozekkan


sudut bawah rumah..teringat bila raya..ruang ni digunakan sepenuhnya masing-masing ahli keluarga membentangkan toto untuk tidur malam...
 Ruang tamu ini tempat kami berkumpul saudara mara di pagi raya saling bermaafan dan sesi fotografi ahli keluarga



Di tangga inilah aku masih teringat..dengan 'baby suite' aku menaiki tangga..umur masa tu 2 tahun..(malu..malu)

Aqil berlatar belakangkan bilik arwah Tok Wan..sayu je ..teringat arwah tidur berkelambu di bilik ini. 
 Bilik-bilik di tingkat 2 ini pernah menjadi bilik pengantin anak dan cucu Tok Wan..



Kami anak beranak tidur di ruangan tamu di tingkat 2. Rasa aman je..sejuk waktu malam-malam




Pesan aku kepada anak-anak ku..

Anak-anak mama, inilah rumah peninggalan kenangan mama semasa kecil-kecil. Terasa sayu bila mengenangkan rumah yang penuh bersejarah ini bakal di jual. Mama nak anak mama tahu inilah tinggalan moyang kalian. Moga arwah Tok Wan di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Mama sebagai cucu sulung, tetap terus mengingati kenangan terindah ini. 

Tuesday 7 June 2011

17 Weeks

Assalamualaikum wbt.

Mama telah memasuki trimester ke2. Baby beratnya 159gram buat masa ini. Alhamdulillah, demam dan selsema beransur baik. Tetapi mama dah mula rasa sakit 'tongkeng'. Seksa rasanya nak berjalan. Jika mama duduk lama-lama pun akan rasa sengal-sengal di bahagian punggung. Apa yang mama boleh buat, cuma alaskan bantal dan tampal koyok pada rasa lenguh-lenguh tu. Tapi sebelum tu, mengadu dulu kat hubby, even tk de sollution pun..huhu report tu penting supaya hubby memahami keadaan mama begini..lebih lagi.

Baby, fetus at 17 weeks - BabyCenter
Sumber dari Mr. google..tq yer

Perkembangan baby memang terasa sangat..mengembangnya area punggung dan perut mama. Rasa sakit juga bila menegang nih. Maklumlah mama sudah 5 tahun tidak melahirkan selepas Muhammad Aqil Aqra (abg mu ...Baby). Bila umur makin meningkat juga membuatkan mama sebenarnya memanjakan diri tidak mahu bergerak aktif sangat. Kalau boleh mama nak duduk dan berehat sahaja dirumah. Memang rasa HEAVEN.

Baby, membesarlah sebagai anak yang sihat, sempurna dan sejahtera dalam kandungan mama. Di situ syurga buat mu. Mama akan terdaya membawa mu sehingga kandungan ini sampai waktunya. Kerana Allah SWT telah menganugerahkan kecekalan seorang ibu untuk terus menjadi gigih demi anaknya.
Besar harapan mama dan ayah melihat perkembangan baby. InsyaAllah mama tidak akan bersungut, malahan mama bersyukur. Setiap rasa sakit itu membuatkan kesihatan mama akan bertambah baik dari sehari kesehari.
Amin Syukran Jazilan

6/6/2011

Monday 6 June 2011

Majlis pernikahan dan persandingan sepupu ku

Assalamualaikum wbt :)

Selamat Pengantin Baru buat sepupu ku : Syukri dan Liyana

Bertarikh 3/6/2011 (nikah) dan 4/6/2011 (bersanding)
Bertempat di Taman Cempedak, Jeniang Kedah

Moga disinari kebahagiaan sepanjang hayat. Amin

 jom layan..gambar sepupu sepapat..mak saudara..keluarga...etc ..I really luv u ollss..

Sekali lafaz..Alhamdulillah..menggeletar jugek deme..hehe
membaca taklik sambil di perhatikan isteri


Bukti pernikahan :)
Kami orang Pahang

Anak ayah, sib baik dia tk berlari-lari dan menjerit-jerit
(sebenarnya..aku nak kata...nasib baik ayahnya ada bersama..klu tidak aku huhuhuhu tk ley tahan)
Mak de, ibu pengantin lelaki..tk sabar aku nk pergi kenduri di Pahang pula..ohh msk tempoyak.. Mak de yg msk sure TERBAEKK


 

Abah n Mama ku..Anak mu ini sentiasa rasa tersentuh bila melihat kalian..rasa sayang sangat..

Dari kiri : Mak Lang, Mak Teh dan Mama ku..Kalian mmg ibu-ibu yang aku hargai..


Dari kiri: abahku, Pak Teh dan Hubby i lebbbb  uuuu


Pak Ju dan Mak Chu
Walau pengantin dah lama..tetap romantik..aku suke
Begitu juga Pak Ndak dan Mak Ndak...Manja sangatt
Aku...huhuhu dh mmg begitu.. :)


Ha  nih..anak dara mama...pandai melawa ngn high heels...diam-diam sarung yerrr

Wednesday 1 June 2011

Happy Birthday "Sayangku :HUBBY"

Assalamualaikum wbt,

2hb Jun 2011, Selamat Hari Lahir aku ucapkan buat suami ku. Usia sudah menjangkau 37 tahun, dengan kehadiran dua cahaya mata dan tak lama lagi tambah lagi seorang. Bertuah abang..hehe. Kasih abang disinari kasih anak-anak kita. Abang, ayang sentiasa sayangkan abang walau apa terjadi sekalipun. Abang adalah suami dan ayah yang baik buat anak-anak kita. Sudah hanpir menjangkau 10 tahun perkahwinan, pelbagai dugaan dan halangan berjaya dan kita sudah serasi untuk menghadapi apa jua dugaan.

Abang, buat pertama kali abang meraikan hari lahir bila anak lelaki abang demam : Muhammad Aqil Aqra demam panas. Tapi sempat ucapkan selamat hari lahir pada ayah. Jam 4 pagi Happy Birthday song for ayah..sempat lg tu..

Anak perempuan abang, Aifaa Allisya bangun awal pagi hari ni, sambil ayah berzikir selepas subuh, anak ayah seorang nie memeluk dan mencium pipi ayahnya. Seronok pula melihat telatah anak-anak. Mereka pandai menilai kasih sayang.  Malah kadang-kadang lebih peka dari orang dewasa. Aifaa dah sediakan kad ucapan dan hadiah untuk ayah.

Isteri abang ni pula, sempat ucapkan selamat hari jadi awal dari tarikh sebenar..hehee dah menjadi kebiasaan aku akan menjadikan hari sebelum adalah hari terindah untuk dilewati bersama keesokannya.. :) Hadiah pun dah beri.. :)


I'am alway with you..darling

We will always be with you.

Kasih sayang kami sentiasa bersama abang. Doa kami, semoga abang sejahtera. Abang adalah nadi dan sayap kami. Moga kami sentiasa dapat terbang bersama-sama. Kasih tidak akan pudar, malah bertambah dari sehari kehari. Abanglah sinar cahaya kami. :) Semoga kita sentiasa dilindungi Allah swt dan sentiasa diberkati. Amin Ya Rabbal Alamin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...