Sunday 29 May 2011

Hari cuti minggu yang PENUH.

Assalamualaikum :)

Apa khabar semua. Aku harap rakan-rakan sihat sejahtera.

Cuti berhujung minggu, tentunya dipenuhi aktiviti yang menggembirakan...iyer idok..hehee
Aku menghabiskan cuti hari SABTU bersama ibubapa ku. Aku sekeluarga (hubby dan anak-anak) bersama abah dan mama pergi ke UiTM, Alor Gajah. Awin adikku telah seminggu disana bergelar mahasiswi. Penat tak terkata dengan melayan kerenah anak-anak yang makin 'nakal' bila ada mak tok dan wan mereka. Sajalah mereka menunjukkan protes didepan aku, bilamana ada maktok dan wan 'backup' baik punyerrr... Dalam hati aku...isk...geram..geram...

Ceritanya begini, semasa kami makan tengahhari di pekan Masjid Tanah, si adik' Muhammad Aqil Aqra' mula buat perangai, bila aku melarangnya mengambil kucing terbiar disitu. Dia nih pantang nampak kucing, terlalu obses. nak dipeluk..didukung..dicium.... isk aku larang..aku peminat kucing gak..tp tak de la nk cium kucing terbiar tu. Tp anak aku ni, mmg susah utk melarangnya...dia akan menjerit..sangat kuattttt..sehingga semua org melihatnya. TERKEJUT!!

Bila aku mula marah pd anak aku, apa lagi wan nya akan marahkan aku pula...huhuhuu Nasib-nasib, abah aku aku ni, menangkan cucunya lagi..heeemmmm.

Suami aku pula, rileks je la konon-konon beraksi cool. Bukan dia tk nmpk anak lelaki dia xtrem cam gitu. Aku mula pandang suami ku dan mengomel padanya ' Abg, boleh tak tolong tgokkan gelagat anak abang sorang tu'..ayang penat dah..dia tk duduk diam tu..sambil aku menjeling anak lelaki aku tu, dgn selamba nya dia mendukung kucing terbiar tu...huhuhuuhuhu...aduiiiiaiaiii

Aku nih geramm sangat, tapi aku bawakan banyak bersabar. Aku tk nak la stress sangat kan..badan dah penat waktu tu..perut lapar lak ..aku serahkan kepada kepakaran suami ku tuk handle anak dia..

Summary of the story : Anak-anak aku ni akan menunjukkan perilaku tidak obey pada parent bila ada nenek dan atuknya.

Ha..ni la dia anak aku yg suka jerittttt..aduhh nyaringnya telinga..


Monday 23 May 2011

Selamat Hari Ibu @ 8 Mei 2011

Assalamualaikum :) MAMA

Walau hari ibu telah berlalu, pada aku setiap hari aku meraikannya. Aku merasakan 'mama' setiap hari adalah hari terbaikmu. Telah melahirkan dan membesarkan aku : ALONG. Kakak kepada 5 adik ku yang lain. Jasamu, mama telah membusut dan kini menggunung. Aku tak bisa membayarnya. Tak termampu. Andai wang ringgit hendak ditukar ganti. Juga belum mampu untuk ALONG membalas setiap titik susu mama yang telah menguatkan tulang temulang, menjadikan ALONG sebesar ini. Juga ibu kepada anak-anak ALONG.

TERIMA KASIH MAMA :) ROBIAH BT MAT LUI

Mama ku SAYANG :)

SMS bertarikh 8 Mei 2011 berbunyi:-

Selamat Hari Ibu, Mama. Terima kasih kerana mengandungkan, melahirkan dan membesarkan along.

MAMA, selama ini anakmu ini ada terdetik terharu dihatimu yang sesejuk salji itu, ALONG mohon keampunan. Halalkan makan minum anakmu ini. Doakan kejayaan ALONG dalam menghadapi ujian ALLAH swt. Sesungguhnya, setiap doa ibu itu mujarab dan kunci keredhaan ALLAH swt. 

Aku sukakan gambar ni. Aku gambarkan tangan2 itu adalah tgn ibuku memeluk ke2 kakiku. So cute... Tapi klu sekarang buat mcm tu, rasanya dah tk cute dah...hehee

Second trimester : 15 weeks

Assalamualaikum :)

How Are you doing baby.. Mama loving you so much. My lil champ grows..
  • You may begin to feel some fluttering movements as baby kicks, flails, twists and turns (but don't panic if you don't yet). She can also grasp, squint, frown, grimace and maybe suck her thumb!
  • Your baby's legs have grown longer than the arms and the body is now longer than the head.
  • And you'll be happy to note that he is moving those arms and legs often!
  • His skin is very thin -- so thin blood vessel are visible. It's covered by a fine, soft layer of hair called lanugo. Lanugo comes from a Latin word meaning "down." This hair is thought to help insulate your little boy.
  • The three tiny bones in his middle ear have begun to harden. The auditory centers in your baby's brain haven't developed yet, so she might not really understand what you say but her hearing capacity is in the process of developing.
  • Fingernails and toenails are growing.
  • Eyebrows are beginning to grow and even the hair his head is sprouting. It will probably change color and texture after birth.
  • All this and your little one is an amazing 3.98 inches (10.1cm) long and may weigh 2.47 ounce(70gm). Here you are baby, mama can see you.. :)
  •  
Baby body

baby hand

Bersyukurkah anda setiap kali ke tempat kerja??

Assalamualaikum :) 

Waktu pagi adalah ujian untuk anda, pagi adalah nikmat untuk anda, pagi adalah penentu arah kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda.

Malas, lemah, penat, longlai adalah resam jika anda bukanlah berniat dengan penuh kesungguhan dan bersemangat untuk menikmati kebahagiaan di pagi hari.
Justeru itu adakah kita mahu mensia-siakannya? Ayuh sahabat, bangkitlah! Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah:

01. Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

02. Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

03. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

04. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan. Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

05. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti. Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda. Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

06. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

07. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Menu tengahhari tadi

Assalamualaikum,

Tengahhari tadi aku makan nasi berlaukkan gulai ikan talang. Cuma aku ambil kuah, terung bulat dan kacang panjangnya sahaja. yum..yum.. dan sayur sawi plus carrot. Berselera aku melihatkan menu di kafeteria.hemmm apa lagi mulalah membungkus. Teringat masakan ayahanda tercinta. "Abah, along tetap merinduimu, walau masakan orang lain ttp along rasa dekat dgn abah". Along tk de la rasa nk susahkan abah tuk masak. Abah pun tak sihat sekarang. Ada abah dekat dengan along pun dah cukup.


Teringat sangat, zaman aku kecil2, abah selalu masak gulai macam ni..

Sunday 22 May 2011

15 Weeks

Assalamualaikum :)

Selamat hari ini 15 minggu hamil. Keadaan aku, alhamdulillah sihat. Terasa letih-letih tu tetap ada. Tulang pinggul makin sakit. Hubby perasaan aku dah 'gemuk'. Kaki bengkak sikit. Aku tak suka berjalan banyak, sebab kalau berjalan membuatkan aku rasa letih dan muncung. hehe

Baby tk banyak meragam, hari Sabtu baru2 ni aku sudah mula berasa baby menggeletek perutku..hehe geli..mama geli la sayang..bila di pegang 'geli2' hilang sekejap. Keadaan baby membuatkan mama nk tengok baby ..how u'r there.. :)

taken from Mr. Google

Baby..anak yang baik..bila mama demam dia tk banyak ragam..cuma kesian baby..bila mama bersin, baby sure terkejut..Sorry sayang..

Doa Ibu buat anaknya.

Assalamualaikum :)

Anak aku sekarang tengah sibuk dengan peperiksaan. Bila waktu peperiksaan sebegini, tentunya hati seorang ibu akan risau dengan anaknya. Mampukan anaknya menghadapi dengan tabah. Begitu juga dengan aku, anak sulungku Aifaa Allisya Emran, pelajar tahun 3 di Sekolah Petaling 2, Kuala Lumpur. Walaupun Aifaa seorang anak yang bijak dan keletah bercakap, dia tak terlepas dari sifat anak-anaknya. Mana tidaknya sepanjang hari bercuti Sabtu dan Ahad, Aifaa lebih seronok bermain bersama adik lelakinya dan kucing kesayangan mereka-PUTIH. Aku sebagai seorang Ibu, tidak menekankan sangat anak2 aku untuk sentiasa membaca buku. Walau peperiksaan sudah hampir, aku akan sentiasa mengingatkan anak-anak aku untuk tidak lupa mengulangkaji. Ada waktu main, ada waktu makan, ada waktu untuk mengulangkaji dan ada waktu tidur mereka. Ini semua untuk tumbesaran dan pembesaran mereka. Sedikit demi sedikit dapatlah mereka memahami tanggungjawab sebagai seorang insan di muka bumi ini.

Aku masih teringat, bilamana aku menelefon anak ku untuk bertanyakan peperiksaan yang akan dihadapi. Aifaa dengan risau melepaskan perasaanya.

Aifaa : "Mama, Isya rasa takut la nk periksa ni"
Mama : "Isya, jangan takut sayang..banyak berdoa. Ok! sekarang Isya baca doa penerang hati..."
Aifaa : (membaca doa)
Mama : "Bagus anak mama...Mama yakin Isya boleh buat.. ok Mama sayang Isya"
Aifaa: "ok..mama Isya rasa lega sket ni..Isya sayang mama"

Begitulah ragam anak sulungku.. manja sangat dan hubungan ibu dan anak itu adalah satu keajaiban. Aku bersyukur, Allah swt telah mengizinkan aku menjadi seorang ibu. InsyaAllah akan ibu jadikan amanah ini sebagai tanggungjawab membesarkan anak-anak dengan penuh tekad.

Anak-anak itu adalah kekuatan. :)

Thursday 19 May 2011

Lahirnya..Blog ini

Assalamualaikum =)

Hari ini lahirnya blog ku ini..dengan rasminya aku pamerkan..aku ciptakan untuk aku adaptasi rasa sedetikku, walau ia tidak sehebat ceritera 'Merong Mahawangsa' tapi ia benar-benar sentuhan rasaku...MAHLIGAIKU

Bolehku bahasakan diri dengan panggilan 'aku'. Ini memudahkan ku untuk membahasakan diri ini. Tapi tak kasar kan...sbb aku rasa mudah sebenarnya. heehee peace!

Untuk panggilan bagi suami terchenta....bahasakan Hubby, anak yang pertama dengan gelaran Princess Mama, anak yang kedua pula Prince Mama dan bakal lahir..dengan gelaran Lil' Baby (sementara dulu sbb belum tahu gender..). Itulah ahli keluarga kecilku.. Comell jee!

Selain itu, kami 'family' di temani seekor kucing bernama PUTIH. Menjadi kesayangan kami 'family'..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...